Friday, September 01, 2023

SABAH AKAN TERUS BERSAMA KERAJAAN PERSEKUTUAN: HAJIJI

SEMPENA 60 tahun Sabah bersama Persekutuan, tidak dinafikan hubungan negeri dan Persekutuan ada pahit dan manis, ada pasang surut, akan tetapi semua itu kerana fahaman politik.

Pun demikian tidak dinafikan banyak kemajuan yang telah dicapai pada masa yang sama juga masih banyak lagi kekurangan yang perlu dikejar bagi merapatkan jurang pembangunan antara ketiga-tiga wilayah yang bergabung membentuk Malaysia iaitu Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.

Bagi kerajaan Sabah hari ini yang diterajui GRS yang menjadi kerajaan perpaduan pada 10 Januari 2023 berpendirian bahawa hubungan dengan kerajaan Perpaduan Persekutuan bukan sahaja perlu diteruskan akan tetapi diperkukuhkan kerana mempunyai visi yang sama iaitu memajukan negara.

Menurut Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Haji Noor semasa merasmikan Sambutan Hari Sabah di Tambunan pada Khamis 31 Ogos 2023 ‘Matlamat kita adalah jelas, iaitu mengutamakan kepentingan dan kesejahteraan rakyat. Sebagai sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan di Peringkat Persekutuan, kita mengakui pentingnya hubungan akrab antara kerajaan negeri dengan pusat terus diperkukuh , demi mencapai keamjuan pembangunan serta kemakmuran ekonomi’.

Hajiji juga percaya dengan hubungan yang akrab itu ia akan memudahkan segala urusan dan tuntutan, sama ada membabitkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) atau perkara-perkara lain yang berkaitan dengan pembangunan dan kenegaraan.

Dalam kontek berbilang kaum terutama bagi Sabah dan Sarawak, kerajaan perpaduan Persekutuan yang dipimpin PMX adalah bentuk kerajaan yang sesuai untuk negara.

Selepas merdeka lebih setengah abad, Sabah telah merasai bentuk kerajaan yang berasaskan malay centeric, walaupun digambarkan sebagai kerajaan berbilang kaum, akan tetapi signifikannya pada kemajuan dan pembangunan Sabah tidak semanis diharapkan.

Kerajaan Perpaduan Persekutuan yang dibentuk tanpa perancangan selepas PRU15, julungkalinya 19 parti yang berbeza latar belakang bergabung dengan satu matlamat buang yang keruh ambil yang jernih.

Tidak dinafikan, bukan mudah melakukan sinkronise antara parti yang berlainan ideologi, melainkan masing-masing pihak perlu mempunyai iltizam yang tinggi untuk memilih persamaan dan menoktahkan perbezaan.

Dalam proses sinkronise sudah tentu ada pihak yang mengambil peluang, seperti mana berlaku pada PRN2023, parti-parti yang bergabung membentuk kerajaan Perpaduan banyak kehilangan undi, atas sebab penyokong masing-masing terperangkap dengan perubahan yang begitu pantas, manakala penyokong masing-masing belum bersedia atau lambat ‘pick-up’ menyesuaikan diri dengan perubahan.

Lambatnya sinkronise penyokong antara blok parti nampak penyebab kepada polarisasi. Keadaan seperti ini lah yang menjadikan parti-parti daripada Sabah dan Sarawak sebagai pengimbang, bagi menghalang tren polarisasi yang boleh menghancurkan negara.

Parti-parti daripada Sabah dan Sarawak perlu memisahkan diri daripada pendekatan yang menyebabkan polarisasi, kerana jelas pendekatan ini tidak sesuai untuk negara berbilang kaum seperti Malaysia.

Jika parti-parti Sabah dan Sarawak khususnya GPS dan GRS kekal dengan pendirian sebagai pengimbang dan menstabilkan kerajaan Persekutuan, maka akan menghalang parti-parti yang berlandaskan kaum dan agama mengambil alih pentadbiran Persekutuan.

Tersangat jelas menerusi kerajaan Persekutuan hari ini yang turut disokong GPS dan GRS walaupun tidak menoktahkan sepenuhnya orentasi ‘abang besar’ akan tetapi telah meminimumkan kedudukan parti-parti daripada dua wilayah ini sebagai parti-parti seperti melukut di tepi gantang.

Kombinasi 19 parti-parti yang menjadi pendokong kerajaan perpaduan Persekutuan, kecil besarnya parti mempunyai ‘share’ ada ‘say’ tidak seperti mana yang lalu-lalu, parti-parti daripada blok borneo ‘no way to say no’ melainkan sentiasa YES!.

No comments:

Blog Archive