Showing posts with label Jawatan PM. Show all posts
Showing posts with label Jawatan PM. Show all posts

Thursday, November 22, 2012

Jawatan PM: Hadi lebih layak berbanding Anwar: Tun Dr Mahathir

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang lebih layak menjadi perdana menteri berbanding Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Jika mereka (pembangkang) menang, sudah tentulah beliau (Abdul Hadi) boleh menjadi perdana menteri. Beliau sangat layak, lebih layak daripada Anwar, sebab beliau tidak ada sebarang bebanan sejarah," katanya.

Dr Mahathir, yang sebelum itu berucap pada Persidangan Antarabangsa mengenai Kanak-kanak Menjadi Mangsa Peperangan di sini, mengulas mengenai pendirikan perwakilan pada Muktamar Pas ke-58 baru-baru ini yang mahu Abdul Hadi menjadi perdana menteri jika pakatan pembangkang menang dalam pilihan raya umum akan datang.- Bernama

Wednesday, November 21, 2012

Isu Perdana Menteri Pakatan: Pas sanggup perlekeh Dewan Ulamanya sendiri

PAS sanggup memperlekeh cadangan Dewan Ulamanya sendiri berhubung siapa yang lebih layak dilantik sebagai Perdana Menteri.

Dewan Ulama Pas mengemukakan semasa Muktamar Pas ke-58 di Kota Bahru Kelantan, bahawa Presiden Pas Datuk Seri Hadi Awang lebih layak dilantik sebagai Perdana Menteri berbanding Anwar Ibrahim pilihan parti DAP dan PKR.

Pendapat Dewan Ulama Pas itu juga mendapat sokongan daripada Dewan muslimat Pas.

Mustapha Ali (Setiausaha Agung Pas), memperlekeh pendapat Dewan ulama partinya sendiri, dengan mengatakan bahawa pendapat berhubung jawatan Perdana Menteri, bukan merupakan usul pada Muktamar itu.

Mustapha Ali, terpaksa akur dengan pendirian DAP, kerana baik Lim Kit Siang mahupun anaknya Lim Guan Eng bertegas, bahawa Anwar perlu dilantik sebagai Perdana Menteri.

Mengulas pertikaman lidah antara DAP dan Pas berhubung jawtan Perdana Menteri, Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir memberi cadangan kepada PR, agak melantik Karpal Singh sebagai Perdana Menteri, kerana  Pengerusi DAP itu merupakan terkanan dalam dunia politik tanah air berbanding Anwar atau Hadi.

Tuesday, November 20, 2012

Anwar PM: Disebalik keinginan DAP

Tun Dr Mahathir mendedahkan, kenapa DAP mahu Anwar Jadi Perdana Menteri. Pertama DAP mahu sokongan kaum melayu, kerana ada jaminan bahawa Perdana Menteri adalah melayu. Kedua, Anwar dengan senang menjadi kuda tunggangan, kerana masalah moral Anwar banyak sangat diketahui DAP. Jika Datuk Haji Hadi, agak sukar DAP menyokongnya, kerana takutkan label islam terhadap Presiden Pas itu.

PAS telah buktikan, semasa pemerintahan sekejap di Perak, MB yang bukan berlatar agama, mudah sahaja ditunggangi. Contohnya, pemberian tempoh tol tanah, daripada 99 tahun ditukar kepada 999 tahun.

Ternampak sangat, bagaimana PR mabuk kuasa, belum pun menang, sudah berebut jawatan. Bayangkan kalau sudah menang, kejadian akan lebih dahsyat lagi.



Monday, November 19, 2012

Jawatan PM: Pas mahu Hadi-Lim Kit Siang Mahu Anwar

JIKA Pakatan Rakyat mampu menawan Putrajaya, belum tentu Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri. Sanggahan supaya Anwar tidak dilantik pada jawatan itu, datang daripada PAS, kerana menurut Pas, tiada yang lebih layak dilantik sebagai PM ke-7 melainkan Presiden Parti itu- Datuk Seri Hadi Awang.

