Friday, September 01, 2023

MENGEJAR ILMU,PENDIDKAN BERTAHUN-TAHUN BERAKHIR JAGA DOBI

KEBETULAN anak gadis ini adalah anak penulis. Selepas belajar menimba ilmu perakunan dan kewangan dengan pencapaian akademik boleh dikatakan cemerlang kerana tiap semester mendapat anugerah dekan, dan selepas tamat diberikan anugerah Naib Censalor.

Tapi malangnya, walaupun inten di salah sebuah syarikat milik kerajaan yang syogianya memerlukan modal insan seperti anak gadis ini, akan tetapi tidak terserap, atas sebab GLC yang berkenaan belum bersedia menambah kakitangan.

Prinsip anak gadis ini mudah. Jangan buang masa. Tangkap apa yang ada, asalkan memberi pendapatan HALAL. Akhirnya berakhir jaga DOBI (gambar) bermula 1 September 2023.

Mungkin para pembesar negeri yang berketerujaan menambah sebanyak mungkin modal insan, lalu menyediakan berbagai bantuan, termasuk menghantar pelajar ke luar negara, dengan satu matlamat untuk menimba ilmu dan pendidikan TETAPI belum bersedia menampong selepas mereka itu tamat belajar atau kah, mereka ini hanya diberikan pasport untuk melangkah memajukan diri.

Atau kah kurang minat pada mereka yang telah membuktikan kebolehan, pencapaian dalam bidang akademik, lalu berpuas hati, membiarkan mereka yang mempunyai potensi itu berakhir jaga DOBI?.

Satu pertanyaan penulis, apa kah ini bukan pembanjiran “talent”? atau kah memang mereka yang mempunyai kebolehan seumpama ini tidak diberi peluang, kerana kurang “cable?” atau memang mereka yang berkebolehan ini “dipaksa” bekerja kerja-kerja yang mencabar mental dan status!!!.

Contoh pembanjiran modal insan seperti ini yang didepani negara, selepas lebih 60 tahun, bukan nya mara ke hadapan akan tetapi mundur ke balakang.

Penulis ingin membawa pembaca ulasan sepintas lalu berkaitan status negara seperti berikut:

MENJADI kebiasaan apabila ekonomi negara-negara dunia melangkah dari satu tahap ke tahap yang lain dari masa ke semasa.

Perkembangan bermula dari agraria atau tradsional menunju ke pertanian, pembuatan dan perindustrian.

Pada zaman pascamoden ekonomi dunia pula berasaskan ilmu pengetahuan susulan adanya komputer dan kecederasan buatan (AI).

Sewaktu merdeka dahulu Malaysia dianggap mempunyai masa depan cerah.

Negara kita menikmati banyak cahaya matahari, hujan, tanah yang subur, tumbuh-tumbuhan dan bahan mentah.

Walaupun populasinya kecil, kita mampu dan sedia bekerja kuat, dan malah ramai berpelajaran tinggi.

Negara kita tiada gunung berapi aktif, tiada gempa bumi, tiada banjir besar-besaran, tiada angin ribut, tiada salji, tiada salji untuk mengancam tanaman dan kehidupan manusia dan binatang.

Pada masa yang sama, jiran serantau seperti china, India, Korea, Taiwan, Indonesia, Vietnam, tidak sebertuah negara kita.

Kesemua ini penjana atau sumber kemajuan ekonomi dan masa depan cemerlang negara.

Banyak penulis barat berkata waktu itu “Malaysia hampir syurga di dunia”.

Akan tetapi enam dekad kemudian,negara-negara serantau mencipta rekod perkembangan sosioekonomi yang gemilang. Sebagai misalan:

Korea:
Banyak syarikat-syarikatnya seperti Samsung, Hyundai, Kia, LG Electronics, diseneraikan dalam majalah Fortune Global 500.

Orang Korea pula maju dalam bidang olahraga, mengaut banyak pingat emas, perak dan gangsa di Olimpik dan pertandingan antarabangsa lain. Pemain golf Korea (terutama sekali perempuan) sering memenangi pertandingan peringkat dunia.

Kejayaan Korea dalam bidang hiburan antarabangsa Filem Parasite (2020) memungut empat Oscar di Hollywood. Penyanyi dan penghibur PSY mengagumkan dunia dengan Gangnam Style.

