Saturday, September 02, 2023

PRN17 SABAH APA KAH GRS PILIHAN RAKYAT?

WALAUPUN PRN17 Sabah dua tahun lagi, akan tetapi berasaskan pengalaman penulis mengikuti hala tuju politik Sabah, dalam tempoh ini lah dapat dilihat parti mana bakal disokong rakyat.

Mungkin di kalangan pemimpin kerajaan kerana kesibukan mengurus/mengatur membangun dan memajukan negeri secara fizikal dan ekonomi, menangguhkan telaahan berkaitan kecenderungan rakyat.

Akan tetapi bagi penulis yang kurang komitmen, dan banyak masa terluang berkomunikasi dengan rakyat samada secara sengaja ataupun tidak setidak-tidaknya mendapat gambaran hala tuju mereka pada PRN17 akan datang.

Pengundi Sabah tidak seperti pengundi Semenanjung yang banyak bergantung pada isu-isu semasa, manakala politik Sabah hala tuju pengundi dibangun seawal 2 tahun sebelum pilihan raya.

Oleh kerana hala tuju pengundi Sabah sedemikian, maka di masa lalu parti politik ditubuhkan sebelum pilihan raya, kerana menurut hemat pemimpin yang menubuhkan parti ada peluang sokongan pada parti mereka.

Contoh parti yang ditubuhkan sebelum pilihan raya yang mendapat sokongan adalah Parti Berjaya (1975), Parti PBS (1985), parti Umno Sabah(1991) dan parti Warisan (2016).

Ke arah mana kah hala tuju atau pilihan rakyat pada PRN 17 akan datang?.

Berpandukan secara rambang dapatan penulis walaupun tidak semestinya mewakili secara umum pendirian rakyat, kerana sample tidak mengikuti piawaian kajian sebenar, penulis mendapati kecenderungan rakyat ada lah parti GRS, kerana mungkin kerajaan Sabah diterjaui parti itu.

Berpandukan pengalaman penulis  mengikuti tren politik Sabah, biasanya tren seumpama itu akan berterusan sehingga PRN akan datang kecuali jika berlaku gegaran politik yang tidak disangka.

Mungkin kerana tren tersebut pimpinan GRS khususnya PGRS (Gagasan Rakyat) menyeru semua pimpinan bahagian memperkemas bahagian masing-masing, selain memperbanyak keahlian menerusi penubuhan sebanyak mungkin cawangan untuk mengekalkan momentum.

Momentum sedemikian perlu berterusan untuk menjamin agar parti terus mendapat sokongan dan menjadi pilihan untuk menjamin kemenangan.

Para pemimpin GRS perlu melihat bahawa pada PRN17 sekurang-kurangnya ada tambahan 300 ribu pengundi baharu termasuk undi18 dan kali pertama mengundi. Golongan ini adalah golongan tidak berparti atau pengundi atas pagar.

Penulis tidak mempunyai angka tepat, akan tetapi berasakan jumlah pengundi pada PRN16 Sabah yang berjumlah 1.6 juta, maka diunjurkan seramai 300 ribu pengundi baharu. Jika benar jumlah ini, maka ianya bukan jumlah yang sedikit.

Mana-mana parti menjadi juara pada pengundi baharu mempunyai peluang besar keluar sebagai pemenang, kerana terbukti menerusi PRN2023 enam negeri 12 Ogos lalu, kesannya cukup luar biasa.

Pola pengundian bagi kategori pengundi ini sudah tentu dipengaruhi isu-isu segar, isu-isu semasa yang dekat dengan mereka, termasuk lah peluang-peluang pekerjaan, pendidikan, sosial, gaya hidup dan aktiviti yang menunjang kehidupan masa hadapan.

Golongan pengundi baharu ini, kaedah menarik minat mereka selain cara konvensional juga menerusi pendekatan alam maya saluran atas talian seperti tiktok, IG dan media atas talian lain.

