Showing posts with label PRK Galas. Show all posts
Showing posts with label PRK Galas. Show all posts

Wednesday, November 03, 2010

Nik Aziz beri duit kepada pengundi: Perkasa buat laporan polis

PERKASA membuat laporan polis terhadap Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat berhubung pemberian wang zakat kepada tiga mualaf Orang Asli kelmarin.

Laporan tersebut dibuat oleh naib ketua wira PERKASA, Irwan Fahmi Ideris di balai polis Gua Musang.

Beliau masuk ke balai polis tersebut pada kira-kira jam 3.05 petang.

Bekas ADUN Tendong, Fauzi Muhammad yang juga ketua PERKASA Kelantan, turut membuat laporan polis yang sama terhadap Nik Aziz.

Beliau juga dilihat masuk ke dalam balai polis tersebut pada masa yang sama dan keluar pada kira-kira sejam kemudian.

Bercakap kepada media selepas itu, Fauzi berkata, laporan berkenaan dibuat berdasarkan kenyataan SPR bahawa ia tidak boleh disiasat sekiranya tiada laporan dibuat.

"Laporan polis telahpun diterima jadi (polis) perlu siasat sama ada ianya melanggar akta pilihan raya kerana sumbangan ini diberi dan hadir sama ialah calon pas pada ketika itu.

"SPRM juga perlu siasat sama ada penerima sumbangan tersebut ialah pengundi dalam pilihan raya yang akan berlangsung esok," katanya kepada media.

Sementara itu, Irwan Fahmi Ideris pula berkata, bukti berhubung sumbangan tersebut boleh dilihat di dalam gambar yang disiarkan akhbar hari ini

"Kita nampak secara terang dan juga secara jelas ada menunjukkan pemberian diberikan.

"Calon pun ada juga dalam program ini. Ini menunjukkan seperti memancing undi.

"Kita berharap juga supaya tidak ada penyelewengan dan salah guna kuasa yang dibuat oleh menteri besar Kelantan," katanya.

PRK Galas: Tok Guru tak main duit tapi bagi duit

Ini bukan hari raya tapi pilihanraya..Seronok juga tengok gambar ini apa lagi setelah terbaca kisah PAS heboh bagi amaran nak buat ‘ tangkapan awam’ mana-mana orang BN yang didapati cuba menyogok pengundi menjelang pilihanraya kecil Galas.

Lepas tu PAS gempak sebar cerita mendakwa dapat maklumat BN nak ‘ tabur’ duit RM1,000 dan peti televisyen pada pengundi untuk beli undi.

Gambar ini dirakam oleh jurugambar bebas Minaq Jinggo semasa lawatan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat ke kawasan penempatan Orang Asli di Sandrop, Lojing,Isnin lalu.

Hadir sama calon PAS Galas Dr Zulkifli Mohamad dan beberapa pemimpin PAS.

Berbagai acara diadakan sepanjang lawatan itu.Satu acara yang tidak terancang diadakan ialah mengislamkan tiga Orang Asli.

Baguslah Tok Guru dapat tambah saudara baru.

Cuma nak ikutkan jarang kita dengar amalan lepas Islamkan saudara baru ada ‘ hulur’ duit.

Tok Guru selamba bagi duit RM300 kepada mereka disaksikan semua orang di situ.

Apakah Tok Guru lupa ini musim kempen pilihanraya.Foul tu.

Lagipun bukankah Tok Guru turun ke situ berkempen.

Kalau Sandop,Lojing bukan dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Galas…itu lain cerita.

Ini sah-sah Orang Asli di situ adalah pengundi pilihanraya kecil Galas.

Kalau bukti macam ini orang PAS dapat pemimpin UMNO buat memang dah meletop habis.

Gerenti jenuh dijaja serata pelusuk kampong dan bandar.

Mungkin juga billboard besar gambar tengah hulur itu di pacak di jalan masuk bandar Gua Musang.

Tapi ini Tok Guru mesti semuanya OK.Beliau orang baik-baik.Nawaitunya ‘ hulur’ hanya untuk sedekah bukan ‘beli undi’.

