Tuesday, August 23, 2022

PEMIMPIN MASUK PENJARA- PENGAJARAN PENTING PADA SETIAP ORANG

MESEJ jelas, apabila pemimpin dijatuhi hukuman penjara, kerana melanggar undang-undang, maka setiap rakyat perlu menyemat di dada, jangan sekali tergamak atau bertindak menyalahi undang-undang.

Hakikatnya untuk sampai ke destinasi, sehingga seseorang pemimpin didapati bersalah dan dipenjarakan bukan proses mudah atau enteng, kerana ianya memerlukan keberanian daripada rakyat itu sendiri, termasuk menumbangkan kerajaan yang dirasakan melindungi perbuatan salah laku yang melibatkan pemimpin.

Keputusan rakyat pada PRU-14 menumbangkan kerajaan Barisan Nasional, menjadi katalis beberapa pemimpin yang sebelumnya, dianggap tersangat kebal untuk disentuh, akhirnya berakhir ke mahkamah, sedang dibicarakan, ada yang telah dijatuhi hukuman.

Tanpa keberanian rakyat, perbuatan-perbuatan salahlaku yang gigantik tidak akan terdedah dan terbongkar, melainkan, rakyat hanya dihidangkan dengan kes-kes yang melibatkan ikan-ikan bilis, mereka yang dijadikan kambinghitam.

Benar lah hanya rakyat boleh mengubah sistem pemerintahan negara. Tanpa pengelibatan, tanpa keberanian rakyat, negara akan terus dibelengu kemudaratan yang dilakukan oleh mereka yang diberi amanah dan tanggungjawab, akan tetapi berbuat atau bertindak, harapkan pagar, pagar makan padi.

Diharapkan pada PRU-15, rakyat memberi mandat pada para pemimpin yang berintegriti, amanah dan bertanggungjawab, demi masa depan rakyat dan negara.

Rakyat tidak sukar memilih, mana-mana pemimpin yang memenuhi syarat-syarat sedemikian, kerana para pemimpin kategori itu telah menunjukkan kebolehan, kejujuran dan kebertanggungjawaban apabila diberi peluang memimpin. Para pemimpin dalam kategori ini akan menyertai PRU-15, menerusi parti-parti yang telah rakyat ketahui.

No comments:

Blog Archive