Tuesday, March 10, 2020

HUBUNGAN G TO G KERAJAAN NEGERI-PERSEKUTUAN LEBIH BANYAK MUDARAT BERBANDING KEBAIKAN KEPADA SABAH

KERAJAAN Sabah era parti PBS, telah mengalami hubungan G to G (hubungan antara kerajaan) antara tahun 1991-1994, selain hubungan dingin dengan kerajaan persekutuan antara 1985-1990, telah membawa kemudaratan kepada Sabah dan rakyatnya.

Dalam tempoh masa 9 tahun, secara perlahan-lahan ekonomi, kemajuan dan pembangunan Sabah merudum, sebagai impaknya kadar kemiskinan meningkat, kemudahan asas, infrastruktur menajdi daif. 

Berasaskan pengalaman lalu, para pemimpin perikatan Nasional di Sabah jangan mengulangi sejarah itu, sebaliknya perlu bertindak mengikuti visi dan misi Kerajaan Persekutuan yang diterajui Tan Sri Muyiddin Yassin, yang mengutamakan perkhidmatan dan penyampaian untuk mengatasi isu-isu dan masalah yang dihadapi rakyat dan negara. 

Para pemimpin perikatan Nasional tidak perlu terpengaruh dengan pendekatan kerajaan Sabah dibawah pimpinan Datuk Shafie Apdal menerusi pendekatan G to G dengan Kerajaan Persekutuan, kerana pendekatan itu lebih banyak membawa kemudaratan berbanding kebaikan kepada Sabah dan rakyatnya. 

Jika Datuk Hajiji Haji Noor yang mewakili parti terbesar perikatan nasional di Sabah membentuk kabinet bayangan atau sewaktunya dengannya, maka dapat mempergunakan semaksimum dan seoptium peruntukan daripada Persekutuan, khususnya daripada Kementerian KKLW, Kerjaraya, Pertanian dan industri makanan, Ekonomi serta pelancongan. 

Penulis yakin PM akan menyokong sepenuhnya pembentukan satu bentuk koordinasi di peringkat negeri untuk melaksanakan projek-projek, perkhidmatan dan penyampaian kepada rakyat Sabah secara lebih baik berbanding menerusi kerajaan negeri sendiri yang mempunyai agenda politik. 

Untuk menopang keberkesanaan pendayagunaan peruntukan Persekutuan, ada lah mendesak Jabatan Persekutuan Negeri Sabah (JPNS) diwujudkan semula sebagai pusat menerima dana daripada Persekutuan. 

Kerajaan Persekutuan, tidak wajar lagi menyalurkan peruntukan kepada Kerajaan Negeri, kerana sifatnya sebagai negeri pembangkang, selain itu, mempunyai agenda politik yang menjahanamkan kerajaan Persekutuan.

No comments:

Blog Archive