Showing posts with label PRK Dun Galas Gua Musang. Show all posts
Showing posts with label PRK Dun Galas Gua Musang. Show all posts

Wednesday, January 19, 2011

Terkini: PRK Tenang: Ramalan GURU lwn GURU Tidak menjadi; Tuan ADO pula

Penolong Pegawai Daerah Kecil Rengit, Mohd Azhar Ibrahim, 39, dipilih sebagai calon Barisan Nasional bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Johor kawasan Tenang pada 30 Jan ini.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat pengumuman itu di hadapan pemimpin dan penyokong BN di Ibu Pejabat Umno Bahagian Labis di sini petang Rabu.

Mohd Azhar, yang dilahirkan di Labis dan anak bekas Adun Tenang, allahyarham Ibrahim Daud, bergiat aktif dalam beberapa pertubuhan belia tempatan.

PAS telahpun menamakan Ketua Muslimat Labis, Normala Sudirman, 39, sebagai calonnya.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Datuk Sulaiman Taha, 59, daripada BN pada 17 Dis tahun lepas. Penamaan calon pula ialah pada Sabtu ini.

Pada pilihan raya umum 2008, Sulaiman menewaskan calon PAS Mohd Saim Siran dengan kelebihan 2,492 undi.

Tenang mempunyai 14,753 pengundi berdaftar terdiri 7,014 Melayu, 5,766 Cina, 1,780 India dan selebihnya kaum lain.

Wednesday, October 06, 2010

PRK Galas: Pertempuran BN-PR bermula menjelang PRU-13 bagi kawasan Melayu

Majoriti pengundi di kawasan N-45 Galas terdiri daripada seramai kira-kira 6,200 pengundi Melayu, diikuti 2,000 Orang Asal, 1,900 pengundi Cina dan juga India (170).

PRK Galas akan berlangsung pada 4 November depan jika ada pertandingan, sementara penamaan calon akan diadakan pada 26 Oktober ini.

Ramai penganalis politik mengatakan bahawa PRK itu adalah pertembungan antara BN-PR dalam kawasan majoriti melayu sebelum PRU-13.

Parti mana mendapat sokongan melayu pada PRK kali ini, boleh dikatakan sebagai kayu pengukur bagi parti masing-masing.

BN dalam meneruskan memontem Tanjung Pinang, telah mencadangkan agar wakil rakyat Gua Musang sendiri menjadi Pengarah pilihanraya kecil ini. Perkembangan ini menukar tradisi BN, bahawa setiap kali ada PRK, maka TPM lah menjadi pengarah pilihanraya.

BN juga dikatakan akan mencadangkan KULI sebagai calon, walaupun pihak Pakatan mengatakan bahawa cadangan BN itu sebenarnya menghina pemimpin veteran tersebut.

Pakatan terutama PAS telah maklum, bahawa jika KULI diletakkan sebagai calon, maka keadaan seperti Tanjung Pinang, Negeri Sembilan akan berulang. Pada PRK Tanjung Pinang Oktober tahun lalu, Tan Sri Isa Samad menang bergaya dengan majoriti yang belum pernah diperolehi oleh mana-mana calon BN sebelumnya di kawasan tersebut.

Penamaan calon telahpun ditetapkan, hari pengundian telah pun ditetapkan. Bahagian Umno Gua Musang telahpun bermesyuarat sebentar tadi. Gerakan pilihanraya BN- PRK Galas akan dilancarkan pada 13 Oktober. Namun yang membimbangkan pendidikan KULI yang belum diumumkan.

PRK N-45 Galas adalah PRK ke 12 kali selepas PRU-12 tahun 2008. Dun Galas kosong, ekoran kematian ADUNnya daripada Pas Che Hashim Sulima (46) pada 27 September lalu kerana kanser kolon.

