Monday, March 09, 2020

KABINET PERSEKUTUAN-WAKIL SABAH JULUNG KALINYA DARIPADA KDM

BELUM pernah berlaku sejak merdeka, wakil Sabah yang dilantik ke kabinet persekutuan, samada menteri atau timbalan menteri majoritinya daripada KDM 

Petang tadi Perdana Menteri Perikatan Nasional Plus GPS mengumumkan 31 menteri kabinet bersama 38 timbalan menteri. Daripada 69 ahli jemaah menteri tersebut, 6 bukan ahli parlimen. 

Dari 31 menteri- 2 daripada Sabah daripada KDM, iaitu Datuk Ronald Kiandee mewakli PPBM dan Datuk Maximus Ongkili mewakli PBS. 

Daripada 38 timbalan menteri- 4 dari Sabah, 3 KDM dan seorang bumiputera islam 

Dalam perkembangan sama, kabinet persekutuan yang diumumkan jika dilihat daripada segi parti, Umno-9; PPBM-7, GPS-4, PAS-3, MCA-1, MIC-1 dan PBS-1 dan 3 bekas ahli parlimen PKR (kumpulan Azmin). 

Walaupun anggota kabinet dariada Sabah berkurang daripada 3 kepada 2 berbanding semasa kerajaan PH, akan tetapi jumlah timbalan menteri bertambah daripada 2 kepada 4. 

Barisan kabinet yang diumumkan petang tadi, julung kalinya tidak melibatkan Umno Sabah sejak kemasukan parti itu ke Sabah pada tahun 1991. 

Sebenarnya kabinet Tan Sri Muhiyiddin adalah kabinet berorentasikan kepada tugasan bukan berorentasikan pengukuhan kuasa politik. Perkara ini ditandai, apabila Menteri Kewangan bukan daripada pemimpin poiltik, demikian juga menteri yang menjaga agama. 

Apa yang menarik pada barisan kabinet TSMY adalah satu pembaharuan kerana tidak melantik Timbalan Perdana Menteri, sebaliknya melantik 4 menteri kanan. 4 menteri kanan itu dilihat mewakili kumpulan masing-masing.

No comments:

Blog Archive