Showing posts with label PRK Permatang Pauh. Show all posts
Showing posts with label PRK Permatang Pauh. Show all posts

Friday, May 08, 2015

PRK Permatang Pauh: Trend Undi BN Meningkat

1. Jika dibandingkan antara keputusan PRU-13 dan PRK Permatang Pauh 7 Mei, undi Bn turun 3,894 undi atau 15,34 peratus, manakala calon PKR turun 6,774 atau 18.26 peratus. Melihat median peratusan ini, bermakna penerimaan kepada Bn meningkat 19 peratus, manakala penolakan kepada PKR pada kadar 16 peratus.

2. Melihat kepada penerimaan kepada Bn itu, mungkin dipengaruhi oleh calon sendiri, kerana calon yang mewakili Bn adalah anak tempatan. Manakala penolakan kepada PKR, mungkin protes penyokong Pas yang menolak Wan Azizah.

3. Meskipun calon Bn, kalah akan tetapi, ada tanda-tanda positif kepada Bn, mengingat, isu-isu yang melanda pengundi, khususnya pelaksanaan GST, isu 1MDB, dan serangan bertali arus daripada mantan Perdana Menteri terhadap Perdana Menteri.

4. Berasaskan kepada trend pengundian di Permatang Pauh, nampaknya jika calon muda diketengahkan oleh Bn, penerimaan rakyat lebih pekat, berbanding calon veteran, seperti mana berlaku di PRK Rompin. Menilai, trend pengundian di Permatang Pauh, ada kemungkinan, jika calon muda mewakili Bn di Rompin, ada kemungkinan, undi Bn tidak akan merosot sehingga 41 peratus.

5. Harapan AYT, Bn perlu mengambil iktibar terhadap keputusan di PRK ini, untuk berdepan dengan PRU-14.

Wednesday, May 06, 2015

Kebarangkalian Keputusan PRK Permatang Pauh

1. Jika peratus yang keluar mengundi hampir sama dengan PRK Rompin, maka kebarangkalian jumlah pengundi yang turun mengundi bagi PRK Permatang Pauh berjumlah 52,400.

2. Berasaskan keadaan semasa kempen, Bn berkemungkinan mendapat undi kaum melayu seramai 19,080, kaum cina 5850, kaum india 1440 dan lain-lain 40, dengan jumlah keseluruhan 26,410. Melalui jumlah itu calon Bn melakukan kejutan dan menang dengan majoriti 420 undi.

3. Andaian ini, boleh dicapai berasaskan beberapa faktor- antara lain bercelarunya kubu pakatan rakyat, akbiat boikot senyap oleh penyokong Pas. Juga, kehadiran Suhaimi Sabdun sebagai "local boy" memberi kelebihan kepada calon Bn itu.

4. Isu calon PKR- Wan Azizah yang dianggap tamak, kerana beliau merupakan ADUN Kajang.

Thursday, April 30, 2015

PRK Permatang Pauh: UBN Tidak Terperangkap Sandiwira Pas

1. UBN masuk gelangkang PRK Permatang Pauh dengan kekuatan sendiri, tidak bergantung pada pihak musuh.

2. PKR, PAS dan DAP adalah musuh UBN, tidak mungkin UBN mengharapkan musuh untuk memberikan kemenangan.

3. Sandiwara Pas Pulau Pinang, sebelum ini, memboikot kempen PKR, akhirnya menjilat ludah mereka sendiri, dan akhirnya berkempen untuk calon PKR Wan Azizah Wan Ismail.

4. Pada kali ini, Wan Azizah ke empat kalinya bertanding di Permatang Pauh, pertama Tahun 1999, Tahun 2004 dan Tahun 2008. Untuk keduanya kalinya Presiden PKR itu bertanding PRK, pertama di PRK Kajang.

5. Wan Azizah mahu mempertahankan Parlimen Permatang Pauh yang terpaksa dikosongkan oleh Datuk Anwar Ibrahim suami kepada beliau yang terpaksa mengosongkan parlimen tersebut, atas sebab Defacto Leader PKR itu kehilangan kelayakan atas sebab disabitkan kesalahan jenayah meliwat pada Jun 2008.