Pada PRU-12 Che Hashim mengalahkan calon BN-Saufi Deraman dengan kelebihan undi 646. Calon Pas itu mendapat 4,399 undi manakala Saufi ADUN bertahan mendapat 3,753 undi.

Kekalahan BN pada masa itu kerana, undi melayu telah berpecah dua, sementara undi cina sebahagian besarnya mengundi Pakatan.

Pada PRK kali ini BN hanya boleh bersandar pada pengundi Melayu, pengundi cina-apapun janji yang akan ditaburkan oleh BN, tidak akan mampu memalingkan pendidirian mereka.

Pada PRK kali ini, kita akan menyaksikan bahawa pengundi cina akan tetap mengundi Pakatan. Namun juga, apa yang ingin dilihat sejauh mana Melayu kembali kepada BN?

PRK DUN 45 Galas, Gua Musang, Kelantan pada 4 November 2010

Tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, di Gua Musang, Kelantan ditetapkan pada 4 November ini.

Pada sidang media di Putrajaya, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar juga mengumumkan tarikh penamaan calon akan diadakan pada hari Selasa, 26 Oktober ini.

Keputusan itu dibuat selepas SPR bermesyuarat, pagi ini.

Kerusi DUN Galas kosong selepas kematian penyandangnya, Chek Hashim Sulaima, 48, akibat barah usus, 27 September lalu.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, Chek Hashim mendapat 4,399 undi menewaskan penyandang dari Barisan Nasional (BN), Mohd Saufi Deraman (3,753 undi) dengan majoriti 646 undi.

Galas terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang bersama DUN Nenggiri dan DUN Paloh.

Sunday, October 03, 2010

Kononnya jika KULI jadi calon N45-Galas adalah satu penghinaan?

Macam-macam boleh terjadi dalam politik. Sebab itu lah politik dikatakan satu seni semua kemungkinan.

Apabila Tan Sri Muhyiddin mencadangkan agar KULI dilantik sebagai Pengarah PRK N45-Galas, Gua Musang, pihak Pas mengatakan bahawa TPM itu lari daripada tanggungjawab. Pas juga pelik kerana pada kebiasaannya UMNO-BN akan mengamanahkan tugas pengarah pilihanraya setiap PRK kepada TPM atau Timbalan Presiden Umno.

Apabila Umno Kelantan mencadangkan bahawa sebaik-baik calon mewakili BN di PRK tersebut adalah KULI sendiri, maka TPM mengatakan pucuk pimpinan BN akan mempertimbangkannya.

Dengan tercetusnya cadangan agar KULI dipilih sebagai calon N-45 Galas, ramai tokoh-tokoh BN mahupun Umno mengatakan bahawa cadangan itu adalah tepat sekali. Namun, bagi Pas mencadangkan KULI sebagai calon BN di peringkat DUN kononnya satu penghinaan.

Pas sebenarnya menyempitkan fikiran mereka. Dengan sempitnya fikiran mereka itu, mereka mencoba membawa rakyat menerimanya.

Kepada para pemimpin PAS, coba kembangkan fikiran anda. Di Sabah dan Sarawak, kebiasaan persiden-presiden parti bertanding pada peringkat Parlimen mahupun DUN. Sedangkan calon-calon yang dipertimbangkan bertanding di peringkat parlimen ada juga hanya sebagai ahli biasa. Apa kah faktor bertanding di peringkat DUN tersebut merupakan penghinaan kepada persiden-persiden parti tersebut?

Datuk Pairin Kitingan adalah Persiden PBS, dari tahun 1985, wakil rakyat Keningau tersebut bertanding di peringkat DUN dan Parlimen.

Sebenarnya PAS hanya menimbulkan polimek, kerana mereka tahu bahawa berhadapan dengan KULI di DUN Galas, PAS terpaksa berhadapan dengan gergasi UMNO Kelantan.

Walaupun demikian, terserah kepada pertimbangan KULI, samaada menerima sebagai Calon atau menolaknya. KULI adalah pemimpin veteran, tahulah beliau mana baik mana tidaknya.

