JIKA (penulis percaya akan dilakukan segera) Datuk Seri Najib Razak memfailkan petisyen pengampunan daripada Agong dalam tempoh 14 hari, maka status ahli parlimen akan kekal sehingga petisyen itu diputuskan.
Dalam hal Najib, petisyen pengampunan yang dipohon sudah semestinya pengampunan penuh, ertinya bukan mengurangkan tempoh penjara atau menggantung hukuman.
Diyakini mantan Perdana Menteri ke-6 itu mendapat pengampunan penuh, atas sebab latar belakang dan jasa beliau pada negara.
Hukuman yang dikenakan disebabkan kelemahan sebagai manusia biasa kerana gagal mengawal hawa nafsu dan haloba.
Kerana kelemahan sebagai manusia, maka terjebak perbuatan melanggar undang-undang.
Walaupun akibat perbuatan tersebut memberi kesan yang mendalam pada rakyat dan negara, akan tetapi, timbang tara antara jasa yang ditaburkan, mempunyai merit untuk mendapat pengampunan.
Apa yang berlaku pada Najib, menunjukkan bagaimana lemahnya manusia itu, walaupun segala-galanya ada ditangan, apabila gagal mengurus atau mengawal hawa nafsu dan haloba, boleh terjebak dengan perbuatan keji.
Apa yang berlaku pada MP Pekan itu, perlu menjadi pengajaran pada semua pemimpin, dugaan atau cubaan luarbiasa akan senantiasa menghantui mereka. Atas sebab itu, apabila memilih inner circle, jangan sesekali melupakan teman-teman yang sama-sama seperjuangan, apabila mendapat “teman-teman baharu”, kerana kebarangkalian boleh membawa mudarat. Ini lah yang berlaku pada Datuk Seri Najib Razak, apabila Low Teck Jho aka Jho Low, diterima sebagai “inner circle” yang baharu.
Penulis suka menarik perhatian para pemimpin yang sedang menikmati kuasa, yang sedang dikelilingi oleh “inner circle” yang baharu sebagai “orang-orang kepercayaan”. Ambil lah iktibar apa yang berlaku pada Datuk Seri Najib Razak.
No comments:
Post a Comment