Showing posts with label Anwar ibrahim. Show all posts
Showing posts with label Anwar ibrahim. Show all posts

Wednesday, September 26, 2018

PRK PORT DICKSON- BUKAN LALUAN MUDAH BAGI ANWAR

Di atas kertas, kemenangan di pihak Datuk Seri Anwar Ibrahim, memandangkan Bn tidak menyertai PRK Port Dickson, walaupun ada ura-ura PAS akan bertanding.

Di atas kertas memang DSAI mempunyai peluang yang amat cerah untuk menang, namun, tidak semudah itu, memandangkan mainan di belakang beliau sedang berlaku yang mana para dalangnya selain Tun Dr Mahathir, juga para pemimpin DAP. Keadaan diburukan lagi oleh para pemimpin PKR sendiri khususnya daripada kumpulan kartel.

Hakikat perlu diterima, pada PRU-14 lalu, di Parlimen Batu, kerana Tian Chua hilang kelayakan sebagai calon, maka calon bebas yang tidak kenal yang disokong PH, menang dengan bergaya.

Menerusi PRK PD yang dikhaskan untuk Anwar oleh wakil rakyat PKR sendiri, tidak semulus sepertimana penyandang kawasan itu mengosongkan kawasan yang dimenanginya pada PRU-14 dengan majoriti yang cukup besar. Sebabnya? terdapatnya para pemimpin PKR daripada kumpulan kartel yang mempersoalkan cara pengosongan kawasan itu.

Di kalangan PKR sendiri, ramai yang tidak bersetuju, kerana mereka berpendapat sepatutnya salah seorang daripada keluarga Anwar, samada Wan Azizah atau Nurul Izzah yang wajar mengosongkan kerusi.

Tindakan yang paling ketara protes tidak langsung, apabila Lim Guan Eng menuduh Barisan Nasional hanya mementingkan kuasa, kerana tidak menyertai PRK itu. Tindakan itu cukup janggal, seharusnya Menteri Kewangan itu berterima kasih kepada Bn, kerana memberi peluang besar kepada DSAI menang.

Memang secara tersirat berlakunya gerakan menggagallkan DSAI menjadi PM-8. Peluang itu adalah menerusi kekalahan. Namun, apa yang terlepas pandang oleh gerakan itu, bahawa PKR mempunyai 46 lagi ahli parlimen, kecuali beberapa orang tidak bersedia mengosongkan kerusi untuk membolehkan Anwar bertanding, to the worst, masih ada kerusi Wan Azizah atau Nurul.

Para pemimpin PH, tiada jalan lain, walaupun ada di antara mereka tidak senang dengan langkah PD, mereka kena akur dengan keadaan.

PRK PD akan berlangsung pada 13 Oktober. Jika DSAI memang, maka beliau akan masuk Dewan Rakyat sempena sesi ke-2 Penggal ke-14 Parlimen.

Banyak mata tertumpu di PRK PD, kemudiannya pada sesi ke-2 Parlimen, kerana "eventuality" akan berlaku. Sama-sama kita tunggu kesudahannya.

Monday, November 09, 2015

Sandiwara Anwar Di Penjara

1. 7 Mac 2015, merupakan hari pertama Dato Seri Anwar Ibrahim kembali ke Penjara Sungai Buloh, untuk kesalahan yang kedua kalinya, meliwat. Tindakan beliau menafikan hukuman bersalah, mengambil masa yang sangat panjang, bermula daripada Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan kemudiannya Mahkamah Persekutuan.

2. Perbicaraan Liwat II, walaupun mengambil masa yang sangat panjang dengan penaguhan yang sukar dikira, akhirnya Mahkamah Tinggi, melepas beliau daripada kesalahan liwat, atas sebab teknikal, namun di Mahkamah rayuan, para hakim mendapati, bahawa keputusan hakim mahkamah tinggi tersilap. Keputusan mahkamah rayuan menghukum Anwar 5 tahun penjara dikekalkan oleh mahkamah persekutuan, maka masuklah Anwar dalam penjara.

3. Jika pada kali pertama Anwar masuk penjara, sandiwara beliau apabila diperlihat kepada umum, sudah sinonim dengan leher yang dicanggah dan kerusi roda, namun pada kali kedua, sandiwara itu, tidak terlihat lagi, namun pihak keluarga dan peguam serta penyokong beliau yang riuh rendah di luar, kononnya Anwar mengalami kesakitan luar biasa di bahu kanannya, kerana akibat kecederaan. Malah, para penyokong mantan Ketua Umum PKR itu, mengaitkan kecederaan itu bahawa Anwar bakal lumpuh dan mati pucuk. Bagi mereka yang mengaji ilmu perubatan, sudah tentu akan tersengeh mendengar dakwaan itu, kerana tiada hubungkait antara sakit bahu dengan kelumpuhan dan mati pucuk.