6. Pada PRK Permatang Pauh, sekian kalinya UBN mencoba bermula pada Tahun 1999, untuk merampas kerusi tersebut, namun tidak pernah berjaya. Hanya pada PRU 2004, calon PKR hanya menang majoriti 560. 

7. Pada PRK kali ini, Wan Azizah mahu mempertahankan kerusi tersebut dengan rekod majoriti lebih 11,000 pada PRU-13 lalu.

8. Berasaskan perkembangan semasa, kemungkinan besar UBN akan membuat kejutan pada PRK kali ini. Perasaan itu, dikongsi sama oleh Mantan PM- Tun Dr Mahathir.

Saturday, April 25, 2015

PRK Permatang Pauh- Jangan Salahkan Ratu Kipas Pertahan Suaminya

1. INIlah kali keempat ratu kipas bertanding. Pertama tahun 1999, kemudian Tahun 2004, dimana hampir kalah dengan hanya menang 560 undi, kemudian Tahun 2008, sebelum melepaskannya kepada suaminya, untuk bertanding pada PRK tahun yang sama. 

2. Parlimen Permatang Pauh, hanya diwakili keluarga Anwar sejak tahun 1982, baik semasa Anwar bersama Umno dan kemudian diteruskan sebagai parti pembangkang.

3. Wan Azizah bertanding, bukan kerana dipilih oleh PKR atau Pakatan Rakyat, akan tetapi penggunaan kuasa mutlak sebagai Presiden Parti keluarga Anwar, bahawa tiada manusia yang boleh bertanding bagi kawasan itu selain keluarga Anwar.

4. Dari awal pengwujudan PKR, bukan bertujuan untuk membela rakyat, akan tetapi untuk membela Anwar, sesuai dengan kenyataan Wan Azizah sebaik diumumkan oleh Timbalan beliau, bahawa dia bertanding untuk membela Anwar yang terpaksa mengosongkan kerusi, kerana disabit kesalahan meliwat pembantu peribadi lelakinya pada Jun 2008.

5. PRK Permatang Pauh, pada awalnya dijangka dalam persaingan sengit, jika calon PRU-13 lalu, Dr Mazlan dikemukakan sebagai calon. Namun, kini, UBN mempertaruhkan kepada Setiausaha Bahagian Umno Permatanag Pauh, Suhaimi Sabudin, 44 tahun. Inilah julung kali beliau bertanding dalam pilihanraya.

6. Jika benarlah kenyataan Tun Dr Mahathir, bahawa Wan Azizah akan terus menang, sebabnya, pengundi yang menyokong Anwar, bukan berasas apapun, akan tetapi sokongan membuta tuli.

7. Apa yang perlu dilihat melalui PRK Permatang Pauh ini, apa kah jentera UBN yang diketuai oleh Dato Zahid Hamidi mampu menurunkan majoriti Anwar pada PRU-13 lalu. Juga melalui PRK ini, akan dilihat apakah impak kritikan pedas mantan Perdana Menteri terhadap DS Najib, termasuk mendesak Perdana Menteri itu meletakkan jawatan.

8. Jika Wan Azizah masih menang, ertinya majoriti pengundi Permatang Pauh, sudah membuat keputusan untuk menjadi alat selama-lamanya oleh keluarga Anwar.

9. Sama-sama kita tunggu keputusan pada 7 Mei depan.

Saturday, April 18, 2015

Parti Mana Bakal Menang di Permatang Pauh?

1.DALAM keadaan politik yang tidak menentu, apa kah dalam Umno Barisan Nasional (UBN) mahupun Pakatan Rakyat, PRK Permatang Pauh pada 7 Mei depan, belum dapat diramal parti mana yang bakal menang.

2. Di atas kertas, memanglah kawasan itu wilayah Pakatan Rakyat khasnya PKR, kerana belum pernah ada lagi yang menang di kawasan itu sejak Tahun 1982, selain Anwar dan isterinya. Hanya pada PRU 2004 sahaja, Wan Azizah hampir kalah kepada mantan Iman Masjid Negera yang mewakili UBN dengan majoriti di bawah 1000 undi.

