Showing posts with label PRU13. Show all posts
Showing posts with label PRU13. Show all posts

Wednesday, April 10, 2013

Kaji Selidik Yang Belum Diumumkan: Mendapati Jika Mukhriz Tun Mahathir diumumkan bakal MB Kedah- Peluang besar BN rampas Kedah

Menghantar isyarat kuat bahawa penyandang kerusi Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir akan menjadi menteri besar jika BN mengambil alih Kedah, "boleh mempengaruhi pengundi atas pagar untuk memihak kepada BN".

Menurut saintis politik Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Samsu Adabi Mamat, ini adalah maklum balas yang diterima apabila universiti itu yang menjalankan kajiselidik - yang belum disiarkan - di Kedah dari Januari hingga Mac lalu.

"Gambaran yang diberikan ialah untuk memastikan kemenangan BN, gabungan itu perlu mengemukakan calon menteri besar yang boleh menarik sokongan pengundi pagar," tegasnya

Menurut Samsu, sentimen umum di Kedah ialah pengundi atas pagar di Kedah - sekitar 25 hingga 30 peratus jumlah pengundi - menghargai ketokohan Mukhriz.

Penemuan lanjut kaji selidik itu, yang dijalankan oleh universiti ke atas kira-kira 3,000 responden di Kedah, Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang, akan dibentangkan akhir bulan ini.

Pada tahun 2008, Pakatan Rakyat memenangi 20 daripada 36 kerusi, untuk memperolehi majoriti mudah di Dewan Undangan Negeri, dengan saingannya BN mendapat 14 kerusi. Dua kerusi lain lagi disandangkan oleh wakil rakyat bebas.

Samsu yang juga profesor Madya di Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi berkata, mengumumkan Mukhriz sebagai calon kerusi DUN, akan menjadi isyarat yang cukup kepada pengundi tetapi ia juga boleh menimbulkan pergeseran dalam parti, terutamanya yang menyokong puak lain.

Tetapi pada keseluruhannya, tambah beliau, ini boleh diselesaikan dengan cepat kerana Mukhriz sangat popular di kalangan pengundi, dan mempunyai imej profesional. 

Hakikat bahawa bapanya adalah (bekas Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad juga membantu, tambah Prof Madya Samsu.

Mukhriz, yang merupakan timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri, dispekulasikan menjadi calon menteri besar Kedah jika BN menang. Pengerusi BN negeri ialah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.

Mukhriz dijangka bertanding kerusi DUN yang terletak dalam kawasan Parlimen Jerlun, yang dimenanginya dengan majoriti 2,205 undi pada 2008.

Kerusi DUN lain dalam kawasan Parlimen Jerlun ialah Ayer Hitam yang dimenang PAS dengan majoriti tipis pada 2008 dan Kota Siputeh - kerusi yang diwakili oleh BN.

Sementara itu, Ahmad Bashah, dijangka mempertahankan kerusi DUN Bakar Bata, yang dimenanginya pada 2008 dengan majoriti tipis 358 undi.

Kedua-dua Ayer Hitam dan Kota Siputeh dikatakan antara 22 kerusi yang BN telah diisytiharkan sebagai "selamat", manakala Bakar Bata dipercayai kerusi "kelabu" dengan satu pertiga pengundinya terdiri daripada masyarakat Cina.

Masyarakat Cina, sebahagian besarnya sejak tahun 2008, tidak mengundi menyokong BN.

Datuk Seri Najib akan umum calon-calon BN bila-bila masa dari sekarang

Spekulasi bertiup kencang bahawa Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan calonnya bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU) pada Rabu, hari yang sama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan mesyuaratnya untuk menentukan tarikh penamaan calon dan hari mengundi.

Pagi Rabu, pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan perjumpaan sekali lagi dengan para wakil parti komponen BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk memperkemas jentera pilihan raya gabungan itu dan mengadakan sidang akhbar selepas itu.

Oleh kerana Najib, yang menyelaras jentera kempen BN untuk julung kalinya bagi menghadapi PRU selepas mengambil alih jawatan perdana menteri empat tahun lepas, membayangkan beliau akan mengumumkan nama calon parti gabungan itu lebih awal dan akan ada kejutan.

Pengumuman yang amat ditunggu-tunggu itu, jika benar berlaku, dibuat genap seminggu selepas pembubaran Dewan Rakyat dan ketika melancarkan manifesto B NSabtu lepas, Najib berjanji akan meneruskan usahanya melaksanakan transformasi terhadap negara dan kehidupan semua rakyat Malaysia.

