Tuesday, November 19, 2019

MUAFAKAT NASIONAL-JANGAN HALANG SESIAPA

JANGAN halang sesiapa yang mahu menyertainya, kerana tujuan flatform baru itu adalah untuk kerharmonian berbagai kaum dalam negara. Asalkan yang mahu menyertai itu menerima visi dan matlamat flatform baru itu. 

Memang untuk sementara, MN adalah flatform bagi parti-parti pembangkang yang terdiri daripada UMNO, Pas, MCA dan MIC. 

Memang ada kekangan di pihak DAP untuk menyertai MN, kerana semua pihak yang menjadi pengasas, tidak dapat menerima kaum cina DAP, kaum melayu DAP dan India DAP, pendek kata, semua pihak tidak sudi menerima parti DAP. 

Bagi parti-parti lain atau pemimpin di luar DAP, dilihat tiada masalah menyertai MN, kerana tujuannya adalah untuk mencapai kesepakatan semua pihak dalam negara untuk mengurus negara, memerintah negara, yang membawa bersama-sama semua pihak, tanpa melihat latar belakang kaum dan agama. 

Mereka yang menjadi pengasas, perlu berfikiran terbuka, berlapang dada, tidak terikut-ikut gaya ekstrim setengah pihak dalam parti tertentu, seolah-olah MN adalah inkusif untuk mereka sahaja, sedangkan pengertian MN itu sendiri menyeluruh. 

Bagi pendapat penulis, jika daripada pihak Umno atau Pas, MCA atau MIC membuat pendekatan membawa bersama parti atau pemimpin daripada lawan politik selain daripada DAP, ke dalam keluarga MN, tindakan itu sesuatu yang perlu dipuji, bukannya digelar sebagai pengkhianat. 

Mereka yang menentang idea atau pendekatan itu sebenarnya yang dianggap sebagai pengkhianat, kerana menghalang penyatuan rakyat menerusi MN. Meskipun dalam MN tiada Parti DAP, ianya tidak mengapa, kerana dalam dunia demokrasi, perlunya semak dan imbang. 

Bagi UMNO, jangan lah merasa rakus dan gelojoh sangat, sehinggakan mahu menelan habis PPBM, sehinggakan dinyahkan sama sekali, termasuk kubur tanpa nisan, kerana ada pemimpin Umno bertekad merampas semula 12 kerusi yang dimenangi parti itu pada PRU-14 lalu, yang mana kawasan itu tradisinya kawasan BN. Pada PRU-14 lalu, PPBM menang 13 kerusi, akan tetapi salah satu daripadanya Tg Piai dirampas semula pada 16 November menerusi PRK. 

Semalam heboh, dikatakan Dato Hishamuddin Hussein bersama dengan beberapa MP daripada Umno hadir di rumah kediaman Timbalan Presiden PKR- Dato Azmin Ali, sehinggakan seorang AMT Umno Lokman Adam, meminta Umno mengambil tindakan terhadap MP Semberong itu, kerana menurut beliau telah bertindak khianat. 

Bagi penulis, tiada istilah khianat bagi penyatuan Ummah, tiada tindakan khianat bagi melengkapkan Muafakat Nasional. 

Jika ditakdirkan, PPBM atau seriphan PKR menyertai MN, seharusnya ianya dirai, bukannya dikutuk. Sudah tiba masanya semua pihak menyokong MN, demi negara, bangsa dan tanah air. MN adalah flatform untuk menyelamatkan negara daripada kekacaun politik, kecelaruan ekonomi dan kecelaruan masalah hubungan kaum. Fikir-Fikirkan.

1 comment:

Razak Penang said...

Message yang baik Bro!

Blog Archive