Wednesday, October 10, 2018

PERLANTIKAN SHAFIE APDAL-TIDAK SAH

Pada 16 Mei, 4 hari selepas Datuk Shafie Apdal dilantik ke jawatan Ketua Menteri Sabah kurang 48 jam selepas Tan Sri Musa Aman dilantik, mantan Peguam Negeri Sabah Tan Sri Herman J Luping berkata seperti mana dilaporkan DISINI bahawa perlantikan Presiden Parti Warisan Sabah itu tidak sah.

Berasaskan perlembagaan negeri, jika Ketua Menteri yang sah meletakkan jawatan, berlaku kematian dan atau terdapatnya usul tidak percaya di DUN semasa sidang DUN, maka ditaktifkan bahawa jawatan Ketua Menteri berlaku kekosongan; namun berasaskan pada perlantikan Shafie oleh TYT Sabah pada malam 12 Mei, semuanya itu tidak berlaku.

Menurut Herman Luping, perlantikan Shafie bukan sahaja tidak sah akan tetapi satu penghinaan kepada demokrasi.

Melihat kepada fakta kejadian perlantikan Musa pada malam 10 mei, memang berlaku tindakan memperlambatkan acara angkat sumpah.

Musa sebenarnya telah menyampaikan kepada TYT Sabah seawal 12.30 pagi (tengah malam 10 Mei) bahawa beliau mempunyai 31 ADUN sesuai dengan keputusan PRU-14 yang berkomposisi Bn-29 dan STAR-2 dan jumlah itu adalah majoriti mudah bagi DUN Sabah yang mempunyai 60 kerusi selanjutnya memohon mengangkat sumpah pada pukul 10 pagi.

Pada 10 Mei, pihak Istana acara angkat sumpah ditunda ke pukul 2 petang, atas sebab TYT sendiri mahu menebual Datuk Jeffery G Kitingan. Memang TYT boleh menemubual, tetapi ianya bukan satu kemestian, dan bukanpun kuasa TYT.  Oleh kerana berlaku kelambatan yang macam disengaja, maka satu masa baru ditetapkan pula, iaitu pukul 8 malam, kerana TYT mahu pula menebual ADUN-ADUN UPKO. 

Walaupun 31 ADUN Bn plus STAR telah hadir di Istana Negeri seawal 7.30 malam, namun acara angkat sumpah jawatan Ketua Menteri dan kabinet hanya berlangsung bermula 11.00 malam. Penulis bertanya "what happened in between?" Pada 26 Oktober, 2018 di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu akan diketahui keputusan Hakim berkaitan kemelut dua Ketua Menteri Sabah.

No comments:

Blog Archive