JIKA Pakatan Rakyat mampu menawan Putrajaya, belum tentu Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri. Sanggahan supaya Anwar tidak dilantik pada jawatan itu, datang daripada PAS, kerana menurut Pas, tiada yang lebih layak dilantik sebagai PM ke-7 melainkan Presiden Parti itu- Datuk Seri Hadi Awang.
Bantahan daripada parti Pas, agar supaya Anwar tidak dilantik ke jawatan Perdana Menteri, selain tamparan hebat kepada Anwar juga kepada Lim Kit Siang yang mengumumkan bahawa Anwarlah Perdana Menteri ke-7, jika Pakatan Rakyat mampu merampas Putrajaya.
Anwar yang dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998, sepatutnya telah menjadi Perdana Menteri selepas sukan komonwel pada tahun itu, sepertimana pengumuman Perdana Menteri masa itu, Tun Dr Mahathir. Namun, akibat terbongkarnya salah laku moral Anwar yang mengakibatkan beliau dipecat, maka sehingga kini Anwar mengidam jawatan itu.
Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berlambang sebiji mata ditubuhkan atas rasa dendam kumpulan Anwar, kerana beliau gagal dilantik sebagai Perdana Menteri. Penubuhan PKR semata-mata untuk merealisasikan cita-cita Anwar sebagai Perdana Menteri.
Namun, berasaskan senario terkini, nampaknya idaman Anwar menjadi Perdana Menteri akan terbantut lagi. Kekangan yang Anwar hadapi, selain Pakatan Rakyat tidak akan mampu mendapat jumlah kerusi yang memungkinkan pakatan tiga parti itu menubuhkan kerajaan pusat, juga kekangan daripada parti dalam Pakatan Rakyat, yakni Pas.
Walaupun pada PRU-12, seolah-olah Pakatan Rakyat akan menjadi parti alternatif kepada BN, kerana Pakatan tiga parti itu mampu mendapat 82 kerusi parlimen, namun kecenderungan pengundi, telah berubah. Bukti nyata kecenderungan pengundi itu, apabila pada lapan PRK terakhir selepas PRU-12, semua PRK itu dimenangi BN, walaupun pada lapan PRK sebelumnya semuanya dimenangi Pakatan Rakyat.
Tsunami politik yang melanda BN pada PRU-12 di Semenanjung yang cuba dimanafaatkan oleh Pakatan Rakyat, ternyata telah cair berasaskan keputusan lapan PRK terakhir.
Usaha Pakatan Rakyat untuk mengwujudkan persepsi bahawa BN kini lemah dan underdog, kerana lewatnya pembubaran dewan rakyat, akan memakan diri sendiri. BN dengan teratur mengatur dan menyusun gerak kerja di semua peringkat. BN tidak sibuk dengan ceramah yang bercorak retorik sepertimana yang dilakukan Pakatan Rakyat, sebaliknya semua jajaran BN mendampingi rakyat dengan usaha yang nyata dan pasti.
Para pemimpin BN di semua peringkat sejak awal-awal lagi telah turun padang, selain menyelesaikan masalah-masalah rakyat, akan tetepi juga agar mereka senantiasa dekat dengan rakyat. Pemimpin BN lebih mendepani dalam mengetahui permasalahan rakyat, berbanding Pakatan Rakyat, kerana, sejak merdeka lagi, BN telah terlibat merancang bagaimana membangun rakyat dan negara.
BN tidak perlu berebut siapa Perdana Menteri, kerana melalui sistem BN, telah jelas siapa akan menjadi Perdana Menteri. Berlainan dengan Pakatan Rakyat, mereka sibuk berebut, siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri.
No comments:
Post a Comment