Showing posts with label Khir Toyo dihadapkan ke mahkamah. Show all posts
Showing posts with label Khir Toyo dihadapkan ke mahkamah. Show all posts

Thursday, January 20, 2011

Sayang saya telah "Buta" : Khir Toyo

Dr Mohd Khir Toyo enggan menjawab sebarang dakwaan mengenai dakwaan pemberian projek bernilai RM273 juta secara runding terus kepada sebuah syarikat ketika beliau menjadi menteri besar Selangor sebelum ini.

Semalam, setiausaha politik kepada menteri besar Faekah Husin mendakwa beberapa syarikat milik seorang tertuduh dalam kes melibatkan tuduhan rasuah ke Dr Khir didakwa menerima projek lebih RM273 juta dalam tempoh pentadbiran BN.

Pendedahan mengejutkan itu melibatkan lima kontrak yang didakwa telah diberikan secara rundingan terus kepada syarikat-syarikat milik Shamsudin Hayroni.

Sementara itu, menulis di blognya hari ini, Dr Mohd Khir berkata, buat masa ini beliau tidak akan menjawab kenyataan Faekah kerana ia boleh menjadi subjudis kepada kesnya yang akan dibicarakan Jun nanti.

"Ini merupakan kali pertama saya tidak menjawab sebarang tuduhan yang dilemparkan kepada saya kerana telah terikat dengan kes mahkamah dan mengelakkan sebarang keadaan yang boleh menjejaskan pembelaan saya," katanya.

Dr Mohd Khir juga mempersoalkan keikhlasan kerajaan negeri untuk membantu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), seperti yang didakwa Faekah.

"Jika mahu mencari kebenaran mereka sepatutnya mendedahkan berbulan yang lalu agar saya dapat menjawabnya bukannya sekarang ketika mana mereka tahu saya terpaksa mendiamkan diri," katanya.

"Ini merupakan tindakan bacul dan tidak bermaruah kerajaan negeri Selangor."

Sehubungan itu, ADUN Sungai Panjang itu menyifatkan "serangan" daripada pejabat menteri besar padanya saya kali ini "tidak lebih cuba menunjuk jaguh kepada orang buta."

"Itu sahajalah kemampuan kerajaan yang penuh dengan kacau bilau, pembohongan dan pendustaan," sindirnya lagi dalam artikel berjudul 'Menyerang Si Buta yang Tidak Bertongkat'.

Wednesday, January 19, 2011

Projek untuk Shamsudin Haryoni: Khir Toyo masih membisu

Pendedahan kerajaan Selangor mengenai projek yang diberikan kepada syarikat Shamsudin Haryoni yang berjumlah lebih 200 juta semasa pemerintahan Khir Toyo, belum mendapat reaksi daripada Mantan Menteri Besar Selangor itu.

Khir Toyo ini sebelum ini dihadapkan ke mahkmah bersama Shamsudin berhubung pembellian hartanah sebuah bungalow di Shah Alam oleh mantan MB itu dengan diskaun 50 peratus.

Selepas sahaja Khir Toyo dihadapkan di mahkamah, Khir Toyo memberi komen, bahawa pemeblian hartanah tersebut adalah urusniaga biasa, yakni melalui kaedah willing sale willing buy.

Siapa yang tidak curiga harga hartanah yang dibeli dengan harga 6.5 juta oleh Shamsudin, kemudian dijual dengan harga separuh daripada harga belian asal.

Kini terdedah sudah, rupanya Shamsudin menjual hartanah itu kerana agenda tersendiri di belakang layar.

Berikut adalah pendedahan Kerajaan Selangor yang dikaitkan dengan Khir Toyo.

Beberapa syarikat milik seorang tertuduh dalam kes melibatkan tuduhan rasuah ke atas bekas menteri besar Dr Mohd Khir Toyo didakwa telah menerima projek berjumlah lebih RM273 juta dalam tempoh pentadbiran BN di Selangor.

Pendedahan mengejutkan itu juga melibatkan lima kontrak yang didakwa telah diberikan secara rundingan terus kepada syarikat-syarikat milik Shamsudin Hayroni.

Pendedahan itu dibuat hari ini oleh setiausaha politik menteri besar Selangor Faekah Husin melalui satu kenyataan.

Menurut Faekah lagi, projek berkenaan termasuk lima projek yang diberikan secara rundingan terus kepada syarikat Majulia Sdn Bhd.

Ia antara lainnya melibatkan satu pembinaan fasa pertama bagi kuarters kakitangan kerajaan dengan nilai lebih RM22.8 juta, serta pembinaan fasa keduanya dengan nilai RM61 juta.

