SABAH yang diduduki lebih
30 entik atau suku bangsa sekarang ini diperintah oleh Kerajaan yang bersifat sukuan
secara tidak langsung.
Memang kalau dilihat di
peringkat atas, seolah-olah kerjaaan Sabah mengunapakai pendekatan majmuk,
tetapi di peringkat pelaksanaan sangat dirasai tindakan memisah-misah antara
kaum.
Pemimpin yang berlatar
belakang bajau, tumpuannya hanya pada masyarakat yang sesuku dengannya,
demikian juga pemimpin daripada etnik lain yang melihat etnik asalnya.
Sejak pertukaran kerajaan
Sabah pada Mei, 2018, di segenap sektor, apa kah itu peluang-peluang
perniagaan, peluang-peluang mendapatkan biasiswa, peluang-peluang mendapatkan
projek-projek kerajaan, perlantikan di jawatan-jawatan penting awam mahupun
syarikat-syarikat kerajaan, ternampak pemisahan yang sangat ketara, ibarat
hitam dan putih.
Paling ketara sekali,
semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan kerana Wabak Covid-19,
jelas dan nyata, para pemimpin Sabah lebih tertumpu pada etnik masing-masing di
kawasan masing-masing, dan bukannya secara menyeluruh.
Tindakan para pemimpin
ini, seolah-olah hanya etnik mereka sahaja yang perlu hidup, sedangkan suku
bangsa lain tidak.
Melihat ketidak adilan
tersebut, Sabah memerlukan seorang pemimpin yang moderate, progresif dan
menggunapakai keadilan sesama untuk memimpin Sabah.
Sayang sekali pemimpin
seperti itu, sedang berehat dalam politik kepartian, selepas PRU-14 lalu.
Penulis terpanggil menulis
artikel ini, kerana sudah amat bosan melihat tindak tanduk pemimpin Sabah sekarang ini terutama mereka yang berjawatan yang
bersifat undur ke belakang, kembali ke era 60-an yang bersifat memilih-milih.
Di pihak para pemimpin
yang membangkang kerajaan negeri juga, tiada misi yang jelas, tiada misi ke
hadapan, seolah-olah hanya pasrah kepada keadaan, sementara kedudukan
masing-masing terjaga. Sedangkan dalam politik itu, sendiri, terdiri daripada
pemimpin-penyokong-pengikut. Dalam dunia politik mereka itu adalah keluarga.
Tetapi apa yang berlaku, pemimpin hanya melihat untuk dirinya, seperti enau
melepaskan pucuk masing-masing.
Dalam situasi politik
sekarang, adalah perlu pemimpin yang mengayomi semua orang, semua rakyat untuk
kembali aktif dalam kepartian, kerana keadaan sangat memerlukan.
Penulis yakin, pemimpin
seperti Datuk Salleh Tun Said, sedang memperhatikan keadaan politik tanah air,
khususnya di Sabah, tetapi belum keluar daripada “berehat”, sedangkan PRU-15
semakin hampir. Kestabilan politik di Peringkat Persekutuan tidak menentu, dan
bila-bila masa PRU-15 bakal diadakan.
Kekalahan Salleh pada
PRU-14 di Parlimen Kota-Belud, sebenarnya bukan kekalahan secara pribadi,
tetapi kekalahan yang sangat tragis akibat-akibat perbalahan dalaman yang tidak
kelihatan antara pemimpin. Sifat cantas
tertanam dikalangan “pemimpin-pemimpin” tertentu, telah mengakibatkan kekalahan
tersebut, selain situasi yang berlaku semasa kempen, kerana perbuatan-perbuatan
jurukempen yang tidak mesra alam.
Penulis yakin, tidak sedikit rakyat yang menyesal, Akibat penyesalan itu, rakyat tunjukkan menerusi PRK selepas PRU-14. Akibat penyesalan itu juga, bukan sahaja rakyat yang merasakan, tetapi para wakil rakyat, sebab itu lah Kerajaan PH tumbang,
Penulis yakin, pemimpin seperti Salleh akan keluar daripada pertapahan, untuk aktif dalam politik dengan mengambil iktibar aspirasi rakyat secara menyeluruh.
Penulis terkenang, bagaimana keserasihan antara pemimpin semasa dalam BN, mereka bergerak satu pasukan, seperti lokomotif, sayang pada masa kini, tidak terlihat lagi era itu.
Jika berlaku, persengkataan dalaman, perbaiki lah, demi rakyat... Fikir-Fikirkan lah.
1 comment:
Drama politik kembali lagi minggu ini. Daripada ‘pemecatan’ pemimpin Bersatu – termasuk pengerusinya yang mengasaskan parti berkenaan – sehingga angka 129 yang tular dan membawa semacam enigma kepada ramai.
Daya tarikannya tidak kurang meriah berbanding sinetron ditayang di kaca televisyen. Ia lengkap dengan unsur suspens dan komedi.
Dulu Bersatu kelilhatan kompak bersatu untuk menentang Najib Razak dan Umno. Kerana itu mereka bersama Pakatan Harapan (PH) memenangi pilihan raya umum (PRU) dan membentuk pentadbiran baru.
Post a Comment