Friday, February 15, 2019

PH SOKONG WARISAN TERAJUI SABAH-TINDAKAN LUAR BIASA:TUN DR MAHATHIR

Pemimpin Parti Warisan Sabah (PWS) kena sedar, bahawa sokongan PH terhadap parti itu menerajui Sabah adalah tindakan luar biasa, memandangkan parti itu bukan anggota gabungan Pakatan Harapan.

Pada PRU-14, PWS hanya menang 21 DUN berbanding Bn 29, DAP-6, PKR-2 dan STAR-2, namun PH (DAP dan PKR) menyokong PWS, kemudiannya membentuk kerajaan, apabila 4 ADUN Umno dan 2 UPKO melompat parti sehinggakan kerajaan Bn plus Star tumbang pada 10 Mei, 2018 dan seterusnya TYT Sabah melantik Datuk Shafie Apdal pada 12 Mei, 2018.

Sebenarnya, kerajaan Sabah yang diterajui Shafie, masih dipertikaikan, kerana ianya melanggar perlembangaan Negeri Sabah. 

Rayuan Tan Sri Musa Aman berkaitan keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang menggunapakai kes Perak semasa membuat keputusan siapa Ketua Menteri sah Sabah pada November lalu, kini masih diperingkat rayuan di Mahkamah rayuan, dan akan didengar pada bulan ini (menurut khabarnya pada 20 Februari, 2019).

Dalam politik semua boleh berlaku, walaupun kenyataan Tun Dr Mahathir (pada Jumaat) bahawa keputusan PPBM mengembangkan sayap ke Sabah untuk mengukuhkan Kerajaan yang diterajui Datuk Shafie.

Politik Sabah sungguh unik dan pragmatik. Sejarah politik Sabah membuktikan, para wakil rakyat atau pemimpin politik boleh sahaja berubah, dan tidak mustahil sesebuah kerajaan boleh berganti.

Memang pada masa ini, dikatakan, kemasukkan PPBM ke Sabah tiada rancangan menggantikan kerajaan yang diterajui Parti Warisan Sabah, namun melihat rentannya politik Sabah, senario itu tidak mudah dipertahankan.

Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, sudah tentu mempunyai maklumat terkini berkaitan pemerintahan Sabah yang disifatkan sangat bercelaru, dan jika ianya beterusan boleh membawa imej kepada kerajaan Baharu Negara. Sama-sama kita tunggu apa yang bakal berlaku.

No comments:

Blog Archive