Tuesday, April 07, 2015

Wanita Misteri- Identiti Disahkan


KAJANG: Identiti mangsa keenam berstatus "Tidak Diketahui" yang maut dalam nahas helikopter Dauphin AS365 N2 sudah dikenal pasti sebagai Aidena Braizieva, rakan kepada juruterbang helikopter, Kapten Clifford William Fournier.

Wanita berusia 25 tahun berasal dari Kyrgystan itu dikatakan datang ke Malaysia sejak 2010 untuk menyambung pengajian di Universiti Sunway.

Mangsa kemudian menukar pengajian ke Universiti Lim Kok Wing dan sekali lagi menukar pengajian di Kolej SEGI di ibu negara.

Difahamkan, mangsa berjaya menamatkan pengajian peringkat diploma dalam bidang pelancongan di kolej berkenaan pada Oktober tahun lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abu Samah Mat, berkata berdasarkan keterangan rakan dan siasatan di kediaman mangsa di Pantai Dalam, polis menemui bukti meyakinkan bahawa mangsa adalah kenalan kepada Clifford dan pernah beberapa kali mengikutnya ketika melakukan penerbangan.

Beliau berkata demikian pada sidang media di lokasi nahas di sini , sebentar tadi.

No comments:

Blog Archive