4. Apa yang malangnya, kenyataan para penyokong serta keluarga Anwar itu, tidak disokong oleh keadaan fizikal Anwar, setiap kali hadir ke mahkamah, malah kelihatan mantan MP Permatang Pauh itu cukup sihat dan segar, walaupun kelihatan kurus sedikit. Malah dalam satu kejadian bulan lepas yang dimuat naik melalui youtube, suami kepada Presiden PKR itu sempat bergurau dengan MP Batu Tian Chua, dengan gurauan, "hang kurus sangat sangat, banding saya dalam penjara".

5. Meskipun Anwar dalam penjara, namun admin tweeter beliau kerap diupdate, malah beliau boleh membuat kenyataan akhbar, termasuk membidas penguatkuasa undang-undang negara yang menyiasat mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad.

6. Tweeter isteri beliau, senantiasa memaparkan jumlah hari suaminya itu berada dalam penjara, dengan menafikan sebab musabab mengapa suaminya itu dipenjara, sebaliknya menulis bahawa Anwar sebagai tahanan politik.

7. Untuk menyegarkan kembali ingatan pembaca dan rakyat negara ini, Anwar dibebaskan daripada penjara pada tahun 2004. Walaupun tidak bertanding pada PRU-2008, namun beliau mengetuai parti-parti pembangkang semasa PRU tersebut, dan kemudiannya meminta isterinya mengosongkan parlimen Permatang Pauh untuk beliau bertanding. Selepas beliau menang PRK Permatang Pauh, beliau mecanangkan bahawa akan berlaku perubahan kerajaan Persekutuan pada 16 September 2008, kerana lebih 30 MP BN akan melompat menyokong Pakatan Rakyat. Pada PRU-13 juga, Anwar mengetuai Pakatan Rakyat berdepan dengan pilihanraya tersebut, di mana pembakang mendapat undi popular walaupun jumlah kerusi yang sedikit berbanding Bn.

8. Melihat kepada kebebasan Anwar dalam berpolitik, termasuk mengetuai barisan pembangkang yang mahu mengalahkan Bn, tidak ternampak alasan, mengapa Wan Azizah boleh mengatakan, bahawa Anwar dipenjara atas sebab politik, malah Anwar dikatakan sebagai tahanan politik. Sedangkan Anwar dipenjarakan selepas rakyat membuat keputusan melalui PRU yang menolak parti-parti yang dikemudi Anwar. Jika Anwar dipenjarakan sebelum sebarang PRU, bolehlah penanahan itu boleh dianggap sebagai tahanan politik, akan tetapi Anwar masuk penjara, apabila semua hak demokrasinya diberikan kepadanya, termasuk haknya membela diri di mahkamah.

9. Rakyat kena ingat dan perlu membaca, sandiwara Anwar, keluarganya serta penyokongnya, agar supaya tidak tertipu.

Thursday, February 27, 2014

Rupanya PKR Juga Pengamal Kronisme

Pendedahan Rafizi Ramli berkaitan Zaid Ibrahim, menggambarkan bahawa PKR juga pengamal kronisme, tidak seperti gambaran mereka, bahawa parti itu penentang gejala itu, kerana menggunakan kronisme bagi menghentam pemimpin Umno.

Rafizi mendedahkan bahawa Zaid Ibrahim pernah berjumpa MP Pandan itu semasa Zaid masih dalam PKR untuk urusan projek untuk diberikan kepada pengikut Zaid.

Umum mengetahui, bahawa kepimpinan Khalid Ibrahim di Selangor tidak disenangi Azmin Ali dan digeng, kerana MB Selangor itu dikatakan hanya memperkaya kroninya. Atas sebab itu, Anwar perlu di bawa masuk dan perlu menggantikan Khalid sebagai Menteri Besar, agar supaya kroni Anwar pula bakal mengecapi projek-projek kerajaan negeri.
 
Negeri Selangor merupakan negeri terkaya, untuk itu Pakatan Rakyat menjadikan negeri itu sebagai milking cow untuk meneruskan agenda merampas Putrajaya, selain memperkaya diri sendiri.
 
Siapa yang tidak tahu semasa Anwar dalam kerajaan, terutama semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, lebih 80 syarikat yang mendapat projek jutaan ringgit daripada Kementerian Kewangan adalah kroni-kroni Anwar. Pembaca boleh saja google nama2 syarikat itu.

