Tuesday, November 19, 2019

MUSA KETUA MENTERI SAH SABAH

TIADA pihak yang boleh menafikan PERLEMBAGAAN SABAH, termasuk mahkamah. Jelas dalam perlembagaan negeri seseorang Ketua Menteri yang telah mengangkat sumpah akan terlucut daripada jawatan apabila berlaku KEMATIAN, MELETAKKAN JAWATAN atau, KEHILANGAN SOKONGAN ADUN SEMASA SIDANG DUN SEDANG BERJALAN.

Dalam kes Musa, ketiga-tiga tatacara itu tidak berlaku.

Musa mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri pada malam 10 Mei,2018, hampir 12 jam selepas PRU-14. Sepatutnya beliau boleh mengangkat sumpah lebih awal daripada itu, namun berbagai halangan dilakukan dipihak yang punya kuasa melantik.

Secara demokrasi, asas Musa dilantik ke jawatan Ketua Menteri kerana mempunyai sokongan 31 ADUN daripada 60. Selepas beliau mengangkat sumpah jawatan, kabinet beliau juga turut sama mengangkat sumpah. Kabinet negeri telah mengadakan mesyuarat pertama pada pagi 12 Mei,2018 bertempat di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS).

Pada malam 12 Mei, 2018, TYT Sabah membuat keputusan melantik seorang lagi Ketua Menteri, iaitu Datuk Shafie Apdal.

Pada 7 November, 2018, Hakim Mahkamah Tinggi, Kota Kinabalu menggunapakai Perlembagaan Perak, untuk mengsahkan tindakan TYT Sabah. Tindakan Mahkamah Tinggi itu, akan didengar di Mahkamah rayuan pada 28 November ini.

Mahkamah Rayuan, akan memutuskan, apa kah Keputusan Mahkamah Tinggi menggunapakai Perlembagaan Perak terpakai bagi sebuah negeri yang juga mempunyai Perlembagaan sendiri.

Perlembagaan Negeri secara jelas membutirkan, mana-mana parti yang mempunyai jumlah kerusi terbanyak hendaklah diberi mandat untuk menubuhkan Kerajaan. Kemudiannya, kerajaan yang dibentuk itu, jika tidak mempunyai majoriti mudah daripada jumlah keseluruhan ADUN, hendaklah menyerahkan kepada ahli-ahli DUN semasa bersidang, apa kah menyokong ataupun tidak. Jika semasa DUN bersidang, kerajaan tidak mendapat sokongan majoriti mudah, Kerajaan atau Ketua Menteri perlu meletakkan jawatan, atau meminta kebenaran daripada TYT untuk membubarkan DUN bagi pilihanraya baru.

Dalam kes Musa, beliau mendapat sokongan majoriti mudah hasil daripada pilihanraya umum. Malangnya menurut tafsiran TYT dan Mahkamah Tinggi, kerajaan beliau kehilangan majoriti kerana tindakan khianat daripada 6 ADUN daripada parti beliau sendiri. Pun demikian, dari segi Perlembagaan Negeri, beliau masih Ketua Menteri Sabah yang Sah dan Kerajaan beliau juga sah, kerana masih mewakili Parti yang mempunyai kerusi terbanyak, iaitu 23 beranding parti terdekat Warisan-21. 

Masalahnya proses Perlembagaan Negeri tidak dipatuhi, apabila TYT melantik orang lain ke Jawatan Ketua Menteri pada malam 12 Mei, 2018... Fakta ini lah yang bakal diputuskan oleh Mahkamah rayuan, apa kah TYT mempunyai locus standai mengenepikan Perlembagaan Negeri Sabah.

3 comments:

Anonymous said...

Boleh ke lagi nak percaya kepada sistem perundangan yang ada dibawah pemerintahan Pakatan PENIPU/DAP sekarang?

Bila mereka2 ini nak beri KEADILAN kepada keluarga M Abib? Atau adakah mereka lebih mengutamakan kes2 pendakwaan politik kepada musuh2 politik mereka?

Tanya je?

Unknown said...

Mahkamah ada lah tempat untuk seseorang mendapatkan keadilan mutlak. Sehubungan dengan itu saya nak bertanya? sekira nya didapati kes diputuskan salah atau silap, apa kah jawatan seorang hakim itu gugur secara automatik atau apa kah ada tindakan yang dikenakan dan apa bentuk tindakan diambil?

Unknown said...

.

Blog Archive