Thursday, August 31, 2023

PRN PULAI DAN SIMPANG JERAM-APA PELUANG PH-BN?

JIKA berpandukan jumlah undi PH-BN pada PRU15 bagi Parlimen Pulai dan PRN Johor untuk DUN Simpang Jeram tiada mana-mana parti boleh mengatasi jumlah undi dua blok parti itu.

Pun demikian juru kempen PH-BN masih meletakkan keadaan 50-50 di DUN Simpang Jeram, manakala di Parlimen Pulai belum ada petanda jelas.

Mengapa keadaan sedemikian berlaku? Apa kah PH-BN berhadapan mendapat sokongan daripada penyokong sendiri?

Jika benar PH-BN berhadapan mendapat sokongan daripada penyokong sendiri, maka benar lah kesan KERJASAMA yang tidak diseganjakan mempunyai masalah tersendiri yang memerlukan masa untuk dirungkai.

Di atas kertas isu utama yang diperkatakan ramai, ada lah pemindahan undi daripada blok parti ke blok parti tidak berlaku, terutama pengundi Umno.

Tren ini telah terbukti menerusi PRN2023 untuk enam negeri pada 12 Ogos, apabila tidak berlaku pemindahan undi penuh antara PH-BN, malah kedua-duanya kehilangan undi, kerana sebahagian pengundi masing-masing berhijrah pada Perikatan Nasional (PN).

Pada PRN kali ini, tidak mustahil akan juga berlaku penghijrahan undi, dan ramai yang meramal akan berlaku pada pengundi orang melayu terutama pengundi Umno.

Manakala pengundi bukan melayu terutama penyokong MCA dan MIC, malah sebahagian pengundi DAP yang pernah menyokong Parti PAS ketika sepasukan era Pakatan Rakyat diramal akan berhijrah dengan menyokong PN.

Jika lah 70% pengundi Umno/BN dan 10% pengundi PH berhijrah, dilihat calon Kerajaan Perpaduan berhadapan kesukaran mempertahankan dua kerusi tersebut.

Para pengundi tersangat sedar, apapun berlaku pada PRN ini tidak mengubah status quo, hanya kerajaan kehilangan kuasa 2/3 di Dewan Rakyat.

Tidak mustahil sekali lagi rakyat menghantar mesej pada kerajaan Perpaduan, seperti mana mesej pada PRN2023.

Mesej rakyat jelas, perkara yang tidak disukai/digemari jangan memaksa mereka menerima, misalnya berkaitan naratif membasmi rasuah, sedangkan kerajaan menjadikan pesalah rasuah sebahagian daripada kerajaan. Sedangkan keadaan ini amat berbeza semasa PMX sebagai TPM era BN, mereka yang hanya disiasat tidak sampaipun dituduh di mahkamah terpaksa letak jawatan, seperti mana berlaku pada MB Melaka dan dua MB Selangor.

Selain itu naratif tidak melantik mana-mana pemimpin politik untuk memegang jawatan pada agensi atau syarikat-syarikat berkait kerajaan, akan tetapi, kerajaan bertindak sebaliknya.

No comments:

Blog Archive