Projek yang didedahkan itu turut melibatkan pembinaan bangunan sebuah perpustakaan, bernilai lebih RM71 juta, manakala satu projek lagi melibatkan pembinaan sebatang jalan di Sepang yang bernilai lebih RM73.7 juta.

Faekah juga berkata, satu lagi projek melibatkan sebuah stadium terbuka, pencawang elektrik, dua kebuk dan unit loji kumbahan di atas satu tapak kompleks sukan di Dengkil, bernilai hampir RM15 juta.

Faekah berkata, pendedahan itu adalah ekoran tindakan majlis mesyuarat kerajaan negeri pada 16 Disember lalu yang memutuskan untuk mendedahkan butiran mengenai projek berkenaan.

"Kerajaan negeri berpendapat maklumat yang diberikan ini dapat membantu pihak berkuasa menjalankan siasatan," kenyataan itu dipetik.

Mansion Khir Toyo: Patut pula Khir beli diskaun 50%

Rumah Bungalow Khir yang sepatutnya berharga 6.5 juta ringgit, akan tetapi dijual kepadanya hanya 3.5 juta.

Pembelian harta tersebut dengan diskaun hampir 50 peratus berakibat Khir dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan rasuah.

Berikutan itu Kerajaan Pakatan Selangor yang mengambil alih daripada BN selepas PRU-12, kerana BN kalah semasa diketuai oleh Khir Toyo.

Sebelum ini Khir lebih dikenali dengan isu "Hadiah Penyapu" dan "pengguna Botox" terpaksa melepaskan Jawatan Sebagai Ketua Pembangkan DUN Selangor, namun masih mengekal ADUN Sungai Panjang. Gelaran "Datuk", Khir juga telah digantung oleh pihak istana Selangor.

Berikut adalah pendedahan Kerajaan Selangor yang dikaitkan dengan Khir Toyo.

Beberapa syarikat milik seorang tertuduh dalam kes melibatkan tuduhan rasuah ke atas bekas menteri besar Dr Mohd Khir Toyo didakwa telah menerima projek berjumlah lebih RM273 juta dalam tempoh pentadbiran BN di Selangor.

Pendedahan mengejutkan itu juga melibatkan lima kontrak yang didakwa telah diberikan secara rundingan terus kepada syarikat-syarikat milik Shamsudin Hayroni.

Pendedahan itu dibuat hari ini oleh setiausaha politik menteri besar Selangor Faekah Husin melalui satu kenyataan.

Menurut Faekah lagi, projek berkenaan termasuk lima projek yang diberikan secara rundingan terus kepada syarikat Majulia Sdn Bhd.

Ia antara lainnya melibatkan satu pembinaan fasa pertama bagi kuarters kakitangan kerajaan dengan nilai lebih RM22.8 juta, serta pembinaan fasa keduanya dengan nilai RM61 juta.

Projek yang didedahkan itu turut melibatkan pembinaan bangunan sebuah perpustakaan, bernilai lebih RM71 juta, manakala satu projek lagi melibatkan pembinaan sebatang jalan di Sepang yang bernilai lebih RM73.7 juta.

Faekah juga berkata, satu lagi projek melibatkan sebuah stadium terbuka, pencawang elektrik, dua kebuk dan unit loji kumbahan di atas satu tapak kompleks sukan di Dengkil, bernilai hampir RM15 juta.

Faekah berkata, pendedahan itu adalah ekoran tindakan majlis mesyuarat kerajaan negeri pada 16 Disember lalu yang memutuskan untuk mendedahkan butiran mengenai projek berkenaan.

"Kerajaan negeri berpendapat maklumat yang diberikan ini dapat membantu pihak berkuasa menjalankan siasatan," kenyataan itu dipetik.

Tuesday, December 14, 2010

Seharusnya Khir Toyo berundur daripada semua jawatan parti: Tidak perlu menunggu digantung

Semalam telah dumumkan bahawa Bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri, Dr Mohd Khir Toyo telah digantung dari semua jawatan parti yang dipegangnya selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tuduhan rasuah minggu lalu.

Setiausaha agung Umno, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor dipetik sebagai berkata tindakan tersebut tidak ada hubungannya dengan pertimbangan kepentingan politik BN, tetapi ditetapkan dalam perlembagaan parti.

Menurut Tengku Adnan, sesiapa sahaja yang didakwa atau menunggu kes mahkamah, akan digantung jawatannya dalam parti, seperti yang dilakukan sebelumnya.

Menurut Tengku Adnan, yang juga ahli parlimen Putrajaya, tindakan serupa telah diambil terhadap ahli Umno yang lain pada 2009, dan walaupun mereka kemudian didapati tidak bersalah, kedudukan mereka tidak dikembalikan.

