Tuesday, March 10, 2020

PERLU DILANTIK PENYELARAS PERSEKUTUAN DI SABAH

KERAJAAN PERSEKUTUAN perlu dengan segera melatik penyalaras persekutuan Sabah, kerana berasaskan keperluan mendesak.

Tugas penyalaras itu hampir sama dengan tugas ketua menteri, hanya bezanya hanya berkaitan dengan urusan persekutuan di Sabah yang melibatkan kementerian persekutuan, termasuk lah peruntukan-peruntukan parlimen.

Perlantikan penyelaras persekutuan melibatkan parti-parti perikatan nasional di Sabah. Dengan cara itu, setidak-tidaknya meredam "kekecewaan" Umno Sabah kerana tidak dilantik pada sebarang jawatan kabinet Persekutuan.

Penyelaras Persekutuan itu bertindak sebagai mini kabinet atau kabinet bayangan yang beranggotakan para pemimpin parti dalam perikatan nasional termasuk lah para ADUN, MP dan senator.

Penulis yakin, Datuk Hajiji Haji Noor mempunyai kapasiti untuk menyakinkan kerajaan persekutuan untuk mengujudkan cadangan ini demi kebaikan rakyat Sabah.

Rakyat Sabah pada umumnya tidak dapat bersandar kepada kerajaan negeri mendapatkan peruntukan untuk pembangunan, kerana memangpun, kekurangan dana untuk itu.

Menyalurkan peruntukan kepada kerajaan negeri, adalah serupa memberikan pisau kepada musuh.

No comments:

Blog Archive