Saturday, October 02, 2010

KULI menang di DUN Galas; Apa implikasinya pada PRU-13?

KULI boleh menang DUN 45-Galas, Gua Musang, Kelantan. Pertemuran kecil dimenangi. Apa kah pertempuran sebenar yakni PRU-13 juga Galas boleh dipertahankan?

Pengalaman di Ijok Selangor, pada PRK diambang PRU-12, BN menang, namun pada PRU-12, calon yang sama yang dikalahkan oleh calon BN daripada Pakatan pula Menang.

Apa kah senario Ijok akan berulang di Galas?

BN telah berjanji mahu berubah, kalau tidak akan rebah.

Apa kah pemilihan KULI sebagai calon BN untuk DUN Galas, bererti BN telah berubah?

Jangan terpengaruh dengan guruh di langit, kemudian air di tempayan dicurahkan. Berhati-hati.

Para pengundi sekarang terutama pada PRU-13, akan dimonopoli oleh mereka yang lahir selepas merdeka. Pendeknya daftar pengundi akan dikuasai oleh pengundi muda.

Pemlilihan KULI memang tepat, tiada yang boleh meraguinya. Namun, apa kah keputusan itu bijak?

BN perlu melihat ke depan, melihat jauh, bukan menyelesaikan masalah yang ada dengan pendekatan sementara.

Memang KULI boleh menang, seperti juga Isa Samad di Tanjung Pinang.

Jangan lah menjadikan kegembiraan itu hanya sementara, biarlah berpanjangan.

Kalau lah rakyat masih menaruh kepercayaan kepada BN umumnya dan UMNO khasnya untuk membela bangsa, agama dan negara, AYT yakin siapapun calon yang diletakan di DUN Galas akan menang. Nah, di situ lah kita dapat menilai keupayaan kita sebenarnya.

Kaum melayu/bumiputera masih bergantung harap pada UMNO. Jangan lah membuat keputusan yang selalu bercanggah dengan perancangan.

Sebelum Pak Lah diturunkan, para pemimpin UMNO sekarang ini terutama yang berjawatan, berulang kali melaung-laungkan bahawa UMNO mesti berubah, jika tidak maka akan rebah.

Lakukanlah perubahan itu, biar pahit seperti jadam pada awalnya, tetapi manis bagaikan madu pada akhirnya.

Sementara kita beruar-uar KULI kemungkinan dipilih sebagai calon BN untuk Galas, pemimpin veteran itu masih lagi menimbang untuk menerima Perlantikan sebagai Pengarah pilihanraya BN pada PRK kali ini. Ertinya, KULI ada juga kemungkinan menolaknya.

Jika KULI menolaknya sudah tentu pimpinan BN ada plan B atau plan C.

Yang pasti rakyat seluruh negara menanti keputusan PRK DUN Galas, pada kedudukan di mana kah melayu letakkan UMNO-BN.

Jika UMNO-BN kalah di Galas, sudah tentu jawapan yang diberikan PRK Galas bukan boleh menjadi kayu pengukur sokongan Melayu terhadap Umno-BN, namun jika menang, sudah tentu ramai yang mengatakan bahawa kaum Melayu telah kemabli menyokong Umno-BN.

Melalui PRK Galas, pergunakanlah semua kesempatan untuk mendekati semula kaum melayu. Jangan lagi sakiti hati mereka. Jangan lagi menabur janji yang tak tertunaikan. Berilah gambaran yang benar dan sebenar-benarnya.

Friday, October 01, 2010

PRK Galas: KULI wakili BN?

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ahli parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah boleh dipertimbang sebagai calon BN untuk bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Galas.

Katanya, BN sedia membincangkan perkara itu kerana beliau percaya Tengku Razaleigh merupakan calon paling tepat dan sesuai berdasarkan pengalaman dan pengaruhnya di Gua Musang.