Khir, yang juga ADUN Sungai Panjang, menerima surat dari ibupejabat Umno berhubung penggantungannya itu pada 8 Disember - dua hari selepas dia dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan rasuah berhubung penjualan tanah yang menjadi tapak rumah mewahnya.

Tuesday, December 07, 2010

Ketiadaan Khir Toyo: Umno Selangor makin mantap

Tidak dapat disangkal bahawa kepimpinan Khir Toyo pada mulanya mendapat sambutan daripada penduduk Selangor, namun akibat peristiwa "Hadiah Penyapu" kredibiliti Khir Toyo terus merundum. Akibat merundumnya kredibiliti itu dan kempimpinan "flip flop" Tun Abdullah sedikit sebanyak menyumbang kepada penolakkan rakyat Selangor kepada BN.

Di samping itu gaya hidup Khir terutama pada akhir-akhir pemerintahannya menyumbang kepada muaknya rakyat selangor khasnya dan umumnya rakyat negara ini.

Kita dapat saksikan bahawa kawasan-kawasan yang bersempadan dengan Selangor, kebanyakkan kawasan itu, telah jatuh ke tangan Pembangkang akibat tempiasnya kemuakan rakyat kepada kempimpinan Khir.

Kita tidak mahu melupakan jasa Khir semasa menjadi Menteri Besar Selangor, namun atas perbuatannya sendiri, negeri Selangor jatuh di tangan Pembangkang. Rakyat telah membuktikan, pada tahun PRU-1999, di Terengganu, di mana pada masa itu, rakyat telah muak dengan kepimpinan Tan Sri Wan Mohktar, akibatnya Terengganu telah jatuh di tangan PAS.

Namun Terengganu berjaya di tawan semula pada PRU-2004 apabila Idris Jusoh dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan Umno dan BN negeri. Atas kepimpinan Idris, pada PRU-12, Terengganu terus dikuasai BN.

Kini, tiba masanya Selangor diketuai oleh pemimpin negeri, di mana pada masa ini Pengerusi Umno negeri adalah Datuk Seri Najib sendiri. Presiden parti itu terpaksa menjadi pengerusi perhubungan Umno negeri untuk meredakan keadaan dan pergelutan kepimpinan dalam negeri terkaya itu, terutama apabila pemimpin gaint Selangor, Tan Sri Muhd Muhammad Taib dikatakan merajuk setelah tewas merebut jawatan Timbalan Presiden Umno.

AYT merasakan ketiadaan Khir Toyo dalam barisan kempimpinan Umno dan BN negeri Selangor, akan mengembalikan sokongan para penyokong Umno dan BN yang telah melakukan protes pada PRU-12 lalu.

Ahli Umno sebenarnya, telah lama menunggu tindakkan yang bakal diambil terhadap Khir Toyo apabila kisah rumah mewahnya telah terbongkar. Ahli Umno tertanya-tanya, kenapa kah para ikan Jerung lambat diambil tindakan, manakala, mereka yang dituduh mengamal rasuah ratusan ringgit diambil tindakan.

AYT percaya dengan dihadapkannya Khir Toyo ke mahkamah atas tuduhan rasuah, maka keyakinan kepada kerajaan akan bertambah pulih, kerana rakyat akan beranggapan, sesiapa sahaja tanpa pilih bulu, jika bersalah, maka akan diambil tindakkan.

Dalam pada itu Umno Selangor tidak ketandusan tokoh untuk memimpin parti dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Malah, ahli jawatankuasa Umno negeri Datuk Amiruddin Setro berkata kekuatan Umno di negeri itu "bukan bergantung kepada individu tertentu kerana kekuatan parti perlu dinilai secara keseluruhan".

"Sejarah sebelum ini menunjukkan terdapat tokoh Umno di negeri ini yang masuk penjara, tetapi kekuatan Umno tetap utuh," katanya merujuk kepada kes bekas menteri besar Datuk Harun Idris suatu ketika dahulu.

"Ini (dakwaan ke atas Dr Mohd Khir di mahkamah) satu ujian untuk menggerakkan jentera kita bagi pilihan raya umum ke-13.

"Perkara itu tidak menjejaskan apa-apa (terhadap jentera Umno negeri). (Lebih penting) adalah penyatuan dalam parti," katanya kepada Malaysiakini pagi ini

Amiruddin mengulas berhubung kedudukan Umno negeri dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13 ekoran Dr Mohd Khir didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam semalam atas tuduhan rasuah.