PRK Kajang, atau Kajang move, adalah langkah bagaimana Anwar meneruskan lagendanya untuk menghidupkan semula para kroninya, selain para kroni baru seperti Rafizi Ramli.

Wednesday, January 22, 2014

Anwar Gagal Masuk Jepun; Dia Buka Aib Sendiri

KALAU Anwar Ibrahim, tidak buka mulut kerana dilarang masuk Jepun, maka AIBnya tidak akan dicakap lagi. Kini, Kerajaan Jepun terpaksa membuat kenyataan bahawa sesiapa sahaja bekas banduan adalah dilarang masuk negara matahari terbit itu, kecuali mendapat kebenaran khas.

Memang benar, sebelum ini Anwar berjaya masuk 3 kali ke Jepun, namun pada masa itu ketua pembangkang itu mendapat kebenaran khas.

Mungkin dalam fikiran Anwar, disebabkan mulai tahun 2013, bahawa rakyat Malaysia yang menggunakan passport sistem biometrik, tidak perlu lagi menggunakan visa, Anwar terfikir, bahawa beliau termasuk dalam golongan itu.

Selepas Perang Dunia ke-2, ketika Jepun mula membangun negaranya, udang-undang itu telahpun ada. Bagi Jepun, sesiapa sahaja bekas banduan adalah dilarang masuk di negara itu, kecuali mendapat kebenaran khas.

Lagipun, lawatan Anwar ke Jepun pada kali ini, dikatakan atas jemputan anak kepada pengasas YAKUZA, dan mungkin, faktor itu, antara penyebab mengapa beliau dihalang masuk selain statusnya.

Saturday, November 23, 2013

Anwar Sudah Hilang Di Radar Akar Umbi PAS

SELEPAS penubuhan tidak rasmi Pakatan Rakyat (PR) selepas PRU-12, dan melantik Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum; Parti Pas turut akur dengan perlantikan itu. Atas sebab itu, di Parlimen Anwar turut dilantik sebagai Ketua Pembangkang.

Kini, bukan lagi hanya cakap-cakap, bahawa Anwar sudah tidak disukai oleh akar umbi Pas, malah ianya merupakan tajuk perbahasan sempena muktamar Pas yang berakhir hari ini.

Perwakilan parti itu tidak segan silu lagi, membahas, sekiranya PR menang dalam PRU, siapa kah bakal Perdana Menteri? Dengan pertanyaan dan usul seperti itu, maka membawa ertinya, bahawa parti itu tiada keyakinan terhadap Anwar lagi sebagai Ketua PR.

Anwar, meskipun terpalit dengan berbagai skandal moral, namun tetap dilantik sebagai Ketua PR, memandangkan latar belakangnya sebagai mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Selepas Pas berpakat dengan DAP-PKR, maka secara automatik, para ahli dan penyokong parti itu terpaksa akur dan berketuakan individu yang terkait dengan masalah moral. Kini, Pas juga turut bertanggungjawab terhadap pembohongan Anwar berhubung dengan pengundi 40 ribu Bangla. Ahli Pas juga turut terpalit dengan pembohongan Anwar berhubung dengan blackout semasa pengiraan undi pada PRU-13 lalu, sedangkan semuanya itu tidak berlaku.

Politik bohong Anwar, kian hari kian terbongkar, atas sebab itu akar umbi pas telah mula tersedar dengan cara Anwar. Mereka tidak mahu menanggung dosa lagi, kerana turut bersubahat dengan pembohongan.

Politik bohong Anwar yang bermula sejak tahun 1998 dan menghangat pada tahun 2008, dan masih berbekas sehingga PRU-13 Mei lalu; sebenarnya menghampiri penamatnya. Politik bohong Anwar tidak akan mendapat sokongan lagi, mungkin itulah faktor mengapa suara akar umbi Pas mahu mengetahui siapa akan menggantikan Anwar sebagai ketua Pakatan Rakyat.

Politik bohong yang digunapakai Anwar untuk mendapatkan sokongan, sudah diramal tidak akan bertahan lama. 

Mereka yang mula menyedari itu, antaranya adun PKR daripada Sabah dan para pemimpin PKR daripada negeri itu. Mereka tidak mahu lagi terlibat dengan politik bohong, kerana lambat laun akan memakan diri sendiri.

Pembohongan Anwar berhubung pengundi bangla, kini menjadi bualan rakyat yang terpengaruh dengan pembohongan itu, benarlah kata mereka, Anwar itu boleh berubah-ubah sesuai dengan situasi dan kondisi, seperti sesumpah.