Namun, katanya, soal sama ada Tengku Razaleigh mahu bertanding atau terdapat calon yang lebih sesuai untuk dicadangkan kepada pucuk pimpinan, terpulang kepadanya.

"Sebagai mana biasa kita beri lebih ruang pada beliau (selaku pengarah pilihan raya kecil BN bagi kerusi untuk senaraikan (calon) dan kalau fikir ada nama paling tepat, sesuai dan boleh beri kemenangan cemerlang di situ, kita akan berikan keutamaan," katanya.

Muhyiddin memberitahu pemberita demikian di Putrajaya hari ini ketika diminta mengulas cadangan Ketua Pemuda Umno Kelantan Anuar Safian yang Tengku Razaleigh diletak sebagai calon BN kerana beliau mampu merampas semula kerusi tersebut daripada PAS.

Mengenai dakwaan PAS kononnya pelantikan Tengku Razaleigh sebagai pengarah pilihan raya BN bagi kerusi Galas memberi kelebihan kepada PAS kerana beliau turut menyokong tuntutan royalti minyak, Muhyiddin berkata, PAS sebenarnya sedang "gundah-gulana".

"Dia (PAS) kata beri kelebihan pada dia sebab isu royalti sebenarnya mereka gundah-gulana dengan pengaruh besar yang ada pada Tengku Razaleigh sebagai pemimpin parti yang cukup berpengalaman, sudah sebati dan sinonim dengan Gua Musang.

"Tengku Razaleigh mempunyai pengaruh besar dalam masyarakat Melayu, Cina dan India kerana sudah biasa mengenalinya secara peribadi, soal isu royalti kita boleh jelaskan lebih-lebih lagi Tengku Razaleigh pastiya bukan sahaja faham tapi pakar dalam soal itu," katanya.

Muhyiddin berkata sebenarnya PAS sangat tertekan selepas mengetahui Tengku Razaleigh merupakan calon paling tepat yang dipilih sebagai Pengarah Pilihan Raya DUN Galas.

Pilihan raya kecil itu akan diadakan berikutan kematian penyandangnya Che Hashim Sulaima, 46, daripada Pas di Kuala Lumpur pada Isnin lepas akibat barah usus.

Dalam pilihan raya umum 2008, Che Hashim berjaya merampas DUN Galas yang terletak dalam kawasan pilihan raya parlimen Gua Musang daripada BN dengan majoriti 646 undi.

Selain Galas, dua lagi DUN yang terletak dalam Parlimen Gua Musang ialah Nenggiri dan Paloh.

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata BN akan meletakkan calon yang terbaik bagi menghadapi pilihan raya kecil itu.

Mengenai cadangan pembangkang supaya BN tidak meletak calon di Galas, Najib berkata: "Sukar bagi kita tidak bertanding. Mengikut amalan demokrasi, sesuatu kerusi bila kosong atas sebab kematian perlu diadakan pilihan raya kecil,” katanya.

“Sekali saja kita tidak buat kerana bila sengaja dikosongkan kita rasa membazir dari segi kewangan,” katanya merujuk kepada kawasan Parlimen Permatang Pauh.

Bercakap kepada media selepas melawat pameran pertandingan reka bentuk hospital kerajaan di Kementerian Kewangan di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata bagi kawasan Galas terdapat keperluan untuk menggantikan wakil rakyat bagi kawasan tersebut.

“Jika kita tidak bertanding maka rakyat di Galas tiada pilihan. Bila bertanding sekurang-kurangnya mereka ada pilihan sama ada mereka mahu BN atau PAS. Jadi itu amalan demokrasi yang sihat di negara kita.”

Ditanya tentang pelantikan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai pengarah pilihan raya kecil itu dan tidak sebagai calon, Najib berkata, “Saya gembira bahawa beliau sedia dan beliau komited untuk bekerja keras bagi memastikan BN menang.”

