Saturday, March 07, 2020

KERAJAAN PERSEKUTUAN DIKENALI SEBAGAI PN PLUS GPS

PERIKATAN NASIONAL (PN) dibentuk beranggotakan Muafakat Nasional (Bn dan Pas) dan Bersatu/PPBM. Sementara kerajaan yang dibentuk dikenali sebagai PN PLUS GPS. GPS adalah Gabungan Parti Sarawak.

Dengan terbentuknya kerajaan PN PLUS, maka Sarawak bertukar daripada negeri berkecuali semasa pemerintahan Pakatan Harapan (PH) kini sepasukan kerajaan persekutuan, seperti Johor, Melaka, Pahang, Perlis, Kelantan, Terengganu, dan bakal menyusul Perak dan Kedah.

Hanya Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan dan Sabah sebagai negeri pembangkang.

Kerajaan PN PLUS yang diancam usul tidak percaya pada persidangan Parlimen akan datang, dikatakan mendapat nafas baharu, menurut Presiden Umno- Dato Zahid Hamidi, kerana ada beberapa ahli parlimen daripada parti tertentu menyokong kerajaan baharu tersebut.

Semasa YDP Agong melantik Tan Sri Muhiyiddin Yassin pada 29 Februari, yang disokong MN, Bersatu dan GPS dikatakan mendapat undi 114 daripada 222 ahli parlimen. Majoriti mudah yang diperlukan adalah 112.

Kekalnya kerajaan PN PLUS, akan dinilai apabila diketahui barisan kabinet yang kemungkinan akan diketahui seawal minggu depan.

Apa yang menarik pada perikatan yang baru dibentuk ini, rata-rata pemimpin utama mereka, menawar diri untuk tidak menyertai kabinet, dan memberi kepercayaan penuh kepada TSMY menentukan kabinet beliau.

Kabinet yang bakal dibentuk berhadapan dengan isu perkembangan ekonomi negara yang semakin meruncing termasuk masalah wabak COVID-19.

No comments:

Blog Archive