Showing posts with label mahkamah. Show all posts
Showing posts with label mahkamah. Show all posts

Wednesday, August 24, 2022

NAJIB BOLEH BEBAS SEGERA JIKA DIAMPUNKAN

JIKA (penulis percaya akan dilakukan segera) Datuk Seri Najib Razak memfailkan petisyen pengampunan daripada Agong dalam tempoh 14 hari, maka status ahli parlimen akan kekal sehingga petisyen itu diputuskan.

Dalam hal Najib, petisyen pengampunan yang dipohon sudah semestinya pengampunan penuh, ertinya bukan mengurangkan tempoh penjara atau menggantung hukuman.

Diyakini mantan Perdana Menteri ke-6 itu mendapat pengampunan penuh, atas sebab latar belakang dan jasa beliau pada negara.

Hukuman yang dikenakan disebabkan kelemahan sebagai manusia biasa kerana gagal mengawal hawa nafsu dan haloba.

Kerana kelemahan sebagai manusia, maka terjebak perbuatan melanggar undang-undang.

Walaupun akibat perbuatan tersebut memberi kesan yang mendalam pada rakyat dan negara, akan tetapi, timbang tara antara jasa yang ditaburkan, mempunyai merit untuk mendapat pengampunan.

Apa yang berlaku pada Najib, menunjukkan bagaimana lemahnya manusia itu, walaupun segala-galanya ada ditangan, apabila gagal mengurus atau mengawal hawa nafsu dan haloba, boleh terjebak dengan perbuatan keji.

Apa yang berlaku pada MP Pekan itu, perlu menjadi pengajaran pada semua pemimpin, dugaan atau cubaan luarbiasa akan senantiasa menghantui mereka. Atas sebab itu, apabila memilih inner circle, jangan sesekali melupakan teman-teman yang sama-sama seperjuangan, apabila mendapat “teman-teman baharu”, kerana kebarangkalian boleh membawa mudarat. Ini lah yang berlaku pada Datuk Seri Najib Razak, apabila Low Teck Jho aka Jho Low, diterima sebagai “inner circle” yang baharu.

Penulis suka menarik perhatian para pemimpin yang sedang menikmati kuasa, yang sedang dikelilingi oleh “inner circle” yang baharu sebagai “orang-orang kepercayaan”. Ambil lah iktibar apa yang berlaku pada Datuk Seri Najib Razak.

Friday, July 17, 2009

Sesuatu Tidak Kena Pada Rakyat Tertentu INI!!!


Mayat Setiausaha Sulit exco DAP Mati terjatuh


Mogok kerana Kematian yang disengajakan
Ulasan

Di lain pihak mengakibatkan mogok, menuding jari, kenapa tiada yang mempersoalkan bahawa kejadian ini ada kaitannya dengan rating kerajaan di bawah DS Najib sekarang. Pihak Pakatan tertengelam isu kerana kes DSAI bermula dibicarakan di mahkamah. Untuk membenamkan isu Anwar ini, maka isu panas mesti dijelmakan.

Kenapa tiada mogok terjadi apabila akibat kejadian kes ragut seperti keratan akhbar di atas???

Kenapa kes penjenyah seperti A.Kugan di agung-agungkan???

Tuesday, July 14, 2009

Ismail Shah Abdul Wahab: Kena penjara 50 tahun dan sebatan 34 kerana rogol, liwat

Hukuman Rogol di Brazil

Apa perasaan kamu ketika melalukan perbuatan ini? Mangsa kanak-kanak dan wanita, kamu rogol dan liwat, ada antaranya kamu ambil gambar bogel mereka, apa yang kamu fikir masa itu?

Soalan itu dibangkitkan oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd. Sheriff sebelum membuat keputusan rayuan bekas penjual barangan antik Ismail Shah Abdul Wahab,26 tahun yang sebelum ini dijatuhi hukuman penjara berjumlah 50 tahun dan 34 kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan Ampang.

Ulasan

Kes rogol,liwat dan hubungan sex luar tabii serta pembunuhan mangsa telah menjadi kronik di negara kita. Pencegahan,undang-undang dengan hukuman yang keras terhadap pejenayah ini telah dilaksanakan di negara ini. Pun demikian tanpa hari kita terlepas dengan laporan dan berita mengenai jenis jenayah ini.

Hukuman keras dan cara-cara pencegahan jenayah seumpama ini perlu dikaji keberkesananya, kerana jika ianya berkesan, sudah tentulah hukuman berat yang pernah dijatuhkan oleh para hakim akan menjadikan gejala seumpama ini terhapus kalau tidak pun berkurang.

Kalau di ikutkan hati, manusia seperti Ismail Shah Abdul Wahab ini, tidak perlu di penjarakan atau di sebat, kerana selain ianya tidak berbaloi lagi, unsur menyedarkan tidak timbul lagi dalam kes ini. Hukuman yang seharusnya adalah hukum gantung!!! kerana binatang buas seumpama ini, perlu dinyahkan dari muka bumi ini serta merta.

Saturday, May 23, 2009

Pembangkang: Pertikai Keputusan Hakim Malaysia


Seperti yang diduga jika keputusan mahkamah rayuan menyebelahi barisan nasional dalam perkara Dr Zamry Abdul Kadir lawan Ir Muhammad Nizar Jamaludin, maka pihak pembangkang tidak akan menerimanya.

Berbagai alasan dikemukakan oleh pihak pembangkang untuk menolak keputusan mahkamah rayuan- antaranya para hakim telah dibeli oleh kerajaan barisan nasional. Sayang, tiga hakim yang menghakimi kes ini, tidak dapat membela diri di mahkamah rakyat, kerana peraturan dan kod etika kehakiman yang disanjung oleh para hakim tersebut menghalang mereka berbuat demikian.

Adalah perkara biasa, perbuatan menyanggah dan membangkang adalah kerja pembangkang. Pembangkang akan mengeluarkan hujah-hujah melalui peguam atau cerdik pandai mereka untuk mengeluarkan tafsiran menurut versi mereka dalam usaha menarik perhatian rakyat, seolah-olah keputusan tiga hakim mahkamah rayuan itu adalah salah dan bias.

Bagi rakyat yang memang menyebelahi pembangkang, maka adalah wajar bagi mereka menolak keputusan tersebut. Bagi pembangkang apapun keputusan yang tidak memihak kepada mereka adalah bias.

Pihak pembangkang tidak semana-mana menjadi pakar undang-undang, manakala kerjaya hakim yang diamanahkan untuk membuat hukuman berasaskan kepada hujah-hujah undang-undang dan undang-undang yang termaktub dalam acara undang-undang negara tidak diambil kira oleh mereka.

Yang jelas dan ketara, apapun keputusan yang dibuat oleh hakim-hakim bertauliah negara ini, tidak akan diakui atau diterima oleh pihak pembangkang, selagi keputusan tidak memihak kepada mereka. Keadaan ini dijangka berlarutan dan akan terus berlaku selagi pembangkang wujud di negara ini

Blog Archive