"Kita tidak mahu cakap mengenai calon pada peringkat ini. Saya masih tunggu senarai bakal calon. Saya tidak mahu ramal siapa bakal tetapi kita mahu letak calon yang paling sesuai," kata Najib.

Mengenai momentum yang dicipta parti pembangkang untuk mengambil alih Putrajaya, Najib berkata, "Itu urusan mereka wujudkan ini dan adalah menjadi urusan kita untuk wujudkan momentum tersebut bagi pihak kita kerana kadangkala mereka wujudkan momentum yang palsu.”

"Seperti yang anda tahu dua tahun lepas, mereka kata mereka akan tawan Putrajaya dan ia tidak berlaku. Kegagalan 16 September sama sekali di pihak mereka. Malah jangan lupa mereka boleh wujudkan semangat palsu bahawa perkara (pilihan raya) bergerak ke arah mereka (berpihak kepada pembangkang)."

"Tetapi apa pun, adalah penting untuk BN bekerja keras dan dapatkan keyakinan rakyat," kata Perdana Menteri.

Thursday, September 30, 2010

UMNO-BN mula berubah: Pengarah Piliharya PRK bukan diketuai oleh TPM lagi

Bermula pada PRK N-45 Galas, Gua Musang, Kelantan, pengarah PRK bagi DUN-DUN pada kawasan parlimen tertentu, diserahkan kepada ahli parlimennya, jika kebetulan ahli parlimen tersebut merupakan Ketua Bahagian Umno/Pengerusi BN kawasan tersebut.

Dakwaan kononnya Timbalan Perdana Menteri, Tndakan Tan Sri Muhyiddin Yaasin menyerahkan jentera pilihan raya kecil dewan undangan negeri Galas dianggap sebagai "lari daripada tanggungjawab", adalah tidak benar.

Walaupun sebelum ini telah menjadi kelaziman bagi BN meletakkan tanggungjawab pengarah pilihanraya di atas bahu timbalan perdana menteri tetapi kali ini, Muhyiddin menyerahkan beban itu untuk digalas oleh Ketua Umno Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.

UMNO-BN lari daripada norma biasa di mana Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yaasin, yang mana (beliau) akan menjadi pengarah pilihan raya setiap kali pilihan raya kecil berlaku bagi BN.

DUN Galas telah kosong isnin lalu, apabila ADUNnya Che Hashim Suliman (46) meninggal kerana kanser kolon.

Pada pilihan raya umum 2008, Chek Hashim menewaskan calon BN Mohamad Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi.

Calon PAS itu mendapat 4,399 undi menewaskan Mohd Saufi yang memperolehi 3,753 undi.

Majoriti pengundi di kawasan ini terdiri daripada seramai kira-kira 6,200 pengundi Melayu, diikuti 2,000 Orang Asal, 1,900 pengundi Cina dan juga India (170).

Wednesday, September 29, 2010

Oh Oh Nik Aziz ajak UMNO masuk PAS konon untuk perpaduan Melayu

PAS selepas sahaja PRU-12 telah menjadi KUDA tunggangan DAP. Perjuangan asal parti itu yakni untuk mendirikan negara Islam dan melaksanakan HUDUD diketepikan demi DAP.

Kini pula NIK Aziz mengajak UMNO masuk PAS agar supaya ramailah orang melayu menjadi kuda DAP.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, hari ini mengajak ahli Umno menyertai PAS sebagai cara menangani isu perpaduan orang Melayu.

Mursyidul Am PAS itu berkata, ini kerana parti berkenaan mewakili semua yang beragama Islam, dan sewajarnya orang Melayu yang juga orang Islam berada di dalam parti berkenaan.

"Umno tak payah bertanding selama-lama dan duduk dalam sebuah parti, iaitu PAS. Kalau boleh, tak perlu ada parti orang Melayu lain selain daripada PAS," katanya di Kota Bharu hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, agar Umno tidak menandingi kerusi Dewan Undangan Negeri Galas pada pilihan raya kecil yang akan diadakan tidak lama lagi.

