Wednesday, October 10, 2018

SELEPAS PRU-14: RAKYAT SABAH DAPAT TELUR BUSUK

Para menteri atau timbalan menteri daripada Sabah yang dilantik ke dalam kabinet Persekutuan, boleh enjoy dengan gaji, elaun dan kemudahan untuk diri sendiri, bukannya untuk rakyat.

Rakyat Sabah jangan mimpi bahawa peruntukan daripada Persekutuan akan mengalir untuk kemajuan dan pembangunan negeri.

Tun Dr Mahathir dan Lim Guan Eng dengan HIKAYAT hutang negara berjumlah RM1trilion, memberi isyarat, bahawa peruntukan daripada Persekutuan hanya berbentuk dana pengurusan, bukannya berbentuk projek yang boleh membuka peluang-peluang pekerjaan.

Kepada para kontraktor yang pernah kenyang menerusi peruntukan KKLW kepada Sabah, keadaan itu tidak berulang lagi.

Malah Tun Dr Mahathir memberi isyarat bahawa Sabah perlu membantu kewangan Persekutuan melalui pelombongan arang batu, berselindung sebagai bahan pembangkit tenaga elektrik bagi Sabah.

Apabila arang batu dilombong, ianya membawa tujuan serampang mata, termasuk menebang balak di kawasan di mana arang batu berlokasi.

Nampak gayanya, kerana faktor ubah, rakyat Sabah bukan mendapat telur emas, akan tetapi telur busuk.

Nafsu besar kerajaan sementara Sabah yang mengwujudkan kementerian pendidikan, kesihatan, hanya atas nama, tiada pertuntukan tiada kuasa. Menteri yang menjawat jawatan itu hanya syiok sendiri.

Nampaknya, kadar pembangunan & kemajuan Sabah akan terbantut, dan kemungkinan besar akan kembali pada era 90-an, negeri termiskin dan terbelakang.

No comments:

Blog Archive