Ditakdirkan Umno hilang kuasa. Jika tidak, parti itu tidak akan sedar, bahawa ada pemimpin-pemimpin tidak setia. Ada pemimpin hipokrit. Ada pemimpin hanya menjaga kepentingan peribadi.
Umno yang menang 54 kerusi parlimen pada PRU-14, kini berbagi 48, apabila MP Masjid Tanah, Melaka, Jeli, Kelantan, Kimanis, Sabah, Bagan Seri dan Bukit Gantang, Perak serta WP Labuan keluar daripada parti.
Umno kena memberi prioriti kepada memperkuat parti di peringkat akar umbi, dan perlu melupakan hasrat berkuasa menerusi kerjasama dengan parti-parti lain sebelum PRU-15.
Umno kena menerima hakikat, ditakdirkan kehilangan kuasa sebagai cara untuk mengenalpasti para pemimpin yang setia dengan perjuangan.
Parti kena ingat, lebih 3 juta ahli mengharapkan kebangkitan parti itu. Majoriti ahli parti tidak sanggup menggadai maruah dan perjuangan.
Pada masa ini, bukan sahaja ahli parti menyaksikan bagaimana tersisinya mereka dalam kerajaan hari ini, akan tetapi secara umumnya kaum yang diwakili parti itu dihina sedemikian rupa oleh kaum sendiri yang berada dalam kerajaan hari ini.
Ahli Umno dan kaum yang diwakilinya, menyaksikan kejadian di Melaka, hanya kerana jalan pintas , kaum yang diwakili parti dihina dan dicaci.
1 comment:
Kesian Umno..Demam tak kebah lagi ye!. Hehehekikikihahahakahkahkah
Post a Comment