Takiyuddin sebaliknya mencadangkan kerusi itu diserahkan kepada PAS demi perpaduan orang Melayu selain mengelakkan pergeseran berpanjangan antara dua parti utama orang Melayu tersebut.

Nik Abdul Aziz juga menegaskan perkara tersebut sudah sekian lama menjadi hasratnya.

Kerusi Galas kosong selepas penyandangnya Che Hashim Sulaima dari parti PAS meninggal akibat barah usus pada Isnin lalu.

Parti mana yang menang PRK DUN Galas, Gua Musang Kelantan?

Jumlah PRK selepas PRU-12 adalah 11. Daripada 11 itu, 8 PRK dimenangi Pakatan dan 3 oleh Umn0-BN.

PRK DUN Galas yang kosong akibat kematian penyandangnya Che Hashim Sulaiman daripada PAS 2 hari lalu akibat kanser kolon di Kuala Lumpur.

Pada PRU-12 lalu, Che Hashim telah mengalahkan calon BN Mohd Saufi Deraman dengan kelebihan 646 undi.

Sebelum ini, pihak Umno-BN melalui Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhiyiddin Yassin mengatakan bahawa peluang BN di DUN tersebut adalah 50:50.

Sementara itu, PAS yakin akan mempertahan kerusi tersebut.

Yang menarik dalam PRK kali ini adalah untuk mengetahui kedudukan wakil Rakyatnya yakni pemimpin veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah.

KULI mewakil parlimen Gua Musang telahpun berdekad lamanya, samada bersama UMNO ataupun S-46.

Meskipun persaingan langsung di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dilihat antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR), tetapi penganalisis melihat pemimpin veteran Tengku Razaleigh Hamzah akan berhadapan dengan “situasi paling sukar” dalam menghadapi pilihan raya kecil ke-12 nanti.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka akan memutuskan tarikh pilihan raya kecil minggu depan dan kemungkinan ia diadakan akhir Oktober atau awal November.

Galas adalah satu-satunya kerusi DUN di bahagian Parlimen Gua Musang jatuh ke tangan PR khususnya PAS.

Ekoran pendirian Tengku Razaleigh itu, yang dizahirkan sejak awal tahun ini, beliau yang juga bekas menteri kewangan dan pengasas Petronas, telah berhadapan dengan tekanan segelintir pemimpin Umno agar dikenakan tindakan disiplin ke atas beliau.

Tengku Razaleigh mempertahankan pendiriannya dengan berkata beliau seorang pemimpin setia kepada Umno.

Majlis Tertinggi Umno pula telah menyerahkan kepada ahli-ahli memberikan pandangan mengenai gesaan tersebut tetapi sehingga kini tiada perkembangan susulan.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Umno-BN akan meletakkan pemimpin tempatan sebagai calonnya bagi pilihan raya kecil DUN Galas.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata Umno sedia mengambil langkah-langkah wajar bagi menghadapi pilihan raya kecil itu setelah tarikh pemilihan diumumkan oleh SPR.

“Malahan setelah kita dimaklumkan hal ini semalam, kita sudah mengambil perhatian. Dan seperti biasa, jika ada pilihan raya kecil, kita akan (letak) calon dan calon yang kita letak akan datang dari Gua Musang yang dipimpin oleh Tengku Razaleigh.

“Kita akan letak calon terbaik yang akan diputuskan oleh pihak pimpinan parti dan kita percaya Tengku Razaleigh akan membantu sebagai ketua bahagian dan Datuk Seri Mustapa (Mohamed) selaku Ketua Perhubungan (Umno Kelantan) juga akan terlibat untuk memastikan kemenangan kita dalam pilihan raya,” katanya.

