Thursday, October 28, 2010

Hadi Awang Buat Fatwa Lagi di Galas

Dalam acara kempen di Galas, Persiden PAS Datuk Haji Hadi Awang menekankan bahawa matalamat utama PAS dan rakan partinya DAP dan PKR adalah menukar Kerajaan persekutuan dan menakluk Putrajaya. Untuk mencapai matalamat itu Hadi memberi fatwa:

Dalam Islam tiada kerajaan yang kekal, kita boleh tukar kerajaan. Kerajaan buat macam mana pun kita boleh jatuhkan juga,”

Justeru bekas menteri besar Terengganu ini mahu semua rakyat di negara ini bersatu untuk menjatuhkan kerajaan BN yang diperintah Najib sekarang.

“Kalau Melayu nak jatuhkan BN tidak boleh, Cina nak jatuhkan juga tidak boleh dan India nak jatuhkan juga tidak boleh; kita semua Melayu, Cina dan India perlu bersatu untuk jatuhkan BN.

“Kita perlu beri mesej dengan jelas di Galas, BN modalnya mudah tabur duit, tabur janji. Itu sahaja, kita perlu bersatu untuk jatuhkan BN,” tegasnya.

Dalam ceramahnya itu, Hadi turut menjelaskan Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP mampu menjadi sebuah kerajaan yang lebih baik daripada BN dengan berlandaskan kepada prinsip keadilan semua kaum.

“Justeru untuk Pakatan Rakyat memerintah Malaysia kita perlu menang dan kita tidak boleh perintah negara ini hanya dengan satu kaum.

“Semua kaum Melayu, Cina, India dan Asli berhak untuk mendapatkan keadilan yang sepatutnya. Inilah yang menjadi perjuangan bersama Pakatan Rakyat.

“Di Galas jelas menunjukkan pemimpin Pakatan Rakyat dari PAS, PKR dan DAP bekerjasama untuk memastikan kemenangan. Sama seperti kita membantu DAP di Sibu begitu juga sama seperti kita menolong PKR dulu. Kali ini rakan-rakan lain pula bantu kita di Galas,” katanya.

Beliau berkata walaupun kerajaan negeri Kelantan menghadapi sekatan daripada kerajaan pusat, namun PAS mampu memerintah negeri itu selama 20 tahun.

“Semua tahu PAS adalah parti Islam tapi dalam politik Islam perlu adil kepada semua. PAS telah memerintah selama 20 tahun di Kelantan walaupun menghadapi sekatan dan kepungan dari kerajaan pusat tetapi masih tetap bertahan.

“Walaupun banyak perkara tidak dapat dilakukan dalam tempoh 20 tahun ini kerana sekatan tapi PAS telah melakukan yang terbaik,” katanya.

Komen AYT

Bila mana pula BN memerintah hanya berasaskan satu kaum? BN adalah gabungan berbagai parti yang berasaskan kaum. Pakatan Rakyatnya yang menciplak kaedah BN ini dengan membentuk gabungan.

Ertinya kerajaan BN adalah contoh terbaik kerajaan berbagai kaum. Ucapan dan dakwaan Hadi itu, ibarat meludah ke langit tetapi terpercik di muka sendiri.

No comments:

Blog Archive