Beliau mengulangi mesej ini di Ipoh ketika melakukan lawatan sehari ke sana dan menikmati jamuan tengah hari bersama-sama anggota pertubuhan bukan kerajaan Perak di dewan Tokong Tow Boh Keong, selepas menyempurnakan upacara pecah tanah pembinaan kilang pengeluaran lokomotif berharga RM400 juta milik CSR Group dari China. "Banyak lagi kebaikan akan dapat dinikmati walaupun sehingga kini, banyak yang telah kami laksanakan. Dengan mandat yang kukuh, kami boleh lakukan lebih banyak lagi pada masa akan datang. Ini janji saya kepada anda semua.

"Saya bertanya kepada diri sendiri, apa lagi yang orang Cina mahu?. Mereka mahu keselamatan; mereka mahu keharmonian. Apa lagi yang mereka mahu? Mereka mahu kerajaan yang adil dan saksama," katanya pada majlis makan tengah hari itu.

Najib berkata semua itu akan dipenuhi sekiranya BN diberi mandat lebih besar pada pilihan raya umum akan datang.

Sementara itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini berkata janji BN untuk menarik pelaburan RM1.3 trilion dalam tempoh lima tahun akan datang, seperti yang terkandung dalam manifestonya, adalah sesuatu yang realistik.

Ketua Wanita Umno dan bekas menteri persekutuan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pula berkata beliau tidak akan bertanding pada PRU kali ini, manakala Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui, yang juga presiden parti Bersaatu Rakyat Sarawak (SUPP), mengesahkan beliau akan memberi laluan kepada muka baharu setelah berkhidmat sebagai anggota parlimen Miri selama enam penggal.

Sementara itu, ketegangan tercetus di Johor antara Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP berhubung kerusi Johor Jaya yang mempunyai majoriti kaum Cina. Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat pengumuman di Tangkak malam tadi bahawa ketua parti itu di Johor Datuk Chua Jui Meng, yang tidak berpeluang bertanding di kerusi parlimen Gelang Patah, akan bertanding di Segamat, kerusi yang ditandingi DAP dan menerima kekalahan pada PRU 2008.

Penasihat DAP Lim Kit Siang, yang akan bertanding di Gelang Patah, hari ini berkata percubaannya di kawasan itu adalah berdasarkan keputusan sendiri dan bukan sebagai pertukaran bagi mana-mana kerusi parlimen antara dua parti berkenaan dan keputusan memberi laluan kepada PKR untuk bertanding di Segamat, adalah diiringi syarat.

Keputusan DAP untuk melepaskan Segamat dibuat untuk menyelesaikan "semua pertikaian antara DAP dan PKR berkaitan peruntukan kerusi di Johor", dengan DAP bertanding di tujuh kerusi parlimen dan 15 kerusi negeri, termasuk Johor Jaya, kata Lim.

"Dengan pengumuman Anwar itu, bolehlah dikatakan bahawa syarat penyelesaian berhubung persetujuan DAP membenarkan PKR bertanding di kerusi parlimen Segamat mendapat persetujuan kepimpinan PKR," kata Lim dalam laman blognya.

Sebelum ini, Lim menamakan timbalan setiausaha publisiti Dapsy Liow Cai Tun sebagai calon bagi kerusi Johor Jaya, manakala PKR Johor mengumumkan ketua biro undang-undangnya Jimmy Puah sebagai calon bagi kerusi negeri itu, yang ditandingi calon Parti rakyat Malaysia pada 2008.DAP dan PKR juga bertelagah tentang satu lagi kerusi negeri di Johor iaitu kerusi Pengkalan Rinting.

Seperti DAP dan PKR, PAS juga mengumumkan nama calonnya secara berperingkat dan hari ini, parti itu mengumumkan lapan calonnya untuk kerusi parlimen, termasuk tiga muka baharu seperti yang dijangka.

Mereka ialah bekas pengarah jabatan siasatan jenayah persekutuan Datuk Fauzi Shaari bagi Larut, Perak, arkitek Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad bagi Kuala Terengganu dan penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin bagi Jempol, Negeri Sembilan.

Timbalan presidennya Mohamed Sabu, yang kalah di kerusi Kuala Terengganu pada PRU 2008, kali ini akan bertanding di Pendang, Kedah, manakala naib presiden parti itu Datuk Husam Musa dan ketua pemudanya Salahuddin Ayub akan dipindahkan bertanding di luar Kelantan iaitu masing-masing di Putrajaya dan Pulai, Johor.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan mempertahankan kerusi Marang, Terengganu, manakala Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, 82, mursyidul am parti itu, akan bertanding untuk kali kelima di Cempaka, Kelantan.

Di Kedah, anggota pembangkang yang tidak berpuas hati kerana tidak dipilih menjadi calon, mengumumkan akan bertanding sebagai calon bebas.