Dr Mohd Khir didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

ADUN Sungai Panjang itu didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mengulas lanjut, Amiruddin turut memuji sikap Dr Mohd Khir yang "gentleman" melepaskan jawatannya sebagai ketua pembangkang DUN Selangor bagi membolehlan siasatan menyeluruh dilakukan tanpa menjejaskan imej Umno

Amiruddin yang juga ADUN Jeram turut menyangkal dakwaan bahawa Dr Mohd Khir dihadap ke mahkamah bagi membuktikan desas-desus akan berlaku rombakan dalam kepimpinan Umno di negeri itu.

"Ia tidak ada kaitan. Selagi tidak ada pengumuman rasmi, ia adalah desas-desus semata-mata," katanya sambil mengakui ada mendengar desas-desus mengenai rombakan tersebut.

Sementara itu, ketua Umno bahagian Kapar Datuk Abdul Rahman Palil turut sependapat dengan Amiruddin bahawa jentera parti tidak lemah ekoran Dr Mohd Khir didakwa di mahkamah.

"Umno tetap utuh. Parti dan jentera bekerja seperti biasa. (Jentera) kita bergerak sebagai satu pasukan dan tiada kumpulan-kumpulan tertentu," katanya.

Beliau berkata, Dr Mohd Khir juga belum dihukum bersalah oleh mahkamah dan menyerahkan kepada mahkamah bagi memutuskan berhubung pertuduhan terhadap bekas menteri besar Selangor itu.

"Undang-undang tetap undang-undang. Kita tidak pilih bulu," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Abdul Rahman yang juga ADUN Sementa berkata pihaknya akan memberi penerangan kepada akar umbi berhubung perkara tersebut sekiranya Pakatan Rakyat menimbulkannya.

"Takkan kerana seorang, kita nak hancurkan parti kita. Biar proses mahkamah menentukannya," katanya.

Kes Khir Toyo: Gaji MB tidak cukup bayar pinjaman?

Semalam AYT ada membuat analisis mengenai bayaran ke atas pinjaman rumah Khir Toyo berasaskan jumlah Rm3.8 juta dengan jangka masa bayaran 25 tahun. Namun setelah mendapat fakta seperti mana penjelasan Khir sendiri melalui blognya bertarikh 9 julai 2009, maka AYT memlakukan analisis berasaskan fakta yang diberikan Khir sendiri.

Pinjaman Khir daripada HSBC berjumlah Rm3.5 juta dengan tempoh bayaran 23 tahun. Berasaskan kepada kadar bunga yang biasa diberikan kepada penjawat awam adalah 4% setahun, maka jumlah bunga (kaedah straight line) ke atas pinjaman Khir tersebut berjumlah RM3.22 juta. Ini bermakna jumlah keseluruhan hutang Khir termasuk prinsipal adalah RM6.72 juta. Disebabkan tempoh pinjaman adalah 23 tahun, maka Khir terpaksa membayar bayaran bulanan sebesar RM 24,340.

Berasaskan kepada angka bayaran ini, ini lah yang menjadi isu, kerana jumlah itu dikatakan di luar kemampuan mantan Menteri Besar itu.

Melihat kepada tempoh perkhidmatan Khir sebagai menteri Besar yakni hanya 8 tahun, adalah lojik dikatakan bahawa memang benar, mantan MB itu memperoleh hartanya diluar kemampuan.

AYT tidak ingin menuduh, namun berasaskan lojik, memang MB itu tidak mempunyai kemampuan. Semua tahu, sebagai MB-tidak dibenarkan berniaga atau mendapatkan sumber pendapatan lain, selain gaji dan elaun MB.

Disebabkan Khir telah didakwa atas tuduhan rasuah, setelah hampir 3 tahun pendedahan mengenai lot banglonya di Shah Alam oleh ADUN Sekinchan, di mana dalam proses penyiasatan itu, SPRM terpaksa mengkaji semua dokumen yang berkaitan termasuk minit-minit, agar supaya kes akan melampaui kemunasabaan agar supaya mahkamah tidak menolaknya.

AYT memang memegang kepada kenyataan,bahawa seseorang itu dianggap tidak bersalah sehinggalah ditentukan oleh mahkamah. Namun bagi kes Khir, beliau adalah public figure yang ada kaitan dengan Umno. Untuk mengelak persepsi negatif terhadap parti, elok lah Khir bercuti untuk sementara daripada semua urusan parti; agar supaya imej parti tidak menjadi buruk.

Berikut adalah penjelasan Khir Toyo pada 9 Julai 2009 melalui blognya.

Fakta Dan Angka Tidak Boleh Menipu

Dakwaan:

i. Saya mengeluarkan belanja RM 24 juta untuk tanah dan banglo di Seksyen 7, Shah Alam

ii. Saya membuat penilaian semberono untuk hartanah tersebut

iii. saya beli tanah berharga hampir RM 4 juta dengan bayaran tunai.