3. Pada Jumaat Naib Presiden Umno Dato Seri Zahid Hamidi, membayangkan, melihat senario politik masa kini, tidak mustahil UBN bakal melakukan kejutan pada PRK Permatang Pauh.

4. PRK Permatang Pauh, Pulau Pinang terpaksa diadakan kerana penyandang kawasan itu Dato Seri Anwar Ibrahim kehilangan kelayakan pada 16 Mac 2015, kerana rayuan yang dikemukakan kepada Lembaga Pengampunan yang dikemukakan keluarganya pada 24 Februari telah ditolak.

5. INILAH kali kedua Pilihanraya Kecil (PRK) P044 Permatang Pauh. Kali pertama berlangsung pada ogos 2008, sebaik sahaja tamatnya PRU-12. 

6. Pada PRK tahun 2008, dilangsungkan kerana penyandang yang juga isteri kepada Anwar Ibrahim mengosongkan kerusi itu untuk membolehkan suaminya bertanding.

7. Pada PRK itu Anwar menang dengan majoriti 15,671 apabila Ketua Pembangkang itu mendapat undi 31,195 mengalahkan calon Bn Datuk Arif Shah Omar Shah yang memperolehi undi 15,524.

8. Pada PRU-13, sekali lagi Anwar menang dengan majoriti yang menurun 11,721 apabila mendapat undi 37,090 mengalahkan caon Bn Dr Mazlan Ismail yang mendapat undi 25,369.

9. Pada PRK kali ini, jika Dr Mazlan dicalonkan semula, besar kemungkian beliau akan menang, dengan syarat mendapat undi 55 peratus kaum melayu (PRU-13 46 peratus), 45 peratus undi cina (PRU-13 29 peratus), pengundi india 45 peratus (PRU-13 40 peratus) dan kaum-kaum lain 2 peratus (PRU-13 1.6 peratus).

10. Jika daftar undi pada PRU-13 digunapakai, di mana kawasan itu mempunyai 71,699 pengundi berdaftar, dan jika diandaikan 88.47 peratus pengundi keluar mengundi, calon Bn akan mendapat 32,832 undi dengan pecahan 23,900 pengundi melayu, 7080 pengundi cina, 1800 pengundi india dan 52 orang kaum-kaum lain.

11. Berasaskan keadaan semasa, kemungkinan P044 Permatang Pauh bakal dirampas Bn, seperti mana berlaku di PRK Telok Intan Perak.

12. Jikapun Bn menang, berkisar pada majoriti 2,000-3,000 undi, jikapun kalah berbezaan undi dalam lingkaran jumlah itu.

13. Presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail, yang juga isteri kepada Anwar, dijangka akan bertanding semula bagi kawasan itu.

14.Pada PRK kalilah, UBN mempunyai peluang merampas kawasan itu, kerana faktor kecelaruan dalam Pakatan Rakyat.

Thursday, April 02, 2015

PRK Pematang Pauh- Kali Ini Lah BN Berpeluang?

AKHIRNYA PRK Permatang Pauh, Pulau Pinang menjadi juga. Penyandang kawasan itu Dato Seri Anwar Ibrahim kehilangan kelayakan pada 16 Mac 2015, kerana rayuan yang dikemukakan kepada Lembaga Pengampunan yang dikemukakan keluarganya pada 24 Februari telah ditolak.

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia melalui kenyataan media semalam, Ketua Pembangkang itu telah kehilangan kelayakan sebagai Ahli Dewan Rakyat, dijatuhi hukuman penjara 5 tahun Penjara pada 10 Februari lalu, kerana kesalahan meliwat.

INILAH kali kedua Pilihanraya Kecil (PRK) P044 Permatang Pauh. Kali pertama berlangsung pada ogos 2008, sebaik sahaja tamatnya PRU-12. 

Pada PRK tahun 2008, dilangsungkan kerana penyandang yang juga isteri kepada Anwar Ibrahim mengosongkan kerusi itu untuk membolehkan suaminya bertanding.

