Sunday, May 24, 2020

KERAJAAN SABAH-RAKYAT KECEWA-IMPAK KHIANAT


KALAU bukan Abdul Muis Pico (Sebatik), Hamisa Samat (Tanjung Batu), Osman Jamal (Balung), Jamawi Jaafar (Kemabong), Ewon Bendedict (Kedamaian) dan Abdin Madingkir ( Paginatan), Shafie Apdal tidak akan jadi Ketua Menteri Sabah.

Jika ramai rakyat Sabah kecewa, selepas pemerintahan Shafie selama 22 bulan, diperhebat lagi selama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana wabak Covid-19 yang bermula pada 18 Mac, maka para ADUN yang perlu dipersalahkan adalah 6 pengkhianat tersebut.

Samada mereka ini termakan rayuan atau sebab lain, ianya menjadi catitan sejarah Sabah apabila menyokong penubuhan sebuah kerajaan yang paling mengecewakan rakyat.

Dalam demokrasi, memang lah tindakan 6 ADUN tersebut pada 11 Mei,2018 tidak salah, akan tetapi tindakan mereka itu, telah menyebabkan majoriti rakyat Sabah terlepas mendapatkan hak yang sepatutnya mereka dapat daripada sesebuah kerajaan.

Penulis berpendapat kerana tindakan 6 ADUN tersebut, mereka telah mengorbankan masa depan rakyat Sabah daripada segi kemajuan dan pembangunan.

Mereka itu tidak dapat menanggung penderitaan rakyat dunia dan akhirat, khususnya semasa PKP, kerana mereka adalah penyebab kepada tumbangnya sebuah kerajaan yang mengutamakan rakyat dan negeri.

Pertimbangan mereka menumbangkan kerajaan yang diterajui oleh Bapa Pembangunan Moden Sabah, hanya bermatlamat peribadi, demi keuntungan peribadi, tiada unsur membela rakyat.

Kerana kekecewaan rakyat majoriti, ramai yang mengharapkan dan berdoa dalam masa yang sesingkat-singkatnya kerajaan yang mereka bantu bentuk- tumbang, seiringan dengan tumbangnya kerajaan Persekutuan dan beberapa negeri di Semenanjung.

Tiupan angin cukup kuat dan kencang, tidak berapa lama lagi, kerajaan yang gagal membela rakyat Sabah akan berganti.. itulah harapan majoriti rakyat Sabah.

Rakyat Sabah teranaya, doa yang teranaya, dimakbulkan... 

No comments:

Blog Archive