Datuk Seri Najib Tun Razak mahu semua pihak di negara ini sedar bahawa kerjasama pakatan pembangkang tidak akan berpanjangan kerana matlamat mereka hanyalah untuk menipu dan menyeleweng rakyat.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata, sejarah membuktikan sepanjang mereka bergabung sama ada di dalam Gagasan Rakyat, Angkatan Perpaduan Ummah, Barisan Alternatif atau terbaru Pakatan Rakyat, tidak pernah satu pun berjaya kerana masing-masing bersikap talam dua muka.
Beliau berkata, apa yang mereka cuba lakukan hanya sia-sia kerana kerjasama itu bukan didasarkan dengan ramuan keikhlasan, wawasan serta nilai yang dikongsi bersama.
''Mereka cuba meniru kita dari segi kerjasama namun, pada hemat saya, usaha ini sia-sia sahaja. Atas nama apa pun yang dicipta ia hanyalah percubaan-percubaan pembangkang untuk bersatu tetapi tidak mungkin berkekalan.
''Simpulan bahasa ada menyebut, telunjuk sahaja lurus tetapi kelengkeng berkait. Antara DAP dengan Pas misalnya hanya boleh tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan dasarnya sempena Konvensyen Barisan Nasional yang bertajuk Mengukuh Barisan, Mendahulu Rakyat di Dewan San Choon, Wisma MCA di sini pada hari Ahad.
Najib berkata, keadaan itu berlaku disebabkan kerjasama antara kedua-dua parti hanya disandarkan dengan adanya peranan pihak ketiga iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Sementara itu, beliau menyelar pihak pembangkang yang mengaku lebih demokratik dengan menyatakan kepimpinan mereka mewakili semua kaum.
Bagaimanapun beliau berkata, hakikatnya ia jauh berbeza.
''Lihat sahaja PKR daripada tujuh orang kepimpinan tertinggi mereka, hanya seorang sahaja yang mewakili kaum Cina. Manakala kaum India yang membentuk keahlian kedua terbesar dengan lebih satu perlima ahli, tidak mempunyai seorang pun perwakilan di peringkat tertinggi parti," katanya.
Di dalam ucapannya, Perdana Menteri turut menyentuh betapa gerunnya PKR terhadap langkah UMNO memperkenalkan corak pemilihan kepimpinan yang baru.
''Tampak jelas apabila kita buat perubahan dan pembaharuan politik yang bersifat dalaman, ia telah menggerunkan mereka sehingga kelam-kabut dan melilau ingin menciplak. Pengajarannya di sini, kalau ada orang mahu meniru sudah tentu apa yang sedang kita lakukan ini, ada kebenarannya," katanya.
Mengenai pemilihan di dalam PKR, beliau menarik perhatian perwakilan apabila daripada 400,000 ahli yang didakwa menganggotai parti itu hanya 30,000 yang keluar mengundi untuk memilih pucuk pimpinan.
''Jika hanya tujuh peratus yakni lebih kurang 30,000 orang daripada kononnya 400,000 ahli parti yang merasa terpanggil dan bertanggungjawab untuk keluar memilih barisan kepimpinan mereka maka ia membawa dua konotasi.
''Konotasi pertama, parti itu tidak mendapat sokongan massa dan kedua integriti dan kewibawaan parti berkenaan sebenarnya disangsikan oleh ahli-ahli mereka sendiri," katanya

No comments:
Post a Comment