Saturday, March 07, 2020

PPBM BERPECAH DUA-CABARAN UTAMA TSMY

Pendirian Tun Dr Mahathir Mohammad, bahawa beliau masih Pengerusi PPBM/Bersatu, dan mengakui bahawa parti itu berpecah dua, merupakan cabaran utama Tan Sri Muhiyiddin Yassin.

Bersatu yang pada asalnya hanya mempunyai 13 ahli parlimen meningkat kepada 26 dan kemudiannya 37. 

Nisbah ahli parlimen parti itu adalah- PPBM asal-13, Mantan Umno-13 dan mantan PKR-11.

Daripada 37 ahli parlimen tersebut, 31 bersama TSMY dan 6 ikut Tun. Mereka yang ikut TSMY dan Tun darpada PPBM asal masing-masing 7 dan 6. Sementara kawan baru seluruhnya ikut PM-8.

Melihat kepada senario sekarang, sukar untuk dijangka apa kesudahan parti berlambang bunga tersebut, memanadangkan satu pihak bertindak sebagai pembangkang, satu pihak lagi menerajui kerajaan.

Senario yang berlaku pada parti itu, bukan sahaja memerangkap para pemimpin parti di seluruh negara akan tetapi pemimpin parti itu di Sabah.

Pada gelombang pertama pencalonan PM-8, Pemimpin parti itu di Sabah telah mengeluar kenyataan berdiri teguh di belakang Tun Dr Mahathir. Namun, berubah apabila TSMY dicalonkan sebagai PM-8.

Ekoran perlantikan TSMY sebagai PM-8, pimpinan PPBM Sabah menyokong perlantikan tersebut.

Pada perkembangan yang sama juga, PPBM Sabah dibawa teraju Datuk Hajiji Haji Noor yang juga ADUN Sulaman telah bersedia menjadi pembangkang di DUN Sabah.

Menerusi tindakan PPBM Sabah yang dinyatakan menerusi Pengerusi parti itu di Sabah, pertama menyokong perlantikan TSMY dan kedua menjadi pembangkang di DUN Sabah, membawa pengertian memilih TSMY. Namun, tidak pasti apa kah seluruh Ketua Bahagian parti itu akan ikut sama, kerana ada satu-dua bahagian cukup dekat dengan Timbalan Presiden parti itu- Datuk Mukhirz Tun Mahathir.

Memandangkan proses pemilihan parti itu sedang berjalan, lagi pun penulis tidak "update" apa kah pencalonan untuk jawatan-jawatan dalam parti telah ditutup atau belum. Namun, sebelum kemelut dalam parti itu berlaku, sebahagian besar bahagian telah mencadangkan agar jawatan-jawatan utama- Pengerusi-Presiden-Timbalan tidak dicabar.

Selepas berlakunya kemelut, TSMY telah membuat kenyataan pada 28hb Februari, bahawa beliau memangku jawatan Pengerusi, memandangkan Tun telah letak jawatan pada 24hb. Akan tetapi perletakan jawatan tersebut dikatakan tidak diterima oleh MKT parti itu, dan seterusnya jawatan itu diterima semula oleh Tun selepas dirayu.

Sama-sama kita tunggu, bagai mana TSMY menyelesaikan kemelut dalam parti, tetapi apa yang jelas, Tun bukan lah seseorang yang boleh mengalah...prinsip beliau mudah... biar putih tulang jangan putih mata, pada masa yang sama, biar menang sorak walaupun kampong tergadai.

No comments:

Blog Archive