Pendekatan susulan lapangan yang diterjemahkan menerusi cawangan-cawangan atau bahagian kerana menerusinya akan berlaku komunikasi dua arah, yang memungkinkan mereka ini menjadi ahli atau aktivitis parti.

Kunci sokongan pada pilihan raya apabila semakin ramai mereka yang tersenarai dalam daftar pengundi ada lah ahli atau aktivis parti, kerana mereka ini boleh menjadi jentera parti untuk merai semakin banyak pengundi untuk memilih parti yang mereka sertai atau sokong.

PRN17 Sabah adalah ujian terbesar bagi Gagasan Rakyat kerana dijangka parti itu akan mengetuai Gagasan Rakyat Sabah (GRS) untuk meminta mandat rakyat di 73 kawasan DUN seluruh negeri.

Pada PRN17 akan dibuktikan sejauh mana GRS diberi mandat secara hakiki oleh rakyat Sabah, atas sebab perbezaan pendekatan antara PRN16 dan PRN17.

Pada PRN16, GRS hanya dalam bentuk persefahaman antara berbagai parti termasuk Barisan Nasional (BN), manakala pada PRN17 menggunapakai pendekatan baharu, yang masih teka teki, kerana kesan perubahan politik pasca PRU15.

Di Sabah berhadapan dengan pilihan raya menerusi “free contest” bukan sesuatu yang baharu. Free contest berlaku, termasuk antara parti yang saling bekerjasama kerana isu calon di kawasan-kawasan tertentu, yang mana masing-masing parti mengaku parti kuat. Dalam keadaan seperti ini, bukan sahaja antara calon parti boleh bertembung, akan tetapi juga pemimpin parti-parti tertentu bertanding sebagai calon bebas.

Pada PRN17 akan datang, didapati beberapa kawasan akan menjadi rebutan untuk ditandingi terutama oleh pemimpin parti yang mempunyai “nama” terutama yang melibatkan Umno/BN.

Tumpuhan akan berlaku pada kawasan-kawasan seperti ini tidak dapat dielak, kerana pertembungan wilayah antara parti-parti atau pemimpin.

Kawasan-kawasan mantan-mantan wakil rakyat Umno, Warisan ada lah kawasan-kawasan yang dilihat sebagai kawasan panas, kerana tentunya akan turut ditandingi parti asal wakil rakyat itu.

Samada kawasan sedemikian akan dimenangi parti baharu sangat bergantung pada gerak kerja parti baharu di kawasan-kawasan sedemikian.

Kawasan-kawasan seperti ini adalah kawasan-kawasan luarbiasa, calon yang menang menggunakan parti lain akan tetapi berhijrah pada platform lain, dan mempertahankan kerusi dengan platform yang baharu.

Parti-parti yang dijangka mengadu nasib pada PRN17 selain GRS, BN, PH, Warisan juga PKDM dan mungkin parti-parti kecil yang meramaikan pesta demokrasi.

Antara blok utama iaitu GRS, BN, PH, Warisan dan PKDM mempunyai wilayah tertentu.

Di wilayah/kawasan-kawasan yang dianggap tradisi sesebuah parti di atas kertas parti itu dilihat mempunyai kelebihan.

Akan tetapi kesan perubahan politik terutama penyertaan semakin ramainya Undi18 dan pengundi baharu, ada lah sukar bagi mana-mana parti mengklasifikan kawasan-kawasan tertentu masih wilayah parti masing-masing.

PRN17 Sabah akan memperlihatkan mana-mana parti yang mempunyai pendekatan menyeluruh akan dilihat parti yang mempunyai kelebihan, kecuali mungkin bagi kawasan-kawasan tertentu, jika pemimpin yang dianggap OTAI di kawasan tersebut masih menjadi calon mewakili parti yang sekian lama dipimpin dan dianggotai, maka mempunyai kebarangkalian tinggi diberi mandat oleh pengundi di kawasan-kawasan sedemikian. Itu pun jumlah kategori pemimpin sedemikian tidak lagi begitu ramai, kerana jumlahnya dalam lingkaran jumlah jari sebelah tangan. Akan tetapi kehadiran mereka ini boleh mempengaruhi kawasan-kawasan lain, terutama kawasan-kawasan kejiranan.

