Wednesday, January 19, 2011

Mansion Khir Toyo: Patut pula Khir beli diskaun 50%

Rumah Bungalow Khir yang sepatutnya berharga 6.5 juta ringgit, akan tetapi dijual kepadanya hanya 3.5 juta.

Pembelian harta tersebut dengan diskaun hampir 50 peratus berakibat Khir dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan rasuah.

Berikutan itu Kerajaan Pakatan Selangor yang mengambil alih daripada BN selepas PRU-12, kerana BN kalah semasa diketuai oleh Khir Toyo.

Sebelum ini Khir lebih dikenali dengan isu "Hadiah Penyapu" dan "pengguna Botox" terpaksa melepaskan Jawatan Sebagai Ketua Pembangkan DUN Selangor, namun masih mengekal ADUN Sungai Panjang. Gelaran "Datuk", Khir juga telah digantung oleh pihak istana Selangor.

Berikut adalah pendedahan Kerajaan Selangor yang dikaitkan dengan Khir Toyo.

Beberapa syarikat milik seorang tertuduh dalam kes melibatkan tuduhan rasuah ke atas bekas menteri besar Dr Mohd Khir Toyo didakwa telah menerima projek berjumlah lebih RM273 juta dalam tempoh pentadbiran BN di Selangor.

Pendedahan mengejutkan itu juga melibatkan lima kontrak yang didakwa telah diberikan secara rundingan terus kepada syarikat-syarikat milik Shamsudin Hayroni.

Pendedahan itu dibuat hari ini oleh setiausaha politik menteri besar Selangor Faekah Husin melalui satu kenyataan.

Menurut Faekah lagi, projek berkenaan termasuk lima projek yang diberikan secara rundingan terus kepada syarikat Majulia Sdn Bhd.

Ia antara lainnya melibatkan satu pembinaan fasa pertama bagi kuarters kakitangan kerajaan dengan nilai lebih RM22.8 juta, serta pembinaan fasa keduanya dengan nilai RM61 juta.

Projek yang didedahkan itu turut melibatkan pembinaan bangunan sebuah perpustakaan, bernilai lebih RM71 juta, manakala satu projek lagi melibatkan pembinaan sebatang jalan di Sepang yang bernilai lebih RM73.7 juta.

Faekah juga berkata, satu lagi projek melibatkan sebuah stadium terbuka, pencawang elektrik, dua kebuk dan unit loji kumbahan di atas satu tapak kompleks sukan di Dengkil, bernilai hampir RM15 juta.

Faekah berkata, pendedahan itu adalah ekoran tindakan majlis mesyuarat kerajaan negeri pada 16 Disember lalu yang memutuskan untuk mendedahkan butiran mengenai projek berkenaan.

"Kerajaan negeri berpendapat maklumat yang diberikan ini dapat membantu pihak berkuasa menjalankan siasatan," kenyataan itu dipetik.

No comments:

Blog Archive