Saturday, October 13, 2018

ANWAR MASUK PARLIMEN- KITA TUNGGU WAYANG

Dalam politik tiada yang tidak mungkin. Pemimpin politik boleh berjanji bulan bintang. 

Benar kah Datuk Seri Anwar Ibrahim akan sabar menunggu, sehingga Tun Dr Mahathir betul-betul puas sebagai Perdana Menteri ke-7?

Akan bertahankan kenyataan Anwar, bahawa Tun Dr Mahathir adalah lelaki yang paling sesuai memimpin Malaysia?

Memang dalam keadaan sekarang, emosi rakyat khususnya kaum melayu masih lagi terkawal mengharungi karenah Kerajaan PH yang diterajui Tun Dr Mahathir.

Bagi mereka yang kehilangan kerja akibat diberhentikan, mungkin kesabaran masih berbaki, kerana masih ada simpanan untuk dibelanjakan memberi makan minum anak bini dalam masa jangka pendek.

Peneroka Felda masih boleh bersabar walaupun harga kelapa sawit menurun, demikian juga penoreh getah, nelayan, pemandu teksi, kontraktor-kontraktor kecil, namun kesabaran itu ada hadnya, apabila dapur tidak berasap lagi.

Kemenagan besar Dato Seri Anwar menerusi PRK Port Dickson adalah isyarat rakyat agar beliau berbuat sesuatu agar rakyat tidak tersiksa kerana ekonomi negara merudum, akibat tindakan tidak bijak yang dikemudikan oleh Tun Dr Mahathir.

Tun Dr Mahathir adalah pemimpin of the past, bukan pemimpin masa kini. PM ke-7 itu masih terbawa-bawa cara beliau semasa menjadi PM-4, sedangkan ianya sudah berlalu. Beliau masih dipenuhi dengan nostalgia, sedangkan era sudah berlainan.

Datuk Seri Anwar kena menganggap dirinya adalah Perdana Menteri untuk semua rakyat, bukannya hanya untuk penyokong Pakatan Harapan. 

Anwar kena bertindak secepat mungkin untuk menyelamatkan Malaysia, seperti mana Janji Pakatan Harapan.

No comments:

Blog Archive