Saturday, February 16, 2019

PARTI TEMPATAN BOLEH MAJUKAN SABAH?

Tiada yang boleh menafikan, kemajuan dan pembangunan Sabah hanya dicapai selepas negeri diperintah oleh parti yang diterajui parti bukan parti tempatan.

Pada awal kemerdekaan, meskipun masa itu Sabah masih mempunyai sumber hutan, akan tetapi Sabah tidak juga maju dan membangun. 

Kemajuan dan pembangunan Sabah merundum pada era tahun 1985-1994, sehinggakan negeri di bawah bayu itu menjadi negeri termiskin, dengan kadar kemiskinan diatas 30%.

Apabila Sabah diterajui bukan parti tempatan bermula tahun 1994, kemajuan dan pembangunan Sabah bermula. Bukan itu sahaja, malah kestabilan politik juga dapat diwujudkan.

Bukti nyata kestabilan politik pada era tahun 1994-2018, apabila tiga pilihan raya berturut-turut, kerajaan yang ditubuhkan mempunyai kuasa 2/3 di Dewan Undangan Negeri.

Jatuhnya kerajaan Negeri, berikutan perubahan menyeluruh dalam negara, termasuk Kerajaan Persekutuan pada PRU-14.

Kini, apabila Sabah sejak 10 bulan lalu diterajui parti tempatan, era kecaluran kembali semula apabila kerajaan lebih fokus kepada kepentingan diri sendiri, bukannya kepentingan rakyat jelata. Contoh paling ketara, apabila seorang menteri mengarahkan penggunaan lift bangunan kerajaan hanya untuk kegunaan menteri dan VVIP sahaja, termasuk memasang karpet dalam lift tersebut.

Selain itu, kerajaan tiada hala tuju yang jelas yang mengarah kepada kemajuan dan pembangunan negeri dan rakyatnya.

Para pemimpin Sabah yang melihat kecelaruan kerajaan itu, maka tidak sudi menyertai parti yang diterajui para pemimpin sedemikian, melainkan mahu menyertai parti yang boleh bertindak semak dan imbang. Menerusi kaedah itu, maka kerajaan yang memerintah boleh fokus kepada kemajuan dan pembangunan rakyat dan negeri, bukannya fokus kepada kepentingan peribadi.

Adalah merugikan rakyat secara umumnya, jika kerajaan yang berorentasikan kepentingan peribadi tidak dibetulkan, kerana jika beterusan, Sabah akan kembali ke era kegelapan seperti mana pada tahun 90-an.

Terlihat sungguh, kerajaan Sabah hari ini, tidak melantik individu-individu yang mempunyai merit untuk jawatan-jawatan kerajaan mahupun syarikat milik kerajaan, melainkan berdasarkan kepada kaedah "kita-kita sahaja".

Cara pemerintahan dan pentadbiran sedemikian, jika tidak diperbetulkan, boleh membawa kemunduran kepada negeri.

Sabah sebenarnya, sudah dilandasan betul sebelum bertukar kerajaan, kerana Sabah dapat mengatasi kekurangan simpanan kewangan negeri daripada hampir muflis kepada mempunyai simpanan hampir RM4bilion sehingga Disember, 2017. KDNK Sabah menghampiri RM80bilion, berbanding awal tahun 2000, dibawah RM50bilion. Keluasan hutan kekal daripada kurang 900ribu hektar pada tahun 2003 kepada 1.87juta hektar pada hujung tahun 2017. Kadar kemiskinan menurun kepada 1% pada hujung tahun 2017. Sabah dapat membentangkan bajet konsisten di atas RM3bilion, malah beberapa kali di atas RM4bilion, yang mana bajet tersebut, adalah bajet surplus.

Selain itu, pembangunan kemudahan awam telah dilaksanakan dengan pesat sekali, antara lain pembinaan jalan-jalan bertingkat di kawasan Kinabalu, pembinaan Pusat Pentadibiran Negeri Sabah (PPNS), pembinaan pasar-pasar raya canggih dan moden, seperti Imago, Oceanus, Suria, City Mall, Grand Merdeka, malah Sabah kini mempunyai pusat konvensyen Antarabangsa di Teluk likas (SICC) yang dimilki Yayasan Sabah.

Sebagai impak kepada kerajaan Sabah yang diterajui parti bukan tempatan yang menerajui negara, maka kerajaan Sabah dapat membina kilang baja amonia moden (SAMUR) di Sipitang, pusat penyaluran Gas di Kimanis, Pusat kelapa sawit (POIC) di di Lahad Datu, malah Sabah mempunyai universiti sendiri, UMS.

Para pemimpin Sabah yang bukan ahli parti kerajaan negeri yang memerintah mahu meneruskan kemajuan dan pembangunan negeri dan rakyatnya untuk jangka masa yang panjang, sebab itu mereka cenderung menyertai parti yang menerajui kerajaan Persekutuan seperti parti PPBM. Keputusan mereka itu, bukan agenda peribadi, akan tetapi demi rakyat dan negeri Sabah.

Tidak dinafikan kemasukkan PPBM ke Sabah, membuatkan rakyat Sabah yang termasuk dalam kategori bumiputera islam akan berpecah, antara PPBM, UMNO dan PWS, sama juga dengan berpecahnya KDMR kerana adanya PBS, UPKO, PBRS dan STAR. Namun semua itu, tertakluk kepada pilihan rakyat, parti mana yang mereka sokong, kerana telah terbukti, dalam pilihan raya lalu, tidak semua bumiputera islam menyokong Umno atau PWS, demikian juga tidak semua KDMR menyokong PBS atau UPKO atau PBRS atau STAR.

Rakyat Sabah tahu, parti mana yang boleh membawa kemajuan dan pembangunan negeri dan rakyatnya, dan berasaskan sejarah, maka parti yang menerajui kerajaan Persekutuan, telah membuktikan matlamat itu tercapai. Fikir-Fikirkan.

No comments:

Blog Archive