Fakta:

i. Saya membeli tanah dan Banglo terbengkalai.

ii. Saya melakukan sedikit ubahsuai bagi menyelesaikan banglo terbengkalai tersebut.

iii. Penilaian dibuat oleh ejen hartanah bertauliah, Rahim & Co

Angka:

i. RM 3.5 juta - jumlah harga tanah dan banglo terbengkalai yang saya beli atas nilaian Rahim & Co.

ii. RM 3 juta pinjaman HSBC

ii. RM 600 ribu - kos pembaikan dan ubahsuai bagi menyiapkan banglo yang terbengkalai tersebut.

iii. RM 24 juta - jumlah nilaian ejen tidak bertauliah dari Sekinchan.

Komentar Khir Toyo

1. Sungguhpun saya mahu menunggu kes di Mahkamah, namun ada yang berpendapat kes Mahkamah akan memakan masa dan mungkin ketika keputusan diperolehi ia tidak lagi ada ertinya. Dengan kata lain, persepsi politik hari ini jika tidak dibetulkan boleh membawa mudarat segera sedangkan keputusan mahkamah bagi kes sivil akan memakan masa bertahun lamanya.

2. YB Sekinchan menuduh saya memiliki sebuah banglo berharga RM 24 juta. Saya tidak menafikan banglo tersebut milik saya, namun saya menafikan ia berharga RM 24 juta.

3. YB Sekinchan mendakwa saya membeli tanah sahaja dengan harga hampir RM 4 juta dan membina banglo berharga RM 20 juta. Dengan menggunakan kiraan gaji dan elaun Menteri Besar, beliau mempersoalkan dari mana saya mendapat wang membeli tanah berharga sedemikian.

4. Berdasarkan gambar dan tuduhan-tuduhan palsu YB Ng Sue Lim, ramai yang menjadi pakar hartanah sekelip mata. Maka nilaian harta diletak sesuka hati tanpa pun mengetahui status tanah dan syarat-syarat lain ke atas tanah tersebut. Maka saya dituduh membuat anggaran sendiri. Malahan ada yang mendakwa saya menipu kononnya mengambil pinjaman bank. Ada pula yang beranggapan saya membayar secara tunai pembelian tersebut.

5. Saya menyatakan saya membeli rumah yang terbengkalai (hampir siap) dan tanah dari syarikat yang menghadapi masalah kewangan dengan harga RM 3.5 juta, di mana RM 3 juta melalui pinjaman bank HSBC. Saya menyiapkan bahagian yang terbengkalai dengan harga RM 600 ribu.

6. Faktanya, nilaian tanah dan rumah terbengkalai tersebut di lakukan oleh sebuah ejen hartanah terkemuka, Rahim & Co. (salinan surat nilaian tersebut boleh didapati pada blog Khir). Dalam surat tersebut jelas menunjukkan Rahim and co menilai tanah dan bangunan (banglo terbengkalai tersebut) dengan harga RM 3.5 juta.

7. Saya juga menyertakan sebahagian Perjanjian Jual Beli bagi membolehkan saudara/i memahami syarat-syarat pemilikan tanah tersebut dan butiran jual beli.

8. Selepas menyemak dokumen pinjaman, ada sedikit kesilapan fakta dalam kenyataan saya sebelum ini. Pinjaman HSBC saya bukanlah untuk 30 tahun tetapi untuk jangka masa 23 tahun.
9. Setelah pendedahan ini saya berharap semua pembaca dapat membuat penilaian secara ikhlas bukannya sekadar mengutuk kerana benci kepada saya mahu pun UMNO.

Kes Khir Toyo: Tiada kaitan dengan kerajaan Najib

Pendakwaan terhadap bekas Menteri Besar Selangor Dr Khir Toyo semalam, tiada kaitan dengan kerajaan pimpinan Najib.

Pendakawaan Khir Toyo adalah hasil siasatan SPRM dan setelah dikemukakan kepada peguam negara, ternyata ada kes, maka peguam negara menghadapkan Khir ke mahkamah atas tuduhan rasuah.

Dakwaan pihak pembangkang, kononnya kerajaan pimpinan Najib lemah dibanding kerajaan pimpinan Tun Abdullah Badawi dalam memerangi rasuah, adalah dakwaan membabi buta.

Kerajaan tiada kaitan dengan pendakwaan rasuah, kerana pendakawaan adalah tugas SPRM dan penguam negara yang bebas daripada pengaruh kerajaan.

