Friday, September 01, 2023

POSISI SABAH DALAM PELAN INDUK PERINDUSTRIAN BAHARU 2030 (NIMP 2030)?

JUMAAT, 1 September 2023 Perdana Menteri melancarkan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) di Ibu Negara, Kuala Lumpur.

NIMP 2030 mempunyai 4 misi utama. Misi Pertama adalah memajukan ekonomi dengan menggalakkan industri berinovasi dan penghasilan produk lebih canggih, sekali gus meningkatkan daya saing negara dalam pasaran global.

Misi Kedua adalah untuk membina sebuah negara berdaya maju dengan teknologi inovasi selain meningkatkan produktiviti serta mencipta peluang baru untuk pertumbuhan ekonomi.

Misi Ketiga adalah mencapai pelepasan “Net Zero” (Sifar Bersih), iaitu menekankan komitmen untuk menangani perubahan iklim melalui amalan mampan dan inisiatif hijau.

Misi Keempat pula adalah untuk menjaga keselamatan dan keterangkuman ekonomi bertujuan mengwujudkan persekitaran yang dapat menjamin keselamatan rantaian bekalan, menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Empat misi ini akan disokong empat teras utama- menangani cabaran pembiayaan; mempupuk pembangunan dan permerolehan bakat; menambah baik perjalanan pelabur; dan meningkatkan mekanisme tadbir urus.

Melihat pada NIMP 2030, penulis melihat Sabah telah siap sedia untuk misi ke-3 iaitu menerusi "carbon credit", manakala teras, hampir kesemuanya siap digerakkan termasuk keputusan kerajaan negeri meletakkan Bank Pembangunan Sabah (SDB) di bawah Ketua Menteri Incorporated, dan pemantauan oleh Kementerian Kewangan, bagi menjawab cabaran pembiayaan.

Manakala bagi misi-misi lain, Sabah perlu perlu bertindak agresif untuk memanfaatkan teras yang telah tersedia seperti pembekal bakat modal insan, polisi mesra pelabur dan pedigitilan tadbir urus.

Penulis berpandangan menerusi NIMP 2030 adalah peluang bagi Sabah melangkah ke hadapan dengan menincoporatekannya menerusi Pelan Induk Sabah Maju Jaya.

Apabila NIMP 2030 dan SMJ bersinkronise, maka modal-modal insan dapat dimanfaatkan sesuai dengan kebolehan dan kecenderungan masing-masing, agar tidak berlaku pembajiran bakat-bakat.

No comments:

Blog Archive