Monday, March 09, 2020

SIAPA KATA KERAJAAN SABAH TIDAK BOLEH TUMBANG


TIADA jaminan bahawa kerajaan negeri Sabah tidak tumbang. 

Kerajaan Johor, Melakan dan terkini Perak telah tumbang. 

Tumbangnya 3 kerajaan yang pada asalnya dikawal PH, hanya kerana wakil-wakil PH mengutamakan rakyat yang diwakili menerusi sokongan kepada Kerajaan Persekutuan.

Untuk Sabah para wakil rakyat memerlukan peruntukan untuk membangun kawasan masing-masing. Mereka tidak boleh bersandar kepada kerajaan negeri, kerana dana kerajaan negeri terhad.

Jika para wakil rakyat Sabah (ADUN) mengutamaka pembangunan kawasan masing-masing, mereka tiada pilihan melainkan menyertai parti yang sepasukan dengan Kerajaan Persekutuan.

Sabah tidak boleh kembali pada era 1991-1994, akibat kerajaan negeri pembangkang kepada Persekutuan, maka kemajuan negeri menjadi mundur.

Fakta menunjukkan, apabila kerajaan Sabah diambil alih oleh Barisan Nasional yang juga Kerajaan Persekutuan pada tahun 1994, simpanan kewangan negeri negatif, malah gaji kaki tangan pun dibayar menerusi pinjaman.

Sebagai impak kerajaan negeri sepasukan dengan Kerajaan Persekutuan, simpanan kewangan negeri telah melonjak sehingga RM3.74 bilion pada tahun 2017. Bukan itu sahaja, kadar kemiskinan menurun dengan drastik daripada dua digit kepada 2.9% pada tahun 2017.

Selain itu kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan, nilai perdagangan negeri lebih RM80bilion, dengan purta pertumbuhan 8%.

Jika para wakil rakyat mengutamakan rakyat, maka mengubah pendirian menerusi gabungan baharu, membentuk Kerajaan Sabah selairan dengan Kerajaan Persekutuan.

Shafie menerusi tindakan beliau sebenarnya hanya mahu menyelematkan para wakil rakyat DAP dan PKR, selain itu, bertujuan politik, kerana menurut perkiraan beliau parti-parti perikatan nasional tidak mempunyai kekuatan menembusi kawasan-kawasan kaum cina di Sabah.

No comments:

Blog Archive