Wednesday, March 11, 2020

KERAJAAN PERSEKUTUAN-PERTEMPURAN BERHENTI-PERANG BELUM SELESAI

POLITIK negara diakui tidak menentu, sejak 22 bulan lalu, ekoran keputusan PRU-14 yang menyebelahi Pakatan Harapan.

Pada 10 Mei,2018, rakyat yang memilih PH, mengharapkan harapan setinggi gunung daripada pakatan 4 parti-DAP-PKR-Amanah-PPBM. Namun harapan tinggal harapan, sehingga lah kerajaan itu tumbang selepas 22 bulan.

Tanda-tanda tumbang itu apabila calon-calon kerajaan kalah pada 5 PRK pasca PRU-14 termasuk gagal mempertahankan kerusi milik sendiri. Bukan itu sahaja, perpecahan parti PKR mempercepat tumbangnya Pakatan Harapan. Selain perpecahan, tindakan gelojoh penyokong Dato Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin DAP agar Tun Dr Mahathir meletakkan jawatan menyebabkan api kecil marak dengan besarnya kerana dituangkan minyak petrol.

Kemuncak tumbangnya PH adalah pada 24 Februari, apabila PPBM dan 11 ahli parlimen PKR meninggalkan PH. Akibat daripada tindakan itu, PM PH, Tun Dr Mahathir terpaksa meletakkan jawatan.

Walaupun Tun meletakan jawatan, parti muafakat nasional yang beranggotakan BN dan Pas walaupun pada awalnya bersetuju membentuk gagasan baharu dengan berperdana menterikan Tun Dr Mahathir, tetapi dengan syarat tanpa pengelibatan DAP. Syarat itu tidak dapat diterima oleh Tun, samada dengan pendirian beliau, tidak dapat menerima parti Umno. Akhirnya, kerajaan yang dicadangkan itu, terkubur sebelum lahir.

Negara tidak akan berfungsi tanpa kerajaan. Kerana pertimbangan itu, YDP Agong melantik PM Interim sebelum perlantikan PM-8 dan pembentukan kabinet.

Apa yang belaku, walaupun Tun sudah meletakan jawatan, akan tetapi beliau masih mahu dilantik sebagai PM-8. Pada masa yang sama, Dato Seri Anwar yang mengidamkan jawatan itu sejak tahun 1998, mengambil peluang, dan dinamakan oleh 3 parti-DAP-PKR-Amanah.

Melihat kepada perkembangan tersebut, MN tidak berpihak, dan memilih bubar parlimen.

Selepas 222 ahli parlimen ditemuduga YDP Agong, ternyata tiada pihak yang mendapat majoriti ketara. Tun sendiri hanya mendapat 64 undi, Dato Seri Anwar 92 dan bubar parlimen 60, manakala bakinya berkecuali.

Jika sekiranya, PH tidak mencadangkan Dato Seri Anwar, sudah tentu, PH kekal sebagai kerajaan.

Pertemuran babak pertama yang begitu sengit, akhirnya dimenangi TSMY, walaupun pada awalnya beliau tidak terlibat dalam pertempuran tersebut. 

Pertempuran babak kedua akan bermula lagi pada sidang parlimen akan datang yang dijadualkan 18 Mei depan. Pertempuran babak kedua ini dianggap ibu kepada pertempuran, kerana dua pihak yang bertempur di babak pertama bergabung sebagai satu pasukan tempur.

Tanda-tanda pertempuran akan sengit lagi, apabila MP Bintulu yang juga Presiden PDP menolak lantikan timbalan menteri. Undi MP Bintulu adalah sebahagian undi yang diperolehi TSMY bagi menghasilkan kemenangan. 

Ahli parlimen seramai 222, hampir terbahagi dua, ertinya, pemenang sukar diramal. Mana-mana pihak yang mendapat 112 adalah pemenang. 

Kata orang mengurus manusia, bukannya mudah, rambut sama hitam hati lain-lain. Sudah bermula suara-suara sumbang, walaupun baru semalam, majlis angkat sumpah barisan kabinet Persekutuan.

Nampaknya Barisan Kabinet TSMY yang berjumlah 31 orang dengan 38 timbalan menteri, walaupun disambut rakyat sebagai barisan kabinet yang boleh membawa negara keluar daripada kemelut kemelestan dan kemerosotan keyakinan. akan tetapi tidak bagi pemimpin politik yang merasa diketepikan.

Mana ada pemimpin politik yang tidak mahu jawatan menteri, terkecuali mereka yang berjiwa besar seperti Tok Guru Dato Seri Hadi Awang. Kalau lah Presiden Umno tiada kes mahkamah, sudah tentu, mahu jawatan menteri kanan.

Di negara ini, kerana kuasa menteri begitu hebat, maka menjadi rebutan. Sebab itu lah apabila seseorang jadi menteri, bukan sahaja menteri berubah cara hidup akan tetapi mereka yang dalam inner circle menteri itu juga cara hidup berubah.

Dalam tempoh 2 bulan sebelum persidangan parlimen, terus akan berlaku tawar menawar antara dua pihak. Mereka yang merasa kecewa, mungkin akan terjebak tawaran yang mengiurkan, sehingga terlupa matlamat, bahawa kewujudan kerajaan sekarang, semata-mata untuk menidakkan pengelibatan DAP.

Apa yang jelas, pertempuran babak pertama sudah berakhir, pertempuran babak kedua akan bermula, untuk menghidupkan semula perperangan. Bagi penulis, jika peperangan tidak dapat ditamatkan, maka perlu kembali kepada rakyat, menerusi pilihanraya, untuk menamatkan peperangan yang memudaratkan rakyat dan negara.

No comments:

Blog Archive