Terbayang melalui komen pemimpin pembangkang terutama Mahfuz Omar dan Khalid Ibarhim, bahawa kalau Pakatan yang membentuk kerajaan di negara ini, maka pejabat peguam negara dan SPRM tidak akan menjadi bebas, kerana akan diarah mengikut telunjuk kerajaan.

Lambatnya pedakwaan terhadap Khir Toyo, telah jelas dan terang, bahawa SPRM dan peguam negara bukan diatas telunjuk kerajaan atau pemimpin politik.

SPRM sebagai suruhanjaya bebas, maka ertinya bebas untuk menyiasat dan mendakwa.

Tiada guna mendakwa seseorang hanya tujuan untuk memburukkan nama seseorang itu, contohnya sepertimana yang diberikan Mahfuz; yakni Tan Sri Kasitah Gadam. Semua rakyat telah tahu, Kasitah telah dimalukan semasa didakwa di mana pada masa itu Kasitah masih sebagai menteri, Namun akhirnya Kasitah dibebaskan oleh mahkamah kerana didapati tidak bersalah.

Kini, pihak SPRM dan peguam negara benar-benar berhati-hati sebelum membuat dakwaan, kerana jika tidak cukup bukti dan gagal menimbulkan bukti yang munasabah, maka pihak hakim akan membebaskan orang yang kena tuduh (OKT). Ertinya, walaupun OKT dibebaskan, namun persepsi negatif akan terus melekat pada OKT.

AYT yakin, jika Pakatan mengambil alih kerajaan, mereka akan mengheret ramai orang ke mahkamah atas tuduhan rasuah untuk tujuan menghitamkan idividu yang mereka tidak senangi.

Ada lah mudah untuk menuding jari, namun apabila pelaksanaan di pundak sendiri, maka sukar untuk melakukannya. Contoh yang paling dekat adalah masalah Pasir di Selangor, masalah kontrak kerajaan tempatan yang diberikan sewenang-wenangnya kepada kroni, tidak pun dilaporkan kepada SPRM, malah dilindungi oleh pentadbiran kerajaan Pakatan Selangor.

AYT yakin, akan banyak kes rasuah akan terbongkar di Selangor, Pulau Pinang dan sedikit masa lagi, akan didakwa ke mahkamah. Kita tunggu apa pula komen Mahfuz dan Khalid Ibrahim!!!

Monday, December 06, 2010

Saya mahu dibicarakan dengan segera: Khir Toyo

Apa kah nasib Khir Toyo sama dengan "ikan-ikan jerung" sebelumnya di mana perbicaraannya mengambil masa yang cukup panjang.

Datuk Saidin Thamby memerlukan masa 15 tahun untuk membersihkan namanya, Tan Sri Kasitah Gadam memerlukan 6 tahun membersihkan namanya.

Jika bukti telah cukup, maka adalah baiknya membicarakan Khir Toyo dengan cepatnya agar supaya kedudukkan jelas di mata rakyat.

Benar kah banglo Khir ala bali itu, bernilai jutaan ringgit? Di mahkamah nanti akan terjawab semuanya.

Peguam negara yang mengetuai pendakwaan hari ini, nampak yakin, bahawa memang ada kes terhadap bekas MB ke-13 Selangor itu.

Malah Tan Sri Gani Patail berkata, kelewatan mendakwa Khir kerana terpaksa menjalankan siasatan rapi, agar supaya kes-kes serupa di mana Orang Kena Tuduh (OKT) di bebaskan oleh mahkamah, kerana pihak pendakwaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah.

Ekoran dihadapkan ke mahkamah hari ini, Khir dengan serta merta melepaskan jawatan sebagai ketua pembangkan dewan undangan Selangor, namun masih mempertahankan jawatan ADUN.

Khir juga berkata, bahawa kedudukkan dalam parti, terserah kepada pucuk pimpinan.

Namun bagi AYT, jika Khir cintakan parti, maka mantan MB itu perlu bercuti daripada semua jawatan parti. Tujuannya agar, rakyat tidak memberi persepsi negatif kepada parti, kerana masih mengekalkan individu yang didakwa rasuah.

Pihak pembangkang, saban hari menuding jari kepada kerajaan, kerana kononya kerajaan dipenuhi oleh para pemimpin yang rasuah. Pembangkang ke hulu ke hilir dengan dakwaan ini. Oleh kerana itu, adalah lebih molek, jika Khir sekurang-kurangnya bercuti daripada jawatan parti, sementara menunggu pelepasan kesnya oleh mahkamah.

Khir masih muda (45 tahun), jawatan dalam parti tidak akan kemana, jika benar, rakyat berkehendakkannya.

Khir kini berjawatan Ketua Bahagian Umno Sungai Besar dan ADUN Sungai Panjang.