Galas merupakan DUN yang terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang selain DUN Nenggiri dan Paloh.

N45-Galas, Gua Musang, Kelantan: PRK parti mana yang akan menang?


1986
N.39 Galas
Jumlah Pengundi 7039
Jumlah Keluar Mengundi 4926
1. Zakaria Hassan ( BN ) 3420
2. Ibrahim Abdullah ( PAS ) 1281
Majoriti 2139 – BN

1990
N.39 Galas
Jumlah Pengundi 8737
Jumlah Keluar Mengundi 6429
1. Hj Zakaria Hj Hassan ( BN ) 1760
2. Hj Omar Mohamed ( S46 ) 4465
Majoriti 2705 – S46

1995
N.43 Galas
Jumlah Pengundi 11,231
Jumlah Keluar Mengundi 7953
1. Omar Mohamed ( S46 ) 4056
2. Zakaria Hassan ( BN ) 3163
3. Nik Ismail Wan Idris ( AKIM ) 205
Majoriti 893 – S46

1999
N.43 Galas
Jumlah Pengundi 12,091
Jumlah Keluar Mengundi 8705
1. Zulkifli Mohamad ( PKR ) 3072
2. Mohamad Saufi Deraman ( BN ) 5336
Majoriti 2264 – BN

2004
N.45 Galas
Jumlah Pengundi 8972
Jumlah Keluar Mengundi 6805
1. Mohamad Saufi Deraman ( BN ) 4184
2. Chek Hashim Sulaiman ( PAS ) 2455
Majoriti 1729 – BN

2008
N.45 Galas
Jumlah Pengundi 10,330
Pecahan Pengundi
Melayu 65.81%
Cina 22.03%
India 1.81%
Lain lain 10.32%

1. Mohamad Saufi Deraman ( BN ) 3753
2. Che Hashim Sulaiman ( PAS ) 4399
Majoriti 646 - PAS

Tuesday, September 28, 2010

DUN Galas, Gua Musang pertembungan terakhir BN-Umno dan Pakatan menjelang PRU-13

PRK DUN Galas, Gua Musang bakal diadakan dalam waktu terdekat. Kekosongan DUN tersebut akibat kematian penyandangnya daripada PAS Che Hashim Sulaiman semalam.

Sebelum PRU-12 DUN Galas diwakili UMNO, namun pada PRU-12, DUN tersebut berjaya dirampas oleh PAS daripada penyandangnya Saufi Deraman dengan kelebihan 646 undi. Calon BN tersebut hanya memperoleh 3,753 undi manakala calon Pas mendapat 4,399 undi.

Kawasan Gua Musang adalah kawasan tradisi Umno, kerana kawasan tersebut telah diwakli veteran UMNO, Tengku Razalegh sejak sekian lama.

Pada PRU-13 lalu, Kawasan Parlimen Gua Musang dan 2 DUN lainya masih dikuasai Umno.

PRK DUN Galas kali ini adalah pertembungan terakhir antara Umno-BN dan Pas-Pakatan.

Melalui keputusan PRK ini, dapat dinilai sejauh mana persiapan masing-masing menjelang PRU-13 akan datang.

Melalui PRK Galas ini juga akan dapat dilihat sejauh mana sokongan Melayu terhadap Umno-BN, demikian juga sebaliknya.

Allahyarham Che Hashim meninggal dunia di Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru semalam kerana kanser usus.

Pakatan Rakyat mempunyai 39 kerusi manakala Barisan Nasional pula enam di DUN Kelantan.

Semalam, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar dipetik berkata, pilihan raya kecil bagi DUN Galas perlu diadakan berikutan dengan kematian Che Hashim.

Mesyuarat khas bagi menetapkan tarikh pilihan raya kecil DUN Galas akan diadakan sebaik sahaja menerima notis rasmi daripada Speaker DUN Kelantan mengenai kekosongan kerusi tersebut.

Blog Archive