Cuma yang kurang sedap didengar tu ada yang kata duit yang Tok Guru bagi tu dihulur oleh tauke balak.

Sebelum ini ramai juga orang yang terkejut dengar beberapa orang Asli yang diinterbiu dalam berita TV3 belasah sakan kerajaan PAS Kelantan yang tak tunai janji nak sertakan mereka dalam program Ladang Rakyat.

Bertahun mereka tunggu habok pun tak ada.

Bukankah menjadi ajaran Islam kita kena sentiasa berpegang pada janji

Thursday, October 28, 2010

Hadi Awang Buat Fatwa Lagi di Galas

Dalam acara kempen di Galas, Persiden PAS Datuk Haji Hadi Awang menekankan bahawa matalamat utama PAS dan rakan partinya DAP dan PKR adalah menukar Kerajaan persekutuan dan menakluk Putrajaya. Untuk mencapai matalamat itu Hadi memberi fatwa:

Dalam Islam tiada kerajaan yang kekal, kita boleh tukar kerajaan. Kerajaan buat macam mana pun kita boleh jatuhkan juga,”

Justeru bekas menteri besar Terengganu ini mahu semua rakyat di negara ini bersatu untuk menjatuhkan kerajaan BN yang diperintah Najib sekarang.

“Kalau Melayu nak jatuhkan BN tidak boleh, Cina nak jatuhkan juga tidak boleh dan India nak jatuhkan juga tidak boleh; kita semua Melayu, Cina dan India perlu bersatu untuk jatuhkan BN.

“Kita perlu beri mesej dengan jelas di Galas, BN modalnya mudah tabur duit, tabur janji. Itu sahaja, kita perlu bersatu untuk jatuhkan BN,” tegasnya.

Dalam ceramahnya itu, Hadi turut menjelaskan Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP mampu menjadi sebuah kerajaan yang lebih baik daripada BN dengan berlandaskan kepada prinsip keadilan semua kaum.

“Justeru untuk Pakatan Rakyat memerintah Malaysia kita perlu menang dan kita tidak boleh perintah negara ini hanya dengan satu kaum.

“Semua kaum Melayu, Cina, India dan Asli berhak untuk mendapatkan keadilan yang sepatutnya. Inilah yang menjadi perjuangan bersama Pakatan Rakyat.

“Di Galas jelas menunjukkan pemimpin Pakatan Rakyat dari PAS, PKR dan DAP bekerjasama untuk memastikan kemenangan. Sama seperti kita membantu DAP di Sibu begitu juga sama seperti kita menolong PKR dulu. Kali ini rakan-rakan lain pula bantu kita di Galas,” katanya.

Beliau berkata walaupun kerajaan negeri Kelantan menghadapi sekatan daripada kerajaan pusat, namun PAS mampu memerintah negeri itu selama 20 tahun.

“Semua tahu PAS adalah parti Islam tapi dalam politik Islam perlu adil kepada semua. PAS telah memerintah selama 20 tahun di Kelantan walaupun menghadapi sekatan dan kepungan dari kerajaan pusat tetapi masih tetap bertahan.

“Walaupun banyak perkara tidak dapat dilakukan dalam tempoh 20 tahun ini kerana sekatan tapi PAS telah melakukan yang terbaik,” katanya.

Komen AYT

Bila mana pula BN memerintah hanya berasaskan satu kaum? BN adalah gabungan berbagai parti yang berasaskan kaum. Pakatan Rakyatnya yang menciplak kaedah BN ini dengan membentuk gabungan.

Ertinya kerajaan BN adalah contoh terbaik kerajaan berbagai kaum. Ucapan dan dakwaan Hadi itu, ibarat meludah ke langit tetapi terpercik di muka sendiri.

Wednesday, October 27, 2010

Saya tak biasa di pejabat Tuan DO

Saya tak biasa di pejabat DO, sebab itu saya tak masuk bilik penamaan calon pada 26 Oktober lalu. Demikian penjelasan KULI Pengarah PRK Galas-Gua Musang.

Tidak timbul saya terkilan kerana pencalonan Abdul Aziz Yusof, kerana saya lah yang mencadangkan dia kepada Persiden Parti untuk dipilih sebagai calon.Saya menyokong 100% Abdul Aziz, demikian pengakuan KULI.

