Sunday, September 11, 2011

Bagaimana PAS boleh menjamin PM itu seorang Melayu dan Muslim?

Dalam sistem demokrasi, biasanya parti yang dominan, pemimpinnya akan menjadi Perdana Menteri.

Di negara ini, sejak 54 tahun lalu, Perdana Menteri daripada Umno, kerana parti itu adalah parti dominan sekaligus mempunyai kerusi terbanyak.

Namun timbul persoalan, apabila parti Melayu bukan lagi parti dominan sepertimana yang akan berlaku dalam Pakatan Rakyat. Dalam gabungan tiga parti itu (DAP-PAS-PKR), DAP adalah parti dominan.

Dalam Perlembagaan Negara, tidak tercatit bahawa Perdana Menteri itu perlu Melayu atau Muslim, yang tercatat adalah seseorang yang dilantik ke jawatan Perdana Menteri itu perlu mempunyai kerusi majoriti.

Jika ditakdirkan bahawa gabungan tiga parti dalam Pakatan akan mempunyai jumlah kerusi lebih banyak berbanding 13 komponen parti dalam BN pada PRU13 akan datang, maka single parti yang mempunyai kerusi terbanyak adalah DAP. Parti pimpinan Lim Kit Siang itu, di atas kertas mampu mendapat 51 kerusi-tambahan 23 kerusi, manakala PKR maksima akan mendapat 34 kerusi, sedangkan Pas akan terkunci pada kedudukan ke tiga terbanyak antara 25-27 kerusi.Walaupun jumlah kerusi daripada PKR yang dimenangi calon melayu/muslim ditambah dengan kerusi PAS, sebagai single parti, parti DAP masih lagi dominan.

Kenyataan Setiausaha Agong Pas-Mustafa Ali yang memberi jaminan bahawa jawatan Perdana Menteri dan Timbalan adalah daripada melayu/muslim hanya merupakan gimik, kerana pada faktanya, jaminan itu tidak berlaku dalam sistem demokrasi.

Rakyat yang akan menyokong Pakatan, perlu bersedia menerima Perdana Menteri daripada bukan melayu/muslim selepas PRU13, jika majoriti rakyat memberi sokongan kepada gabungan tiga parti itu. Jika adapun kompromi, maka Anwar Ibrahim akan dilantik sebagai Perdana Menteri, dan Timbalannya adalah daripada DAP-samada Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng.

Kemungkinan juga akan diwujudkan tiga jawatan Timbalan Perdana Menteri- seorang daripada DAP, seorang daripada Pas dan seorang yang mewakili Sabah dan Sarawak.

No comments:

Blog Archive