Bantahan daripada parti Pas, agar supaya Anwar tidak dilantik ke jawatan Perdana Menteri, selain tamparan hebat kepada Anwar juga kepada Lim Kit Siang yang mengumumkan bahawa Anwarlah Perdana Menteri ke-7, jika Pakatan Rakyat mampu merampas Putrajaya.

Anwar yang dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998, sepatutnya telah menjadi Perdana Menteri selepas sukan komonwel pada tahun itu, sepertimana pengumuman Perdana Menteri masa itu, Tun Dr Mahathir. Namun, akibat terbongkarnya salah laku moral Anwar yang mengakibatkan beliau dipecat, maka sehingga kini Anwar mengidam jawatan itu.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berlambang sebiji mata ditubuhkan atas rasa dendam kumpulan Anwar, kerana beliau gagal dilantik sebagai Perdana Menteri. Penubuhan PKR semata-mata untuk merealisasikan cita-cita Anwar sebagai Perdana Menteri.

Namun, berasaskan senario terkini, nampaknya idaman Anwar menjadi Perdana Menteri akan terbantut lagi. Kekangan yang Anwar hadapi, selain Pakatan Rakyat tidak akan mampu mendapat jumlah kerusi yang memungkinkan pakatan tiga parti itu menubuhkan kerajaan pusat, juga kekangan daripada parti dalam Pakatan Rakyat, yakni Pas.

Walaupun pada PRU-12, seolah-olah Pakatan Rakyat akan menjadi parti alternatif kepada BN, kerana Pakatan tiga parti itu mampu mendapat 82 kerusi parlimen, namun kecenderungan pengundi, telah berubah.  Bukti nyata kecenderungan pengundi itu, apabila pada lapan PRK terakhir selepas PRU-12, semua PRK itu dimenangi BN, walaupun pada lapan PRK sebelumnya semuanya dimenangi Pakatan Rakyat.

Tsunami politik yang melanda BN pada PRU-12 di Semenanjung yang cuba dimanafaatkan oleh Pakatan Rakyat, ternyata telah cair berasaskan keputusan lapan PRK terakhir.

Usaha Pakatan Rakyat untuk mengwujudkan persepsi bahawa BN kini lemah dan underdog, kerana lewatnya pembubaran dewan rakyat, akan memakan diri sendiri. BN dengan teratur mengatur dan menyusun gerak kerja di semua peringkat. BN tidak sibuk dengan ceramah yang bercorak retorik sepertimana yang dilakukan Pakatan Rakyat, sebaliknya semua jajaran BN mendampingi rakyat dengan usaha yang nyata dan pasti.

Para pemimpin BN di semua peringkat sejak awal-awal lagi telah turun padang, selain menyelesaikan masalah-masalah rakyat, akan tetepi juga agar mereka senantiasa dekat dengan rakyat. Pemimpin BN lebih mendepani dalam mengetahui permasalahan rakyat, berbanding Pakatan Rakyat, kerana, sejak merdeka lagi, BN telah terlibat merancang bagaimana membangun rakyat dan negara.

BN tidak perlu berebut siapa Perdana Menteri, kerana melalui sistem BN, telah jelas siapa akan menjadi Perdana Menteri. Berlainan dengan Pakatan Rakyat, mereka sibuk berebut, siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri.

Sunday, September 11, 2011

Bagaimana PAS boleh menjamin PM itu seorang Melayu dan Muslim?

Dalam sistem demokrasi, biasanya parti yang dominan, pemimpinnya akan menjadi Perdana Menteri.

Di negara ini, sejak 54 tahun lalu, Perdana Menteri daripada Umno, kerana parti itu adalah parti dominan sekaligus mempunyai kerusi terbanyak.

Namun timbul persoalan, apabila parti Melayu bukan lagi parti dominan sepertimana yang akan berlaku dalam Pakatan Rakyat. Dalam gabungan tiga parti itu (DAP-PAS-PKR), DAP adalah parti dominan.