Sebagai bukti sokongan saya kepada Abdul Aziz, lewat malam semalam, KULI hadir menemui sekumpulan penduduk di Kampung Baru, salah sebuah daripada dua daerah mengundi dengan majoriti pengundi Cina dalam DUN Galas.

Tindakannya itu juga memadamkan desas-desus bahawa beliau berkecil hati dengan tindakan BN mencalonkan Abdul Aziz Yusof.

Dalam pada itu, ahli parlimen veteran tersebut juga mengambil peluang untuk menjelaskan ketidakhadiran beliau ke pusat penamaan calon hari ini, selepas berbual-bual selama kira-kira 40 minit dengan penduduk setempat di sebuah restoran.

“Sebenarnya saya tak biasa ke pejabat DO tempat menyerah kertas penamaan calon. Ramai kawan-kawan saya yang akan bersama-sama calon untuk menyerahkan kertas penamaan calon.

“Jadi saya kata elok saya berada di luar untuk bersama-sama penyokong untuk kerja kita di merata tempat ke seluruh negara berhimpun di situ. Jadi tak semestinya semua orang ke sana. Tak jadi masalah. Itu saja.

Beliau hanya ketawa kecil apabila diajukan pertanyaan oleh wartawan, sama ada beliau berkecil hati sehingga tidak memasuki pusat penamaan calon semalam.

Turut hadir di pusat penamaan calon semalam ialah mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta pemimpin lain yang pernah bersamanya ketika di dalam Angkatan Perpaduan Ummah.

“Itu perkara biasalah nak cari sebab supaya nak laga-lagakan kita tapi takkan berhasil kerana calon ini calon yang saya sokong seratus peratus.

“Dia telah dipilih oleh jawatankuasa Umno bahagian semasa kita mengadakan rundingan dengan undi yang banyak sekali. Dan itulah nama yang saya kemukakan kepada Datuk Seri Najib supaya dia menetukan pilihan yang sebenar.

“Jadi dia membuat pilihan daripada apa yang diputuskan semua orang. Orang lain semua tak dapat undi seperti dia. Dia dapat undi terbanyak.

“Kita rasa kempen kali ini seolah-olah satu pertandingan friendly contest (pertandingan persahabatan). Iyalah apabila berlaku pertandingan tidak berlaku friendly contest lagi barangkali tetapi bagaimanapun saya ingin anjurkan friendly contest sesama kita,” katanya.

“Satu hari anda bersahabat, satu hari anda jadi seteru, tapi tidak ada rugipun (kepada saya),” katanya lagi yang mesra dengan panggilan Ku Li.

Friday, October 22, 2010

PRK Galas: Orang Asli adalah penentu

Berasaskan trend semasa terlalu sukar meramal, parti mana yang menang di Galas.

Walaupun keputusan PRU-12 lalu majoriti kaum cina mengundi PAS dan melayu terbagi dua sehinggakan calon BN tewas, namun perkembangan terkini, trend 2008 itu tidak berlaku lagi.

Baik Pas atau Umno merasa bahang PRK itu terlalu panas, kerana itu KULI dilantik sebagai pengarah pilihanraya bagi pihak BN, sementara PAS mencalonkan individu "berkualti" Dr Zulkefli Mohamad, yang juga bekas calon yang tewas semasa PRU-12 bagi kawasan parlimen Gua Musang.

Pada PRK kali ini parti manapun yang menang, tidak akan menunjukkan kelebihan yang mutlak atau besar. Kemungkinan perbezaan undi hampir sama dengan keputusan PRK Manek Urai. Pada PRK Manek Urai, Pas hanya menang dengan kelebihan 45 undi.

Keputusan PRK kemungkinan akan ditentukan oleh para pengundi orang asli, yang berjumlah 2,000. Parti mana yang dapat menembusi penggundi orang asli, boleh disifatkan sebagai pemenang.

