Thursday, November 14, 2024

SKIM MENIPU KERAJAAN SABAH DIGAGALKAN

KEPEKAAN tinggi Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor berkaitan skim menipu kerajaan Negeri untuk tujuan mengaut hasil mineral di negeri yang didalangi Albert Tei dan dikoordinasi mantan CEO SMM digagalkan Ketua Menteri Sabah apabila membatalkan lesen Penerokaan Lapangan (PL) kartel yang diperolehi sebelum itu hasil memperdaya Lembaga Pengarah SMM (Sabah Mineral Management Sdn Bhd) anak syarikat kerajaan Negeri di bawah Kementerian Kewangan Negeri Sabah.

Kerana dendam dan kecewa, dalang kartel cuba memperdaya pula SPRM untuk mempercayai sebagai pemberi maklumat rasuah, akan tetapi pada masa sama mendedahkan diri sebagai perasuah apabila acah-acah menulis surat terbuka kepada DYMM Agong. (apa potongan kaki klentong, penipu ini dapat layanan Agong)

Apabila perbuatan itu salah daripada awal, tidak perlu menunggu lama untuk terdedah, walaupun SPRM atau PDRM belum membuka kertas siasatan.

Tindakan peguam yang mewakili dalang tersebut, untuk mendesak SPRM mengeluarkan surat jaminan agar anak guam tidak disiasat atau diambil tindakan, pada asasnya tidak lojik, kerana akta perlindungan pemberi maklumat, hanya untuk pemberi maklumat yang tiada kaitan dengan rasuah, atau tiada hubungkait dengan rasuah yang hendak didedahkan.

Konspirasi pemimpin politik tertentu, bukan sahaja gagal, malah menaikan imej kerajaan Negeri yang dipimpin Ketua Menteri kerana mempunyai kecekapan menghidu perbuatan jijik mengeksplotasi hasil negeri.

Tindakan mengeluarkan video yang berupa perbincangan biasa atau kupi-kupi, tidak memberi kesan apa-apa, kerana tidak membabitkan dana awam, dan tiada hubungkait dengan kerajaan negeri, walaupun tujuan konspirasi itu mengaitkan kerajaan atas sebab menyasar ADUN yang menyokong kerajaan.

Hakikatnya, pengeluaran video tersebut, pada mulanya sebagai ugutan, akan tetapi ketegasan Ketua Menteri pantang menyerah seincipun berkaitan perbuatan yang mengambil peluang mengaut keuntungan untuk kepentingan peribadi.

Rakaman video dirancang apabila kebarangkalian tinggi lesen dibatalkan, atas sebab individu yang mengkoordinasi skim tersebut tidak dilanjutkan kontrak jawatan, kerana itu, sebelum surat pembatalan lesen dikeluarkan, menyasarkan ADUN penyokong kerajaan, untuk meminta sokongan atau pelobi kepada kerajaan Negeri. Menerusi perjumpaan dengan menggunakan skema yang digunakan, maka penekanan pada TAWARAN KEWANGAN, agar, apabila dilaporkan, memancing neitzen membuat kesimpulan sendiri, seolah-olah berlakunya rasuah, sebab itu, portal berita kebanyakan tajuk merujuk pada sejumlah wang.

Takrifan rasuah jika sesuatu perbuatan membabitkan kepentingan awam, dana awam, kedududukan yang ada kuasa menyalahguna kuasa.

Dalam isu rakaman 8 video, yang terlibat rasuah adalah mantan CEO SMM, bukannya para ADUN yang cuba diperangkap.

Untuk maksud membersihkan imej kerajaan Negeri, SPRM dan PDRM, perlu menangkap Albert Teh dan Jonith Enggihon, untuk siasatan, agar dapat didedahkan motif sebenar mereka, jika boleh pemimpin parti politik yang menjadi dalang.

SPRM tidak perlu menunggu, Albert Tei dan Jonith membuat laporan, kerana sampai bila-bila pun tidak akan membuat laporan, kerana mereka berdua lah mastermind kepada perbuatan rasuah.

No comments:

Blog Archive