Singapura:
Rizab pertukaran asingnya antara paling tinggi di dunia.

Baru-baru ini Singapura dikatakan negara terkaya dunia. Negara ini mempunyai 526,400 jutawan dari jumlah populasi 5,454,000 (sepuluh peratus) pada tahun 2021.

Tahap pembelajaran tinggi.

Telah mengutip beberapa medal Olympik termasuk satu emas.

Manakala negara kita pada masa lebih kurang sama, negara kita tidak mencatatkan perkembangan yang membanggakan.

Suatu masa dahulu Malaysia jaguh badminton, setanding Indonesia, Denmark, China.

Malaysia juga dianggap satu negara jaguh hoki. Dan dalam bidang bola sepak nama-nama pemain seperti Santokh Singh, Soh Chin Aun, dan Ghni Minhat, Moktar Dahari dan ramai lagi disegani oleh pemain bola negara lain seperti Korea, Indonesia, Thailand.

Punca Negara Tercicir- jika ditulis atau diulas boleh menjadi sebuah novel. Penulis cuba tutup kisah-kisah lampau, dan ingin membawa pembaca selepas tahun 2018 iaitu era Pasca PRU14.

Senario-Senario Berlaku pasca PRU14 yang bertukar menjadi Kelemahan- Negara bertukar empat Perdana Menteri sejak 2018: Najib Razak, Mahathir Mohamad, Muhyiddin Yassin, Ismail Sabri Yaakob, Anwar Ibrahim. Ini menandakan suasana politik tidak stabil.

Ekonomi merosot, inflasi tinggi. Tak lama dahulu, sepinggan nasi campur berharga RM4 ke RM6. Sekarang RM9 ke RM12 atau lebih. Adanya anggapan pembelajaran tidak mengeluarkan mereka befikir, sehinggakan adanya persepsi walaupun seseorang pelajar itu mendapat keputusan cermerlang dalam bidang yang dipelajari tidak semestinya berkebolehan, maka setimpal hanya JAGA DOBI.

Mungkin para graduan yang dikatakan lebih 200,000 sedang menanggur, tidak sanggup memperjudi ‘status” mereka dengan bekerja mendapatkan pendapatan halal seperti JAGA DOBI, kerana pekerajaan seumpama ini tidak perlu pencapaian akademik anugerah dekan atau naib censalor,hanya cukup berfikiran waras, mampu menggunakan tenaga empat kerat, dan sedikit kemampuan menulis mengira.

Tidak dinafikan kerana kurang peluangnya pekerajaan yang setimpal, maka berlaku migrasi bagi mereka yang mempunyai “talent” ini, akhirnya kesannya negara kehilangan modal insan, yang akhirnya terbukti, selepas lebih setengah abad, negara yang dituju termasuk negara jiran lebih ke hadapan berbanding negara.

Apabila mereka yang mempunyai kebolehan ini berhijrah, maka negara hanya berbaki mereka yang kurang produktiviti, dan akhirnya dalam jangka masa panjang dapat dilihat kedudukan negara, yang mundur ke belakang berbanding mara ke hadapan.

Sedangkan jika pemerintahan menyedari dan mengadopsi kerajaan menjalankan kerjanya atas nama rakyat, dan rakyat bekerja demi menambahkan kekayaan dan aset negara menerusi produktiviti yang tinggi, tentunya kedudukan negara tidak seperti hari ini jika dibandingkan dengan negara-negara jiran.

Bagi pandangan penulis, negara/negeri perlu menggunakan hasil yang ada untuk melabur pada modal-modal insan yang berkebolehan supaya mereka ini selain mendapat pendapatan menerusi titik peluh masing-masing, akan tetapi penyumbang pada produktiviti dan kualiti perkhidmatan,yang akhirnya mendorong negara/negeri untuk mara ke hadapan.

Pendekatan lebih setengah abad perlu diubah kepada pendekatan baharu supaya kalau pun bukan dalam waktu singkat membawa negara/negeri ke hadapan, akan tetapi pengalaman lalu yang telah dilalui tidak berulang. Fikir-Fikirkan.

No comments:

Blog Archive