SESIAPAPUN pemimpin politik yang berhasrat mempunyai kuasa dan kedudukan, perlu sematkan pada dada masing-masing, rakyat adalah punca kuasa.
Bermegah-megah dengan jawatan dan kedudukan politik, hanya mengundang padah, kerana rakyat boleh menariknya bila-bila masa.
Untuk mendapatkan kedudukan politik, maka memerlukan parti sebagai platform, kerana demikiannya sistem demokrasi kita berjalan.
Agar parti menjadi kenderaan atau platform dalam demokrasi, maka perlu sokongan rakyat. Rakyat menyokong kerana kepimpinan parti.
Kepimpinan parti yang terbahagi kepada pusat, bahagian, cawangan, perlu menunjukkan kepimpinan yang sesuai dengan aspirasi dan harapan rakyat, dengan “garis bawah” kepimpinan yang dihadiahkan kedududukan atau jawatan, tiada lain untuk menterjemahkan aspirasi dan harapan rakyat yang telah memberi kuasa.
Kuasa rakyat yang diberikan diterjemahkan oleh kerajaan dalam bentuk kemajuan dan pembangunan. Kemajuan yang dimaksudkan, tentunya terkait dengan kehidupan harian rakyat. Pembangunan pula, tentunya berkaitan dengan kemudahan asas, pendidikan, prasarana yang menyokong kehidupan rakyat.
Kuasa rakyat diterjemahkan menerusi mandat pada pilihan raya, dan mandat itu perlu dimanfaatkan sebaik mungkin untuk kepentingan rakyat.
Setiap 5 tahun, parti yang diberi mandat kembali kepada rakyat untuk diadili. Jika markah kerajaan mendapat gred baik, maka tentunya mandat akan diberikan lagi, jika sebaliknya, maka ambil maklum, bahawa mandat yang diberikan sebelumnya tidak memenuhi apa yang rakyat harapkan.
Penulis sebagai rakyat, kerajaan yang diberi mandat pada PRN-16, sudah menterjemahkan mandat yang diberikan. Penterjemahan itu digariskan atau digagaskan menerusi Pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya.
Menerusi Halu Tuju tersebut, dapat dipaparkan di atas meja, apa yang telah dilaksanakan, dan apa yang telah dicapai, dan tentunya jika maklumat tidak sampai ke tangan rakyat, maka rakyat akan tertanya-tanya, apa yang telah dilaksana, dan apa yang telah dicapai.
Tentunya, apa yang dilaksanakan dan pencapaian yang telah dicapai, kekal atas meja atau rekod atau dalam komputer, jika tidak disampaikan kepada rakyat yang memberi mandat.
Mungkin atas sebab itu dalam Ucapan Dasar Presiden Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) menyebut “ Samada mereka yang berada di peringkat akar umbi, kepimpinan bahawa ketika ini tiada lagi ruang untuk berlengah atau berpuas hati dengan kedudukan serta pencapaian yang dikecapi ketika ini, tiada lagi ruang untuk bermegah-megah dengan jawatan dan kedudukan, rakyat adalah punca kuasa, di tangan rakyat terletaknya nasib kita” maknanya, apa yang telah dilaksanakan dan pencapaian perlu sampai kepada rakyat sebagai punca kuasa.
Sewajarnya pada masa dan ketika ini, semakin dekatnya kerajaan yang didokong parti kembali kepada rakyat, setiap rekod pelaksanaan dan pencapaian telah sampai ke tangan rakyat. Dan tentunya, menerusi PAT Gagasan Rakyat ke-2, adalah platform untuk pembangkit semangat untuk terus mendekati rakyat, bersenjatakan Hala Tuju Sabah Maju Jaya.
No comments:
Post a Comment