Thursday, March 10, 2011

Anwar bukan masalah pada BN

Bagi Pakatan terutama PKR-mahu tidak mahu perlu menerima Anwar sebagai pemimpin, atas sebeb-parti itu adalah parti keluarga.

Bagi DAP, parti kaum cina itu terpaksa menerima Anwar, kerana melalui Anwar sahajalah menurut parti itu kaum melayu akan berpecah.

Sementara PAS, terpaksa menerima Anwar, kerana PAS, tidak akan mampu berberjuang secara sendirian, untuk mencapai matalamat memerintah negara. Sejarah telah membuktikan, sejak kewujudan Pas, hanya negeri Kelantan dan Terengganu dikuasai oleh parti itu. Namun setelah bergabung dengan PKR-DAP, melalui perantara Anwar pada tahun 2008, Parti Pas bukan sahaja berjaya mempertahan Kelantan malah berjaya merampas Kedah. Terengganu yang pernah ditawan pada tahun 1999, PAS gagal menawannya semula pada PRU-2004 dan PRU-2008 kerana faktor Idris Jusoh.

Tidak benar jika ada yang mengatakan bahawa Anwar adalah masalah Bn atau Anwar faktor penting menarik sokongan pada Pakatan. Kalau benar, bahawa Anwar adalah masalah besar pada BN, maka PRU-1999, 2004 dimana hangat-hangatnya laungan reformasi, parti pembangkang berjaya memerintah negara. Tahun 2008, walaupun Anwar tidak bertanding, namun Anwar menjelajah ke seluruh negara sebagai Defacto Leadar Pakatan, namun hanya berjaya mengurangkan 2/3 majoriti BN di dewan rakyat, disamping berjaya menawan negeri Pulau Pinang, selangor, Perak dan berjaya mempertahan Kelantan.

Tahun 2008, bukan Faktor Anwar, BN mengalami tsunami politik, akan tetapi faktor Tun Mahathir yang telah keluar Umno dan Faktor Tun Abdullah Badawi yang dikuasai oleh "budak-budak" tingkat 4 Putrajaya. Persepsi sebelum PRU-2008, sangat ketara dan jelas, bukan sahaja di Semenanjung malah mmerebak di Sabah dan Sarawak, bahawa kerajaan Abdullah dikuasai oleh "budak-budak" Tingkat 4 dan Kalimullah Hassan.

Abdullah sebagai Perdana Menteri, masa itu sungguh lemah, sehingga keputusannya bercorak berubah-ubah "flip-flop". Terlalu banyak keputusan Abdullah yang berubah-ubah (tidak disenaraikan disini-tekan google bolehlah cari), terutama pembatalan Jambatan bengkok, yang menghubungkan Johor dan Singapura. Salah satu faktor rakyat menolak Abdullah, apabila mantan PM itu mengatas namakan rakyat Johor-kononnya tidak seetuju dengan Jambatan bengkok itu.

Selain itu, serangan terus menerus oleh Tun Mahathir terhadap kerajaan Abdullah, menambah persepsi bahawa adalah bahaya meneruskan pemerintahan Abdullah Badawi.

Hakikatnya BN mengalami tsunami politik pada tahun 2008, adalah angkara pemimpin BN sendiri, bukanlah faktor Anwar.

Buktinyata, bahawa penolakan atau penerimaan rakyat terhadap Anwar, boleh dilihat di PRK Galas, Batu Sapi, Tenang, Merlimau, Kerdau atau malah Hulu Selangor dan Manek Urai. Jika benarlah Anwar itu ancaman besar kepada Bn, sudah tentu calon pilihan Anwar pada PRK Hulu Selangor Zaid ibrahim tidak akan kalah (HULU Selangor adalah kerusi PKR). Jika benarlah Anwar merupakan faktor penarik kepada undi kaum melayu, tak kan Pas hanya menang 65 undi di PRK Manek Urai-kelantan. (DUn Manek Urai adalah kerusi PAS).

Jika benarlah Anwar merupakan faktor penarik kepada Pakatan, takkan lah calon-calon bagi PRK Bangan Pinang, Tenang, Batu Sapi, Galas, Merlimau dan Kerdau calon Pas kalah teruk!.

Kesimpulannya Anwar bukanlah masalah besar bagi BN, masalah besar bagi BN adalah para pemimpinnya yang masih ada bersifat arogan, dan tidak peduli rakyat. Masih ada pemimpin Bn yang mengamal gergaji dua mata, semata-mata untuk kepentingan pribadi.

Blog Archive