Bekas ketua pemuda PKR negeri Zamil Ibrahim berkata beliau telah mengambil 10 borang pencalonan dan kumpulan itu, yang dianggotai individu daripada PKR, PAS dan DAP, akan membentuk satu pakatan untuk bertanding dengan menggunakan satu logo.-

Saturday, April 06, 2013

Beza Antara Dua Darjat

ANWAR beri PENGHORMATAN LUAR BIASA,  PADA ORANG YANG BUNUH DIRI, TETAPI TIAN CHUA MURID ANWAR MENGHINA PASUKAN KESELAMATAN.

Sunday, March 31, 2013

PRU-13: Lim Kit Siang Kamikazi di Johor

APA yang mahu ditunjuk oleh Lim Kit Siang adalah menimbulkan persepsi bahawa pembangkang sungguh kuat. Atas sebab itu, penasihat DAP itu meninggalkan Ipoh Timur dan bertanding di Gelang Patah.

Untuk rekod hanya pada PRU-12 lalu, DAP dan PAS untuk pertama kali bertapak di Johor; DAP memang satu kerusi Parlimen dan 4 kerusi Dun, manakala Pas 2 kerusi Dun.

Johor yang mempunyai 25 kerusi Parlimen dan 56 kerusi Dun, dianggap sebagai Negeri Simpanan Tetap Bn di samping Sabah dan Sarawak.

Sabah, Sarawak dan Johor secara keseluruan menyediakan 81 kerusi parlimen dan DAP mensasarkan 33 daripadanya.

Atas kertas, kerana penyebab majoriti pengundi kaum cina, maka DAP menganggap bahawa parti itu  dan rakan-rakan partinya PR dan PAS mampu mendapat jumlah kerusi yang diinginkan dan mengandaikan semua kerusi yang dimenangi pakatan 3 parti pembangkang  mampu mempertahankan 82 jumlah kerusi yang dimenangi pada PRU-12.

Bodoh sungguh analisis Lim Kit Siang, dia hanya memikirkan kemenangan dipihaknya, tidak memikirkan bahawa kerusi-kerusi yang dimenangi itu juga boleh kalah.

Tindakan Lim Kit Siang berpindah ke Johor adalah tindakan Kamikazi pemimpin DAP itu, sama dengan tindakannya melalui geraan tanjung di Pulau Pinang pada tahun 1994. Pada masa itu, walaupun Lim Kit Siang mampu mengalahkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Chong Eu, namun pertasi DAP secara keseluruhan tidak membantu menubuhkan kerajaan.

Pada PRU-13, sekali lagi Lim Kit Siang mengulangi gerakan itu, kali ini di Johor. Kononnya dengan berpindahnya beliau ke Johor, maka bukan sahaja pakatan 3 parti mampun mendapat 15 kerusi parlimen, malah mampu menumbangkan kerajaan negeri Johor.

Perkiraan atas kertas mudah dilakukan, namun bukti nyata pada PRK Dun Tenang selepas PRU-12, calon pakatan 3 parti pembangkang itu kalah teruk, walaupun menampil kan Cikgu Mala, calon popular parti itu.

Saturday, March 30, 2013

PRU-13: Pembubaran Parlimen Mungkin Hanya Selepas Pertengahan April


Parlimen bagi membuka laluan kepada pilihan raya umum dilihat mungkin berlaku hanya selepas minggu kedua pada April apabila Datuk Seri Najib Tun Razak dijadualkan akan menunaikan umrah pada minggu depan.

Sumber berkata, Perdana Menteri dijangka berlepas ke Arab Saudi pada 3 April selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet akan datang dan mengambil bahagian dalam acara berbasikal di Putrajaya.

Beliau dijangka pulang dua hari selepas itu.

Bagi orang Islam, umrah kadang-kala dilakukan untuk mendapatkan petunjuk sebelum membuat keputusan utama dan Najib, ia dijadikan sebagai upacara tahunan.

Spekulasi tersebar luas mengenai Perdana Menteri, yang akan menandakan tahun keempat beliau di pejabat pada Rabu depan, mungkin akan menghampiri ke lima penggal penuh dalam Parlimen pada masa ini, yang akan tamat pada 30 April, sebelum pilihan raya diumumkan.

"Kami sudah bersedia tetapi parti komponen Barisan Nasional dan jentera sentiasa boleh menggunakan mana-mana masa tambahan yang ada untuk memastikan bahawa kita akan bersedia sehabis baik untuk pilihan raya umum," kata Ketua Penerangan Barisan Nasional, Datuk Ahmad Maslan.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan tamat pada Khamis tetapi ia akan diikuti dengan tiga negeri sekiranya Perdana Menteri memutuskan untuk membenarkan Parlimen mencukupi penggal penuh.

