Tuesday, March 10, 2020

PEMBENTUKAN KABINET BAYANGAN SABAH MENDESAK

Datuk Hajiji Haji Noor
PENGGAL ke-14 parlimen hanya berbaki 36 bulan. Dalam tempoh masa itu, perkhidmatan dan penyampaian terbaik dan optimum kepada rakyat perlu diambil perhatian. 

Di peringkatan nasional, Perdana Menteri mengambil pendekatan itu. Barisan kabinet beliau yag dibarisi tokoh politik,teknorat dan individu tertentu, untuk menykokong visi dan misi beliau dalam 36 bulan terakhir untuk menyelematkan negara dan rakyatnya. 

Sabah yang diperintah parti pembangkang, perlu bertindak cepat, menyahut visi dan misi kerajaan Persekutuan menerusi pembentukan KABINET BAYANGAN bagi mengurus semua peruntukan persekutuan kepada Sabah, supaya penyampaian dan perkhidmatan optimum kepada rakyat dapat disempurnakan. 

Keperluan kabinet bayangan bertujuan untuk perkhidmatan dan penyampaian yang efektif dan berkesan kepada rakyat. 

Penulis yakin, Datuk Hajiji Haji Noor yang juga ADUN Sulaman yang mewakili parti terbesar di Sabah daripada segi jumlah wakil rakyat, baik ahli parlimen mahupun ADUN, sudah mengatur langkah-langkah strategik, dan berkemungkinan juga telah mempertimbangkan pembentukan kabinet bayangan peringkat negeri. 

Barisan kabinet yang dibentuk semalam, wakil Sabah yang teridiri daripada 2 menteri penuh dan 4 timbalan menteri, boleh mendokong kemantapan kabinet bayangan negeri. 

Kabinet bayangan itu juga selain membuka peluang-peluang kerja baharu, juga sebagai penanda aras kepada rakyat, pihak mana yang perlu diberi mandat pada PRU-15 akan datang, jika dilihat daripada segi perkhidmatan dan penyampaian dalam membela rakyat.

No comments:

Blog Archive