Saturday, October 13, 2018

HANYA TANGAN GHAIB BOLEH NAFI STATUS TAN SRI MUSA-DR JEFFERY

ADUN Tambunan merangkap MP Keningau- Datuk Dr Jeffery G Kitingan yakin keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 26 Oktober ini berkaitan saman Tan Sri Musa Aman terhadap TYT Sabah dan Datuk Shafie Apdal akan berpihak kepada ADUN Sungai Sibuga itu, jika tiada tangan-tangan ghaib menjarah sistem kehakiman.

Presiden STAR itu memberi tahu demikian dalam satu majlis MA63 di Kimanis pada Jumaat.

Latar belakang saman Tan Sri Musa terhadap TYT Sabah dan Shafie, apabila TYT melantik Shafie ke jawatan Ketua Menteri pada 12 Mei, kurang 48 jam selepas Musa bersama kabinet beliau mengangkat sumpah jawatan pada 10 Mei.

Asas kepada perlantikan Musa selepas PRU-14 kerana beliau dan 30 ADUN mempunyai majoriti mudah daripada 60 DUN Sabah bagi membentuk kerajaan.

Keputusan PRU-14, Bn mendapat 29 kerusi, Parti Warisan Sabah 21, DAP 6, PKR 2 dan STAR 2. 


No comments:

Blog Archive