Dalam Perlembagaan Negara, tidak tercatit bahawa Perdana Menteri itu perlu Melayu atau Muslim, yang tercatat adalah seseorang yang dilantik ke jawatan Perdana Menteri itu perlu mempunyai kerusi majoriti.

Jika ditakdirkan bahawa gabungan tiga parti dalam Pakatan akan mempunyai jumlah kerusi lebih banyak berbanding 13 komponen parti dalam BN pada PRU13 akan datang, maka single parti yang mempunyai kerusi terbanyak adalah DAP. Parti pimpinan Lim Kit Siang itu, di atas kertas mampu mendapat 51 kerusi-tambahan 23 kerusi, manakala PKR maksima akan mendapat 34 kerusi, sedangkan Pas akan terkunci pada kedudukan ke tiga terbanyak antara 25-27 kerusi.Walaupun jumlah kerusi daripada PKR yang dimenangi calon melayu/muslim ditambah dengan kerusi PAS, sebagai single parti, parti DAP masih lagi dominan.

Kenyataan Setiausaha Agong Pas-Mustafa Ali yang memberi jaminan bahawa jawatan Perdana Menteri dan Timbalan adalah daripada melayu/muslim hanya merupakan gimik, kerana pada faktanya, jaminan itu tidak berlaku dalam sistem demokrasi.

Rakyat yang akan menyokong Pakatan, perlu bersedia menerima Perdana Menteri daripada bukan melayu/muslim selepas PRU13, jika majoriti rakyat memberi sokongan kepada gabungan tiga parti itu. Jika adapun kompromi, maka Anwar Ibrahim akan dilantik sebagai Perdana Menteri, dan Timbalannya adalah daripada DAP-samada Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng.

Kemungkinan juga akan diwujudkan tiga jawatan Timbalan Perdana Menteri- seorang daripada DAP, seorang daripada Pas dan seorang yang mewakili Sabah dan Sarawak.

Monday, May 09, 2011

Perdana Menteri beragama islam-jika islam bersatu: Tun M

Dalam perlembagaan negara, tidak menghalang bukan islam menjadi Perdana Menteri. Pada masa kini, negara mempunyai Perdana Menteri beragama islam dan melayu, kerana parti yang dipimpin orang islam dan melayu masih mempunyai kerusi yang majoriti, demikian kata Tun Mahatahir. Namun, jika parti yang dipimpin orang islam bukan lagi majoriti, maka tiada pilihan terpaksa akur dengan kehendak majoriti.

Jika orang islam di negara ini terus berpecah, maka akan tiba masanya kaum itu akan menjadi minoriti, walaupun peratusan penduduknya majoriti. Lambat laun hakekat ini akan berlaku, jika penyatuan kaum islam dan melayu tidak berlaku.

Pada masa kini, umat islam dan melayu di negara ini telah berpecah tiga, yakni Umno, Pas dan PKR. Melihat kepada perpecahaan ini, maka kaum lain melihatnya sebagai peluang untuk mendapatkan bahagian yang lebih besar, kerana merasakan kaum melayu yang berpecah tersebut memerlukan sokongan mereka untuk mendapat kuasa, walaupun pada hakekatnya sokongan tersebut membuatkan pemimpin melayu seperti boneka. Contoh yang kita lihat apabila kerajaan Pakatan terbentuk di Perak selepas PRU-12.

Selain itu, pengalaman Sabah pada tahun 1985-1994, walaupun bumiputera islam di negeri tersebut adalah majoriti, namun akibat perpecahan, maka terpaksa menerima Ketua Menteri bukan beragama islam. Keadaan ini, tidak mustahil berlaku diperingkat persekutuan, jika kaum islam dan melayu terus berpecah.

Kenyataan Tun Mahathir yang mengatakan, jika kaum melayu dan islam sukar disatukan, maka kaum itu tiada pilihan lain, maka terpaksa menerima Perdana Menteri bukan beragama islam dan bukan melayu.

Blog Archive