Saturday, April 18, 2015

Parti Mana Bakal Menang di Permatang Pauh?

1.DALAM keadaan politik yang tidak menentu, apa kah dalam Umno Barisan Nasional (UBN) mahupun Pakatan Rakyat, PRK Permatang Pauh pada 7 Mei depan, belum dapat diramal parti mana yang bakal menang.

2. Di atas kertas, memanglah kawasan itu wilayah Pakatan Rakyat khasnya PKR, kerana belum pernah ada lagi yang menang di kawasan itu sejak Tahun 1982, selain Anwar dan isterinya. Hanya pada PRU 2004 sahaja, Wan Azizah hampir kalah kepada mantan Iman Masjid Negera yang mewakili UBN dengan majoriti di bawah 1000 undi.

3. Pada Jumaat Naib Presiden Umno Dato Seri Zahid Hamidi, membayangkan, melihat senario politik masa kini, tidak mustahil UBN bakal melakukan kejutan pada PRK Permatang Pauh.

4. PRK Permatang Pauh, Pulau Pinang terpaksa diadakan kerana penyandang kawasan itu Dato Seri Anwar Ibrahim kehilangan kelayakan pada 16 Mac 2015, kerana rayuan yang dikemukakan kepada Lembaga Pengampunan yang dikemukakan keluarganya pada 24 Februari telah ditolak.

5. INILAH kali kedua Pilihanraya Kecil (PRK) P044 Permatang Pauh. Kali pertama berlangsung pada ogos 2008, sebaik sahaja tamatnya PRU-12. 

6. Pada PRK tahun 2008, dilangsungkan kerana penyandang yang juga isteri kepada Anwar Ibrahim mengosongkan kerusi itu untuk membolehkan suaminya bertanding.

7. Pada PRK itu Anwar menang dengan majoriti 15,671 apabila Ketua Pembangkang itu mendapat undi 31,195 mengalahkan calon Bn Datuk Arif Shah Omar Shah yang memperolehi undi 15,524.

8. Pada PRU-13, sekali lagi Anwar menang dengan majoriti yang menurun 11,721 apabila mendapat undi 37,090 mengalahkan caon Bn Dr Mazlan Ismail yang mendapat undi 25,369.

9. Pada PRK kali ini, jika Dr Mazlan dicalonkan semula, besar kemungkian beliau akan menang, dengan syarat mendapat undi 55 peratus kaum melayu (PRU-13 46 peratus), 45 peratus undi cina (PRU-13 29 peratus), pengundi india 45 peratus (PRU-13 40 peratus) dan kaum-kaum lain 2 peratus (PRU-13 1.6 peratus).

10. Jika daftar undi pada PRU-13 digunapakai, di mana kawasan itu mempunyai 71,699 pengundi berdaftar, dan jika diandaikan 88.47 peratus pengundi keluar mengundi, calon Bn akan mendapat 32,832 undi dengan pecahan 23,900 pengundi melayu, 7080 pengundi cina, 1800 pengundi india dan 52 orang kaum-kaum lain.

11. Berasaskan keadaan semasa, kemungkinan P044 Permatang Pauh bakal dirampas Bn, seperti mana berlaku di PRK Telok Intan Perak.

12. Jikapun Bn menang, berkisar pada majoriti 2,000-3,000 undi, jikapun kalah berbezaan undi dalam lingkaran jumlah itu.

13. Presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail, yang juga isteri kepada Anwar, dijangka akan bertanding semula bagi kawasan itu.

14.Pada PRK kalilah, UBN mempunyai peluang merampas kawasan itu, kerana faktor kecelaruan dalam Pakatan Rakyat.

1 comment:

Anonymous said...

PKR akan kalah kerana orang2 Cina dah meluat kat DAP dan orang2 PAS akan boikot PKR kerana terang2 tak sokong Hudud.

Blog Archive