Latest News

FAKTOR POSITIF BERI DOKUMEN PENGENALAN DIRI- PADA PATI

Beri dokumen kepada mereka yang tiada dokumen, adalah  salah satu cara memajukan Sabah. 

Faktor lain yang boleh mempercepatkan kemajuan negeri adalah pemberian pas khas kepada keluarga pekerja asing yang berada di Sabah.

Sektor pertama yang mendapat impak langsung berkaitan pemberian dokumen kepada penduduk Sabah yang tiada dokumen adalah sektor pengeluar kertas, pembekal dakwat, pembekal kertas foto, dan kedai fotokopi.

Jika mereka yang diberi dokumen seramai 1,000,000, maka kertas yang terpakai tidak kurang 5,000,000 keping atau 10,000 rim kertas, demikian juga kertas foto, tidak kurang 5,000,000 keping. Belum legi tempias kepada kedai-kedai fotokopi, pesurujaya sumpah dan sebagainya.

Mengurus warga asing memang merupakan satu industri yang kaya tunai, kerana jika bayaran proses pemberian dokumen berkos RM500 seorang, maka untuk 1,000,000 membabitkan RM500,000,000 atau setengah bilion ringgit.

Kerajaan negeri tidak perlu mengeluarkan modal untuk mengerakan industri ini, kerana agensi yang terbabit sudah 'in-place" sekian lama.

Projek pemberian dan memproses dokumen boleh membuka banyak peluang pekerjaan, bukan sahaja menerusi penambahan kakitangan, akan tetapi membuka peluang kepada syarikat-syarikat pengendali tenaga asing.

Industri lain yang bakal mendapat impak menerusi pengurusan warga asing dan pengurusan rakyat baharu adalah sektor pembinaan perumahan. Rumah-rumah baru perlu dibina untuk menampung permintaan perumahan.

Menerusi pertambahan rakyat yang sudah bersedia terjun ke lapangan pekerjaan, maka ladang-ladang baru dapat dibuka. Penerokaan tanah-tanah yang belum diusahakan dapat ditingkatkan. Cara ini merupakan pendekatan serampang mata, kerana kayu kayan yang terdapat pada tanah tersebut boleh ditebang untuk menambah pendapatan negeri, dan selanjutnya tanah itu memberi pendapatan jangka panjang kepada negeri menerusi cukai.

Pertambahan penduduk boleh mendorong perniagaaan runcit. Apabila perniagaan runcit bertambah, maka akan melahirkan lebih banyak syarikat pembayar cukai. Pendapatan negeri, selain bayaran royalti, dividen akan tetapi cukai juga merupakan sumber pendapatan yang banyak menyumbangkan kepada perbendaharaan negeri.

Sektor perniagaan kecil-kecilan, seperti warung-warung makanan, penjual sayur, ikan, termasuk kios-kios rokok juga akan bertambah. Menerusi pertambahan ini, maka memudahkan rakyat mendapat bekalan barangan keperluan.

Pertambahan rakyat baharu bagi Sabah, hanya tidak disenangi parti-parti politik, kerana menerusinya, maka mengubah demografi Sabah. 

Rakyat Sabah perlu berdepan dengan keadaan ini, kerana kerajaan tiada pilihan, kerana mereka-mereka itu  1/3 daripada penduduk Sabah yang berjumlah 3.9juta.

0 Response to "FAKTOR POSITIF BERI DOKUMEN PENGENALAN DIRI- PADA PATI"

Blog Archive