Negeri-negeri itu ialah Pulau Pinang yang tamat pada 2 Mei, serta Kedah dan Terengganu, dengan kedua-duanya tamat pada 6 Mei.

Sejak beberapa hari lepas, Perdana Menteri telah mempengerusikan siri mesyuarat dengan pemimpin-pemimpin parti komponen dan pemimpin negeri Barisan Nasional untuk memuktamadkan senarai calon.

Selain mengerjakan umrah, difahamkan bahawa Najib juga akan mengadakan lawatan singkat ke Brunei pada 24 April bagi menghadiri Sidang Kemuncak Asean.

Tiada Perdana Menteri Malaysia yang terlepas menghadiri mesyuarat itu kerana Asean adalah asas dasar luar negara.

Thursday, March 28, 2013

Setuhan Akhir Najib sebelum PRU-13

Datuk Seri Najib Tun Razak akan bertemu dengan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) pada Khamis dan ada pihak yang mengatakan ia merupakan perbincangan terakhir sebelum pembubaran Parlimen.

Pegawainya mengesahkan Perdana Menteri akan mengadakan pertemuan dengan pimpinan tertinggi BN di pejabatnya di Putrajaya bagi memuktamadkan pembahagian kerusi pilihan raya.

Mereka juga akan berbincang mengenai senarai akhir calon yang akan bertanding menggunakan simbol BN.

"Beliau juga akan berbincang siapa yang akan mengambil kerusi apa dan semua perkara akan dimuktamadkan (hari ini)," kata salah seorang daripada mereka.

Sumber berkenaan turut mengesahkan Najib akan tiba di Kuala Lumpur selepas menghabiskan beberapa hari di Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2013 (LIMA2013) pada Selasa dan beliau akan terus menghadiri beberapa mesyuarat bersama beberapa pimpinan Umno.

Ada juga spekulasi mengatakan telah bertemu dengan pemimpin di peringkat bahagian yang 'bermasalah' di pejabatnya di Putrajaya selepas mesyuarat Kabinet.

Sumber berkenaan turut memberi bayangan bahawa ramai pemimpin veteran BN akan digugurkan.

"Akan ada ramai muka baru kali ini," katanya.

Parlimen terbubar secara automatik pada tengah malam 28 April bagi mengadakan pilihan raya umum diumumkan.

Dewan Undangan Negeri Sembilan sudah pun terbubar pada Rabu.

Selepas mesyuarat Kabinet pada Rabu, semua urusan perniagaan berjalan seperti biasa.

Beberapa sumber daripada Kabinet memaklumkan bahawa tiada gambar kenangan beramai-ramai diambil, yang merupakan tradisi era pemerintahan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum Parlimen dibubarkan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pembubaran Parlimen dan DUN Negeri Sembilan tidak dibincangkan.

Beliau berkata Kabinet menumpukan kepada perbincangan mengenai Pelan Pembangunan Pendidikan dan keputusan Program Transformasi Kerajaan, dan Najib tidak menunjukkan tanda-tanda bila beliau mahu mengadakan pilihan raya.

"Mesyuarat Kabinet (semalam) berjalan seperti biasa dan topik yang dibincangkan tidak ada yang luar biasa. Kami tidak langsung membincangkan mengenai pembubaran," katanya.

Monday, September 12, 2011

PRU13: Undi kaum india penentu di Selangor

Beberapa pemimpin utama Pakatan Rakyat dijangka tumbang sekiranya undi masyarakat India kembali memihak BN pada pilihan raya umum akan datang.

Mangsa hayunan politik pengundi India itu mungkin termasuk ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dan Dzulkefly Ahmad dari PAS yang memegang kerusi Kuala Selangor.

Turut dikatakan akan terjejas termasuk kerusi dewan undangan negeri yang dipegang oleh Menteri Besar selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim di Ijok dan kerusi pengarah penerangan PKR Nik Nazmi Nik Ahmad di Seri Setia.

"BN mampu menang sehingga sembilan kerusi parlimen tambahan jika 30 peratus undi (masyarakat India) kembali kepada parti pemerintah," kata penganalisis politik, Ong Kian Ming di sebuah forum di Petaling Jaya semalam.

Forum anjuran Persatuan Peniaga India Malaysia (MIBA) ini mengumpulkan ahli politik daripada pihak kerajaan mahupun pembangkang, ahli akademik, masyarakat sivil dan ahli perniagaan. Tujuannya adalah untuk mendapatkan pandangan mereka mengenai 'pertempuran memenangi hati dan undi masyarakat India'.

Bagi kerusi Dewan Undangan Negeri pula, menurut Ong (gambar), jika hayunan itu berlaku, tidak kurang 14 akan berjaya diramapas semula oleh BN.

Blog Archive