Hari ini di mahkamah Shah Alam Khir didakwa berhubung pemilikan dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam.

Pagi tadi, Dr Khir, 45, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azhaniz Teh Azman Teh.

Beliau didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Dr Khir didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Panjang merangkap Ketua Pembangkang DUN Selangor itu didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Beliau merupakan Menteri Besar Selangor ke-13, dan memegang jawatan itu dari Ogos 2000 hingga Februari 2008 dan dilantik sebagai Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Selangor.

Kata Dr Khir, apa yang beliau harapkan ialah perbicaraan dilakukan secepat mungkin, bukannya ditangguh-tangguhkan bagi menghalang daripada bergiat dalam politik.

Berapa gaji Khir Toyo?

Benarlah Dr Khir mendapatkan rumahnya dengan harga Rm3.8juta melalui pinjaman bank (HSBC.

Katakan lah lama pinjaman itu 20 tahun dengan kadar 4% setahun. Melalui kadar bunga itu, maka Khir perlu membayar tidak kurang RM 22,000 sebulan. Pertanyaannya berapa kah gaji Khir Toyo semasa menjawat jawatan Menteri Besar. Katakan lah gaji MB RM 20,000 sebulan sama dengan gaji Perdana Menteri, maka jumlah keseluruhan pendapatan Khir selama 8 tahun menjadi MB adalah sebanyak RM 1,920,000. Dengan asumsi, bahawa semua gaji Khir digunakan membayar balik pinjaman, maka lojik jika mantan MB itu mempunyai rumah berharga jutaan ringgit itu.

Pertanyaanya, apa kah Khir tidak berbelanja untuk keperluan lain? itu masalah pribadi bekas MB itu.

Hari ini, bekas MB Selangor itu dihadapkan ke mahkamah berkaitan dengan rumah mewahnya yang dikatakan dimiliki melalui rasuah. Sangkaan demikian kerana, harga rumah itu berserta kelengkapannya diluar kemampuan Dr Khir sendiri.

Rumah mewah Khir ini telah menjadi isu pada tahun 2009, apabila ADUN Sekinchan Ng Sue Lim mendedahkannya.

Dengan pendedahan Ng itu, Khir mejawabnya melalui blognya pada 6 dan 8 Julai 2009. Sedutan jawapan Khir itu seperti berikut:

Tambahan (8 Julai 2009):

a. Saya bersedia menjual dengan harga RM 24 juta memandangkan ia anggaran kos tanah dan rumah oleh "penilai berwibawa" dari Sekinchan. Jadi tidak timbul soal saya mesti jual rumah tersebut dengan harga RM 7 atau 8 juta.

b. Butiran pembelian dan segalanya akan didedahkan dalam mahkamah nanti kerana peguam saya sedang menyediakan dokumen perundangan terhadap Adun Sekinchan, YB Ng Sue Lim.

Tulisan Asal (6 Julai 2009)

1. Pagi tadi ADUN Sekinchan (kami berjiran dari segi geografi kedudukan DUN) membawa pemberita melawat rumah saya di Shah Alam dan kemudiannya membuat kenyataan akhbar yang membawa maksud seolah-olah saya memperolehi pendapatan dari sumber yang tidak sah. Ini merupakan tindakan desparado untuk mengalih tumpuan daripada isu-isu dalaman pakatan mereka dan juga kegagalan beliau melaksanakan tugas wakil rakyat beliau dengan baik di Sekinchan.

2. Sungguhpun isu rumah ini telah beberapa kali timbul, saya mengambil sikap tidak menjawab atau memberi respon kerana berpendapat bahawa rumah saya adalah isu kehidupan peribadi saya. Ini kerana saya yakin saya tidak melakukan sebarang kesalahan atau pun jenayah kerana semuanya ada rekod dan telah pun disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah (sekarang ini dikenali sebagai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia).

3. Namun tindakan Ng Sue Lim menjadikan isu rumah saya sebagai bahan berita memerlukan saya memberi penjelasan sedikit sebanyak mengenai isu ini.

4. Saya membeli rumah tersebut beserta tanahnya melalui pinjaman bank HSBC sebanyak RM 3.5 juta.

5. Jika Ng Sue Lim membuat penyelidikan dahulu beliau akan mengetahui bahawa pembelian tersebut termasuk rumah dan kolam renang. Saya hanya melakukan sedikit pengubahsuaian terhadap bumbung yang ketika itu belum siap.

6. Untuk rekod juga pembelian tersebut telah pun disiasat oleh BPR ketika itu dan juga telah saya maklumkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri ketika itu. Jadi tidak timbul saya menyembunyikan pemilikan rumah tersebut.

