Monday, June 29, 2009

Tukun Tiruan untuk Kg Rampayan Kota Belud

Kali ini saya membuat catitan mengenai ikan. Kenapa ikan, petang tadi saya sempat berjumpa dengan Yb DUN Tempasuk Kota Belud, Datuk Musbah Haji Jamli. Dalam sembang-sembang petang kami di rumahnya, Datuk ini bercerita tentang projek jabatan perikanan negeri yakni pembuatan tukun-tukun tiruan yang kebetulan akan dilabuhkan di laut rampayan Kota Belud tidak lama lagi.

Menurunnya sumber ikan akbiat pukat tunda yang dilesenkan oleh jabatan itu pada suatu masa dahulu,mengakibatkan karang-karang habis binasa, sehinggakan tempat bernaung ikan telah habis dan punah.

Daerah Kota Belud 10 tahun yang lalu merupakan salah satu pembekal ikan di Sabah, selain perairan Kudat, Sandakan dan Semporna. Namun pada masa kini, ikan-ikan yang diperjual belikan di pasar Kota Belud, bukan lagi berasal dari daerah Kota Belud,akan tetapi terpaksa di import dari daerah-daerah lain.

Mengingatkan bahawa sumber pendapatan daerah ini selain daripada pertanian, juga perikanan, maka adalah dirasakan bahawa pembinaan tukun-tukun tiruan adalah usaha yang sangat mendesak untuk mengembalikan populasi ikan di dearah tersebut.

No comments:

Blog Archive