BN tidak lagi mungkin dapat sokongan cina di kawasan itu, trend pengundi cina, akan tetap memilih sesuatu parti untuk jangka masa yang lama. Pada PRU-12 lalu, kaum cina berpihak kepada PAS, trend itu akan berterusan baik pada PRU-13 dan malah pada PRU-PRU akan datang.

Kepada BN tumpuhkan aktiviti kempen di kawasan-kawasan orang asli dan sudah tentunya kawasan melayu, kerana melalui cara ini sahaja, calon Umno boleh menang.

Saturday, October 16, 2010

Kepada BN; Jangan bimbang-Pengundi Galas pasti menangkan BN

Rakyat Kelantan sangat bijak untuk mendapat pembangunan. PRK Galas pasti akan dimenangi BN. Sebabnya rakyat di situ mahukan peruntukan pembangunan daripada kerajaan persekutuan.

Sebenarnya PRK Manek Urai-para penggundi disitu mahukan BN menang- atas sebab itulah-kekalahan BN amat tipis sekali.Akibat kekalahan BN-maka Jambatan Manek Urai tidak jadi dibina. Janji BN-jika BN menang-maka baru lah jambatan itu dibina-atas sebab rakyat memerlukannya. Jika BN kalah-bermakna-rakyat Manek Urai tidak perlu jambatan itu.

Pada PRK kali ini- pengundi Galas-tidak mahu peristiwa Manek Urai berulang.Para pengundi di situ pasti akan mememangkan BN.

Nik Aziz tahu benar- bahawa Pas akan kalah di Galas. Atas sebab itu Pas telah menyatakan akan mencalonkan calon yang BERKUALITI.

PRK Galas bukan lah pertembungan personalti antara KULI dan NIK Aziz. Sebenarnya para penggundi disitu telah memnbuat keputusan sebelum hari pengundian pada 4 November depan.

Pada PRU-12 lalu- Calon Pas Hashim Sulima telah berjaya merampas DUN tersebut daripada UMNO.

DUN-45 Galas kosong, ekoran kematian ADUN Pas tersebut bulan lepas akibat kanser kolon.

KULI telah diberi amanah bagi pihak BN sebagai Pengarah pilihanraya. Sebelum ini KULI dicadangkan sebagai calon, namun wakil rakyat Gua Musang itu menolaknya.

Bagi AYT-siapapun calon BN- pasti menang.

Wednesday, September 29, 2010

N45-Galas, Gua Musang, Kelantan: PRK parti mana yang akan menang?


1986
N.39 Galas
Jumlah Pengundi 7039
Jumlah Keluar Mengundi 4926
1. Zakaria Hassan ( BN ) 3420
2. Ibrahim Abdullah ( PAS ) 1281
Majoriti 2139 – BN

1990
N.39 Galas
Jumlah Pengundi 8737
Jumlah Keluar Mengundi 6429
1. Hj Zakaria Hj Hassan ( BN ) 1760
2. Hj Omar Mohamed ( S46 ) 4465
Majoriti 2705 – S46

1995
N.43 Galas
Jumlah Pengundi 11,231
Jumlah Keluar Mengundi 7953
1. Omar Mohamed ( S46 ) 4056
2. Zakaria Hassan ( BN ) 3163
3. Nik Ismail Wan Idris ( AKIM ) 205
Majoriti 893 – S46

1999
N.43 Galas
Jumlah Pengundi 12,091
Jumlah Keluar Mengundi 8705
1. Zulkifli Mohamad ( PKR ) 3072
2. Mohamad Saufi Deraman ( BN ) 5336
Majoriti 2264 – BN

2004
N.45 Galas
Jumlah Pengundi 8972
Jumlah Keluar Mengundi 6805
1. Mohamad Saufi Deraman ( BN ) 4184
2. Chek Hashim Sulaiman ( PAS ) 2455
Majoriti 1729 – BN

2008
N.45 Galas
Jumlah Pengundi 10,330
Pecahan Pengundi
Melayu 65.81%
Cina 22.03%
India 1.81%
Lain lain 10.32%

1. Mohamad Saufi Deraman ( BN ) 3753
2. Che Hashim Sulaiman ( PAS ) 4399
Majoriti 646 - PAS

Blog Archive