Saturday, March 07, 2020

SHAFIE HINA ADUN LOMPAT PARTI

Datuk Shafie Apdal mempertahan sokongan parti Warisan kepada Pakatan Harapan (PH) kononnya sebagai cara menghentikan tindakan lompat parti. Menghentikan ahli politik seperti lalang, ikut tiupan angin.

Pada 5 Mac, Warisan dan sekutunya di Sabah sebulat suara menyokong PH, dan bersedia menjadi kerajaan pembangkang. 

Sebenarnya prinsip Shafie itu hanya pendirian baharu beliau selepas 22 bulan mendapat kuasa kerana tindakan lompat parti. Ertinya pendirian tersebut hanya pendirian ikut semasa, bukan pendirian hakiki beliau. 

Shafie lupa, bahawa pada 12 Mei, 2018 beliau dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah kerana lompat parti, tambahan lagi proses tersebut bercanggah dengan Perlembagaan Sabah. Perlantikan beliau tersebut sedang dalam proses semakan di Mahkamah Persekutuan. 

Shafie lupa bahawa parti beliau hanya menang 21 kerusi DUN, dan kini menjadi 31 kerana tambahan 10 ADUN hasil daripada lompat parti. 

Jika prinsip beliau berkaitan lompat parti, kerana prinsip hakiki, maka beliau perlu menasihatkan 10 ADUN yang melompat ke dalam parti beliau supaya keluar, kerana tidak sudi mempunyai ADUN seperti lalang. 

Nampaknya, kenyataan Shafie pada 5 Mac dan dilulang hari ini 7 Mac, seolah-olah isyarat kepada ADUN yang lompat parti untuk keluar, kerana kenyataan itu membawa erti tersirat pukul anak sindir menantu. 

Kini, meskipun adanya sindirian Shafie tersebut, para ADUN yang lompat, hanya bertindak muka tembok, bertempik, tidak sedar bahawa mereka dihina secara tidak langsung oleh Presiden Warisan tersebut. 

Penghinaan secara tidak langsung Shafie terhadap mereka yang melompat parti, menunjukkan ego seseorang yang mendapat kuasa menerusi cara tidak betul.

No comments:

Blog Archive