7. Berhubung dengan dakwaan bahawa rumah saya bernilai RM 24 juta, saya dengan ini mengemukakan tawaran terbuka kepada beliau untuk mencari pembeli dengan harga tersebut. Sekiranya ada, saya akan membayar komisyen sebanyak 50% atau RM 12 juta kepada beliau.

8. Ini semua adalah taktik politik yang dirancang menjelang Dewan Undangan Negeri Selangor bagi menghalalkan usaha menggantung saya dan empat adun yang lain. Selain itu ia juga bertujuan untuk dijadikan modal dalam sidang DUN nanti sekaligus mengalih tumpuan daripada isu-isu pentadbiran dan pembangunan negeri sekarang ini.

9. Mereka mahu mengelirukan rakyat dan menarik simpati. Bagi mereka jika Khir Toyo yang ada rumah besar bernilai berjuta tidak didakwa, maka tidak sepatutnya Khalid Ibrahim terbabit dalam kes kecil seperti lembu korban, tinted kereta dan beberapa isu lain didakwa atau disiasat.

10. Dengan membuat dakwaan bombastik seperti ini, Pakatan DAP-PKR berharap ia memberi tekanan kepada SPRM agar tidak menyiasat dan mendakwa Tan Sri Khalid Ibrahim dalam beberapa isu salah laku pentadbiran.

11. Apakah mereka benar-benar memperjuangkan ketelusan dan anti korupsi atau sekadar menyanyikan untuk memburukkan pemimpin Barisan Nasional demi merebut kuasa?

12. Saya tahu bagi mereka yang telah tertutup mindanya tidak akan menerima apa-apa penjelasan pun. Saya hanya menjelaskan kepada mereka yang ingin mencari kebenaran.

Khir Toyo tiada pilihan mesti letak Jawatan ADUN Sungai Panjang

Ekoran dihadapkannya mantan Menteri Besar Selangor Datuk Dr Khir Toyo ke mahkamah hari ini kerana salah laku rasuah, maka ADUN Sungai Panjang itu tiada pilihan, perlu meletak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang-Selangor.

Kerajaan pusat telah meletakkan NKRA untuk membasmi rasuh ditempat ke-2 selepas pembenterasan jenayah.

Bagi mengelak persepsi negatif terhadap kerajaan Barisan nasional, maka Khir Toyo perlu ikut jejak mantan MB Selangor, Tan Sri Muhd Taib sedikit masa lalu.

Memang benar, seseorang itu dianggap tidak bersalah, selagi mahkamah belum menjatuhkan hukuman, namun demi mengelak persepsi rakyat, maka Khir Toyo, perlu melepaskan jawatan ADUN dengan serta merta.

Bekas menteri besar Selangor itu bersama-sama pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Haryoni dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas tuduhan rasuah.Namun, kedua-duanya tidak mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut.

Khir Toyo, 45, didakwa berhubung pemilikan dua lot tanah dan sebuah rumah mewah di Seksyen 7, Shah Alam.

Beliau mengaku tidak bersalah ketika tuduhan itu dibaca di hadapan Hakim Azhaniz Teh Azman Teh.

Beliau didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Khir Toyo didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi menteri besar Selangor, di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007.

ADUN Sungai Panjang merangkap Ketua Pembangkang DUN Selangor itu didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Shamsuddin didakwa di bawah akta yang sama serta satu tuduhan tambahan di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan kerana bersubahat dengan Khir Toyo.

Pendakwaan dijalankan oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang dibantu Ketua Unit Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah.

Azhanis menetapkan ikat jamin sebanyak RM750,000 tiap seorang.

Khir Toyo diwakili peguam M Athimulan dan Mohd Afifuddin Hafifi.

Beliau menjadi menteri besar Selangor ke-13 dari Ogos 2000 hingga Februari 2008.

Sebelum itu, SPRM menahan Khir Toyo ditahan di pejabatnya di Shah Alam kira-kira jam 9 pagi tadi sebelum dibawa ke mahkamah.

Difahamkan kedua-duanya disoalsiasat pagi ini di ibupejabat SPRM Selangor di Wisma PKPS di Shah Alam.

SPRM telah menyiasat kes tersebut ekoran dakwaan yang dibuat oleh ADUN Sekincan, Ng Suee Lim.

Ng mendakwa hartanah seluas 50,000 kaki persegi itu dibina pada anggaran kos RM20 juta, manakala tanah itu dibeli dengan harga RM3.8 juta.

Khir Toyo telah menafikan dakwaan tersebut, dengan mengatakan beliau membeli rumah dan tanah tersebut pada harga RM4 juta. Beliau juga telah memfailkan saman fitnah terhadap Ng.

Blog Archive