Di Sabah sangat mudah menjangka kawasan-kawasan mana masih dipengaruhi pemimpin OTAI atau veteran. Atas sebab itu, perhatian akan dilihat sejauh mana penyertaan/pengelibatan mereka ini pada PRN 17 akan datang.

Pun demikian, secara umumnya politik Sabah PASCA PRU15, dilihat lebih cenderung pada GRS khususnya parti Gagasan Rakyat (PGRS) kerana presiden parti itu adalah Ketua Menteri.

Di lain pihak pula, Parti Warisan dan Umno masih dilihat masih menguasai kawasan-kawasan yang dianggap wilayah parti itu, walaupun jumlah itu, tidak lah sebanyak mana berbanding kawasan-kawasan yang cenderung pada GRS/PGRS.

Menjelang PRN17, perkara utama yang perlu dihindari adalah kesilapan pendekatan terutama oleh mereka yang mendapat kedudukan jawatan politik. Mungkin bukan “on purpose” mereka ini kelihatan arrogant/riak/takbur/meninggi diri/bersifat bossy/VVIP, yang menjadi faktor penolak pada parti yang melantik mereka.

Tingkah laku sebegini tidak dapat dielak oleh mana-mana parti politik yang menerajui kerajaan, kerana tidak semua mereka yang diberi peluang itu mempunyai sifat “down to earth” melainkan ada yang terbuai dengan kedudukan/status.

Bukan perkara baharu, bagi sesetengah daripada mereka ini, sukar sudah melayan panggilan atau menjawab mesej, tidak seperti mana sebelum mendapat kedudukan/status. Mereka tidak menyadari perubahan tingkah laku/sikap sedemikian boleh membawa mudarat kalau bukan pada diri mereka jika diberi peluang mewakili parti akan tetapi pada parti yang mereka wakili secara umum.

Tidak sedikit pemimpin ditolak rakyat kerana berprilaku demikian, walaupun mereka itu mempunyai nama besar, mempunyai kedudukan samada dalam kerajaan atau pun parti.

Apa yang menjadi isu besar pada golongan pemimpin sebegini, ada lah tersilap sangka, apabila kurang sangat memberi perhatian pada mereka yang sama-sama mengorak langkah untuk kemenangan, lalu memberi perhatian pada kawan-kawan baharu yang muncul pada masa mereka mempunyai kedudukan/status. Mereka menyangka dengan mengubah tingkah laku atau pendekatan, maka sokongan pada mereka semakin meningkat, sedangkan keadaan itu adalah sokong membawa rebah.

Tiada mana-mana kerajaan dapat lari bahawa akan terdapatnya mereka yang diberi jawatan politik, tidak mengenal rumput dipijak,melainkan hanya menongkah ke langit, bukan itu sahaja, mereka ini hanya asyik dengan inner circle masing-masing, seolah-olah, hanya kumpulan mereka sahaja yang menjadi tulang belakang parti atau kerajaan.

Mereka lupa, bahawa untuk menang pilihan raya, daripada 73 kerusi, minimum diperlukan adalah 38 kerusi yang tersebar di seluruh negeri.

Penulis suka membangkitkan isu ini, kerana pengalaman penulis mengikuti politik Sabah, mana-mana parti yang mempunyai pemimpin sedemikian tidak dapat bertahan kerana akan mengalami penolakkan rakyat.

Penulis yakin barisan kepimpinan Negeri baik kerajaan mahupun parti yang telah masak dengan politik, terutama Datuk Seri Hajiji Haji Noor, menyedari perkara ini, dan perlu meningatkan mereka yang terlupa asal usul supaya kembali ke panggal jalan.

Sebelum terlambat, sebelum menjadi parah, syogianya mereka yang telah “mengubah”tingkah laku ini, kembali pada kedudukan asal, kerana pada kedudukan asal itu lah asas kekuatan hakiki. Fikir-Fikirkan.

No comments:

Blog Archive