Pada PRK itu Anwar menang dengan majoriti 15,671 apabila Ketua Pembangkang itu mendapat undi 31,195 mengalahkan calon Bn Datuk Arif Shah Omar Shah yang memperolehi undi 15,524.

Pada PRU-13, sekali lagi Anwar menang dengan majoriti yang menurun 11,721 apabila mendapat undi 37,090 mengalahkan caon Bn Dr Mazlan Ismail yang mendapat undi 25,369.

Pada PRK kali ini, jika Dr Mazlan dicalonkan semula, besar kemungkian beliau akan menang, dengan syarat mendapat undi 55 peratus kaum melayu (PRU-13 46 peratus), 45 peratus undi cina (PRU-13 29 peratus), pengundi india 45 peratus (PRU-13 40 peratus) dan kaum-kaum lain 2 peratus (PRU-13 1.6 peratus).

Jika daftar undi pada PRU-13 digunapakai, di mana kawasan itu mempunyai 71,699 pengundi berdaftar, dan jika diandaikan 88.47 peratus pengundi keluar mengundi, calon Bn akan mendapat 32,832 undi dengan pecahan 23,900 pengundi melayu, 7080 pengundi cina, 1800 pengundi india dan 52 orang kaum-kaum lain.

Berasaskan keadaan semasa, kemungkinan P044 Permatang Pauh bakal dirampas Bn, seperti mana berlaku di PRK Telok Intan Perak.

Jikapun Bn menang, berkisar pada majoriti 2,000-3,000 undi, jikapun kalah berbezaan undi dalam lingkaran jumlah itu.

Presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail, yang juga isteri kepada Anwar, membayangkan akan bertanding semula bagi kawasan itu.

Pada PRK kalilah, UBN mempunyai peluang merampas kawasan itu, kerana faktor kecelaruan dalam Pakatan Rakyat.

Saturday, February 14, 2015

PRK Permatang Pauh- BN Ada Peluang Menang Jika?

INILAH kali kedua Pilihanraya Kecil (PRK) P044 Permatang Pauh. Kali pertama berlangsung pada ogos 2008, sebaik sahaja tamatnya PRU-12. 

Pada PRK tahun 2008, dilangsungkan kerana penyandang yang juga isteri kepada Anwar Ibrahim mengosongkan kerusi itu untuk membolehkan suaminya bertanding.

Pada PRK itu Anwar menang dengan majoriti 15,671 apabila Ketua Pembangkang itu mendapat undi 31,195 mengalahkan calon Bn Datuk Arif Shah Omar Shah yang memperolehi undi 15,524.

Pada PRU-13, sekali lagi Anwar menang dengan majoriti yang menurun 11,721 apabila mendapat undi 37,090 mengalahkan caon Bn Dr Mazlan Ismail yang mendapat undi 25,369.

Pada PRK kali ini, jika Dr Mazlan dicalonkan semula, besar kemungkian beliau akan menang, dengan syarat mendapat undi 55 peratus kaum melayu (PRU-13 46 peratus), 45 peratus undi cina (PRU-13 29 peratus), pengundi india 45 peratus (PRU-13 40 peratus) dan kaum-kaum lain 2 peratus (PRU-13 1.6 peratus).

Jika daftar undi pada PRU-13 digunapakai, di mana kawasan itu mempunyai 71,699 pengundi berdaftar, dan jika diandaikan 88.47 peratus pengundi keluar mengundi, calon Bn akan mendapat 32,832 undi dengan pecahan 23,900 pengundi melayu, 7080 pengundi cina, 1800 pengundi india dan 52 orang kaum-kaum lain.

Berasaskan keadaan semasa, kemungkinan P044 Permatang Pauh bakal dirampas Bn, seperti mana berlaku di PRK Telok Intan Perak.

Jikapun Bn menang, berkisar pada majoriti 2,000-3,000 undi, jikapun kalah berbezaan undi dalam lingkaran jumlah itu.

Semalam, Perdana Menteri ada membuat kenyataan, apa kah Bn menyertai PRK itu, tergantung kepada boleh menangnya calon Bn.

Blog Archive