Monday, October 15, 2018

ANWAR DILANTIK PERDANA MENTERI-8 BUKAN SEMUDAH ITU

SESI ke-2 Penggal Parlimen ke-14 dibuka didahului angkat sumpah Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ahli parlimen P132 Port Dickson.

Beliau yang masih segar dengan kemenangan bergaya pada Sabtu, masuk parlimen semula selepas 3 tahun, kerana beliau terpaksa mengosongkan kerusi beliau Parlimen Permatang Pauh pada tahun 2015 apabila kehilangan kelayakan kerana dijatuhi hukuman penjara 5 tahun atas sebab kesalahan liwat.

Kembalinya Anwar ke Parlimen setidak-tidaknya memberi laluan merealisasikan impian beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Namun demikian, Beliau tidak mudah merealisasikan hasrat itu, meskipun diwar-warkan dalam tempoh sekurang-kurang dua tahun, maka akan berlaku peralihan kuasa antara beliau dan Tun Dr Mahathir.

Suara-suara sumbang bertiup dengan kencang daripada saat beliau diampunkan sehinggalah kemenangan beliau pada Sabtu menerusi PRK Port Dickson.

Suara terbaharu adalah daripada Menteri Besar Kedah- Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, dengan memberi alasan, banyaknya kepincangan kerajaan yang perlu diperbetulkan terlebih dahulu oleh bapanya sebelum menyerahkan kerajaan tanpa cacat kepada pengganti.

Dapat dilihat daripada kenyataan MB Kedah itu, bapa beliau tidak akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri dalam masa yang ditentukan, kerana beliau menekankan bahawa tempoh masa peralihan kuasa adalah fleksibal boleh diheret sehingga tamatnya penggal ke-14 parlimen. 

Adalah perkara tersirat dikalangan para pemimpin PPBM dan DAP, akan membiarkan Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri sehingga ajal PM-7 itu. Mereka yang menyokong Tun Dr Mahathir, biarlah beliau menjadi PM-2 selepas Allahyarham Tun Abdul Razak yang meningggal dalam jawatan.

Namun di lain pihak, isyarat rakyat menerusi pengundi di Port Dickson yang memberi sokongan besar kepada Anwar, agar beliau berbuat sesuatu untuk menyelamatkan negara.

Rakyat mulai resah melihat kelibat pemerintahan Tun Dr Mahathir yang dikemudi oleh Lim Kit Siang di belakang layar.

Memang Tun Dr Mahathir mempunyai ketegasan luar biasa semasa menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun sehingga tahun 2003, namun ciri-ciri itu telah sirna, kerana kerajaan pimpinan beliau jauh berbeza, kerana kononnya menerusi Malaysia Baharu, maka style kepimpinan berbeza. Akan tetapi, style kepimpinan baharu itu, bukan baharupun, kerana ianya mencerminkan kepimpinan Malaysian Malaysia perjuangan Lim Kit Siang.

Anwar yang pernah ditahan menerusi Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1974, kerana peristiwa kemiskinan Baling, bukan sahaja wajar bertindak cepat, akan tetapi perlu memikirkan bahawa Kerajaan di bawah Tun Dr Mahathir sudah tidak kesah terhadap rakyat yang masih memerlukan pembelaan kerajaan, khususnya rakyat yang terkategori B40.

1 comment:

Unknown said...

Setuju bro, dsai tidak semudah itu utk jadi Pm, sb TM akan berusaha utk menggagalkan agar DSAI jadi PM,
Alasannya dia mahu melihat anak nya mukriz di kedudukan yg lebih selesa, cuma sekarang ini TM tidak dpt berbuat apa apa di sebb kan bahawa muyhiddin adalah Presiden PPBM,
Makanya utk mengaggalkan DSAI jadi pm, TM mengajak rakan rakan yg bersamanya dulu ahli ahli parlimen UMNO, utk menyertai PPBM,
jika keahlian UMNO berkurangan dgn sendirinya DSAI tidak boleh memaksanya berundur dari PM,
Utk mengelak DSAI keluar PH, dan buat gabungan baru kerana tiada lagi sekutu yg DSAI Bawa besama sbb tidak dpt mejoriti mudah utk betuk kerajaan baru.
Pakatan perpaduan....

Blog Archive