Friday, October 12, 2018

PARTI SEMANGAT 63?

Jika serpihan Umno pernah menubuhkan Semangat 46 (S46) apa salahnya parti yang berlatarkan semangat wujud pula di Sabah.

Dalam satu perjumpaan bersama rakyat Kimanis pada Jumaat, MP kawasan itu Datuk Seri Anifah Aman, membayangkan bahawa bakal ada rumah baharu, dan rumah baru itu mencerminkan hak Sabah dan rakyatnya dalam negara.

Anifah keluar daripada Umno pada 19 September, dengan memberi alasan, perjuangan beliau berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) tidak lagi berkesan, kerana Umno bukan lagi sebahagian daripada kerajaan.

Walaupun MP Kimanis itu tidak menentukan batas masa penubuhan parti baru itu, namun diyakni parti itu akan ditubuhkan sebelum PRU-15.

Oleh kerana parti baru itu membawa semangat tahun 1963, maka diperkirakan bahawa parti itu bercorak berbilang kaum. 

Memang tiada kepastian berkaitan nama parti yang bakal muncul itu, namun penulis membuat kesimpulan sendiri, tentang penekanan mantan Menteri Luar itu betapa pentingnya perkara MA63 dalam perjuangan politik beliau. Malah beliau mengulang-ulang, bahawa perjuangan beliau bukan untuk diri beliau akan tetapi demi cucu dan cicit rakyat Sabah.

Akan tertubuh kah Parti Semangat 63 Sabah? sama-sama kita tunggu.

No comments:

Blog Archive