Monday, December 06, 2010

Saya mahu dibicarakan dengan segera: Khir Toyo

Apa kah nasib Khir Toyo sama dengan "ikan-ikan jerung" sebelumnya di mana perbicaraannya mengambil masa yang cukup panjang.

Datuk Saidin Thamby memerlukan masa 15 tahun untuk membersihkan namanya, Tan Sri Kasitah Gadam memerlukan 6 tahun membersihkan namanya.

Jika bukti telah cukup, maka adalah baiknya membicarakan Khir Toyo dengan cepatnya agar supaya kedudukkan jelas di mata rakyat.

Benar kah banglo Khir ala bali itu, bernilai jutaan ringgit? Di mahkamah nanti akan terjawab semuanya.

Peguam negara yang mengetuai pendakwaan hari ini, nampak yakin, bahawa memang ada kes terhadap bekas MB ke-13 Selangor itu.

Malah Tan Sri Gani Patail berkata, kelewatan mendakwa Khir kerana terpaksa menjalankan siasatan rapi, agar supaya kes-kes serupa di mana Orang Kena Tuduh (OKT) di bebaskan oleh mahkamah, kerana pihak pendakwaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah.

Ekoran dihadapkan ke mahkamah hari ini, Khir dengan serta merta melepaskan jawatan sebagai ketua pembangkan dewan undangan Selangor, namun masih mempertahankan jawatan ADUN.

Khir juga berkata, bahawa kedudukkan dalam parti, terserah kepada pucuk pimpinan.

Namun bagi AYT, jika Khir cintakan parti, maka mantan MB itu perlu bercuti daripada semua jawatan parti. Tujuannya agar, rakyat tidak memberi persepsi negatif kepada parti, kerana masih mengekalkan individu yang didakwa rasuah.

Pihak pembangkang, saban hari menuding jari kepada kerajaan, kerana kononya kerajaan dipenuhi oleh para pemimpin yang rasuah. Pembangkang ke hulu ke hilir dengan dakwaan ini. Oleh kerana itu, adalah lebih molek, jika Khir sekurang-kurangnya bercuti daripada jawatan parti, sementara menunggu pelepasan kesnya oleh mahkamah.

Khir masih muda (45 tahun), jawatan dalam parti tidak akan kemana, jika benar, rakyat berkehendakkannya.

Khir kini berjawatan Ketua Bahagian Umno Sungai Besar dan ADUN Sungai Panjang.

Hari ini di mahkamah Shah Alam Khir didakwa berhubung pemilikan dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam.

Pagi tadi, Dr Khir, 45, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azhaniz Teh Azman Teh.

Beliau didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Dr Khir didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Panjang merangkap Ketua Pembangkang DUN Selangor itu didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Beliau merupakan Menteri Besar Selangor ke-13, dan memegang jawatan itu dari Ogos 2000 hingga Februari 2008 dan dilantik sebagai Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Selangor.

Kata Dr Khir, apa yang beliau harapkan ialah perbicaraan dilakukan secepat mungkin, bukannya ditangguh-tangguhkan bagi menghalang daripada bergiat dalam politik.

No comments:

Blog Archive