Wednesday, October 27, 2010

Saya tak biasa di pejabat Tuan DO

Saya tak biasa di pejabat DO, sebab itu saya tak masuk bilik penamaan calon pada 26 Oktober lalu. Demikian penjelasan KULI Pengarah PRK Galas-Gua Musang.

Tidak timbul saya terkilan kerana pencalonan Abdul Aziz Yusof, kerana saya lah yang mencadangkan dia kepada Persiden Parti untuk dipilih sebagai calon.Saya menyokong 100% Abdul Aziz, demikian pengakuan KULI.

Sebagai bukti sokongan saya kepada Abdul Aziz, lewat malam semalam, KULI hadir menemui sekumpulan penduduk di Kampung Baru, salah sebuah daripada dua daerah mengundi dengan majoriti pengundi Cina dalam DUN Galas.

Tindakannya itu juga memadamkan desas-desus bahawa beliau berkecil hati dengan tindakan BN mencalonkan Abdul Aziz Yusof.

Dalam pada itu, ahli parlimen veteran tersebut juga mengambil peluang untuk menjelaskan ketidakhadiran beliau ke pusat penamaan calon hari ini, selepas berbual-bual selama kira-kira 40 minit dengan penduduk setempat di sebuah restoran.

“Sebenarnya saya tak biasa ke pejabat DO tempat menyerah kertas penamaan calon. Ramai kawan-kawan saya yang akan bersama-sama calon untuk menyerahkan kertas penamaan calon.

“Jadi saya kata elok saya berada di luar untuk bersama-sama penyokong untuk kerja kita di merata tempat ke seluruh negara berhimpun di situ. Jadi tak semestinya semua orang ke sana. Tak jadi masalah. Itu saja.

Beliau hanya ketawa kecil apabila diajukan pertanyaan oleh wartawan, sama ada beliau berkecil hati sehingga tidak memasuki pusat penamaan calon semalam.

Turut hadir di pusat penamaan calon semalam ialah mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta pemimpin lain yang pernah bersamanya ketika di dalam Angkatan Perpaduan Ummah.

“Itu perkara biasalah nak cari sebab supaya nak laga-lagakan kita tapi takkan berhasil kerana calon ini calon yang saya sokong seratus peratus.

“Dia telah dipilih oleh jawatankuasa Umno bahagian semasa kita mengadakan rundingan dengan undi yang banyak sekali. Dan itulah nama yang saya kemukakan kepada Datuk Seri Najib supaya dia menetukan pilihan yang sebenar.

“Jadi dia membuat pilihan daripada apa yang diputuskan semua orang. Orang lain semua tak dapat undi seperti dia. Dia dapat undi terbanyak.

“Kita rasa kempen kali ini seolah-olah satu pertandingan friendly contest (pertandingan persahabatan). Iyalah apabila berlaku pertandingan tidak berlaku friendly contest lagi barangkali tetapi bagaimanapun saya ingin anjurkan friendly contest sesama kita,” katanya.

“Satu hari anda bersahabat, satu hari anda jadi seteru, tapi tidak ada rugipun (kepada saya),” katanya lagi yang mesra dengan panggilan Ku Li.

No comments:

Blog Archive